AWAS, Ibu Hamil Jangan Ambil 15 Makanan Ini Untuk Elak Jejaskan Perkembangan Janin!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 4 minit bacaan

Banyak pantang-larang yang perlu anda amalkan ketika hamil jika anda ingin kekal sihat. Mengidam untuk mengambil sesuatu makanan merupakan perkara normal yang dialami oleh wanita hamil. Namun, bukan semua makanan untuk ibu hamil yang boleh diambil. Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengan 15 makanan dilarang ketika hamil.

15 Makanan Dilarang Ketika Hamil

1. Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi

Jika isteri ingin makan ikan yang mempunyai kandungan merkuri seperti ikan makarel raja, ikan tuna atau ikan todak, elakkan dari memberi makanan tersebut kepada mereka. Ia merupakan makanan dilarang ketika hamil!

Merkuri yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan kerosakan pada otak, sistem saraf serta perkembangan penglihatan dan pendengaran pada janin.

#2 Makanan untuk ibu hamil yang harus dielak: Makanan laut yang dibakar

Walaupun ramai berpendapat makanan yang dibakar ini sihat untuk tubuh badan, namun bukan semua makanan laut yang dibakar sesuai sebagai makanan untuk ibu hamil.

Jika proses penyediaan makanan tersebut tidak dibuat sebaiknya, ia mungkin mengandungi bakteria Listeria monocytogenes. Oleh sebab itulah, ia dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.

Mikroorganisma tersebut mampu menyebabkan gejala cirit-birit dan muntah. Selain itu, ibu hamil yang dijangkiti juga berisiko mengalami keguguran atau kelahiran bayi mati.

3. Telur kurang masak dan mentah

Bakteria salmonella bukan sahaja boleh menyebabkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah, tapi ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan lemah sistem pertahanan badan.

Oleh itu, telur kurang masak atau mentah dianggap sebagai makanan dilarang ambil ketika hamil.

Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh mempengaruhi tahap perkembangan bayi anda. Justeru, pastikan anda menggoreng telur sehingga betul-betul masak.

4. Daging mentah

Kadangkala, daging atau ayam yang dimakan tidak masak sepenuhnya. Mungkin daging tersebut masih kelihatan kemerah-merahan atau mengeluarkan darah. Hidangan mentah sebegitu adalah makanan dilarang ketika hamil.

Makanan berdaging separuh masak boleh mengandungi parasit Toxoplasma. Ia boleh menyebabkan kecacatan pada perkembangan janin, keguguran atau kematian janin.

#5 Makanan untuk ibu hamil yang harus dielak: Kerang mentah

makanan dilarang ketika hamil

Dalam situasi biasa, makanan seperti kerang mentah dan tiram boleh diambil. Namun, tidak untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi toksin berbahaya daripada bakteria atau virus yang menyebabkan simptom keracunan makanan.

6. Daging kisar

Walaupun daging kisar biasanya bebas kuman, tetapi ada risiko untuk mereka yang mengambilnya. Individu yang makan makanan ini berkemungkinan mendapat simptom keracunan makanan akibat bakteria E.coli terutamanya jika ia tidak dimasak dengan betul.

Bagi mengurangkan risiko tersebut, cuba elak mengambil makanan berteraskan daging kisar. Anggap ia sebagai makanan dilarang ambil sewaktu hamil.

#7 Makanan untuk ibu hamil yang harus dielak: Susu yang tidak dipasteurkan

Proses pempasteuran susu dapat membunuh bakteria seperti Salmonella, Listeria dan E.coli. Pengambilan susu tidak dipasteur boleh menyebabkan risiko keracunan makanan meningkat.

Perkara ini boleh mempengaruhi tahap tumbesaran bayi, memandangkan bakteria yang terlibat boleh menyebabkan kesan buruk terhadap anda dan bayi.

8. Buah atau sayur yang tidak dicuci dengan betul

Buah atau sayur yang tidak dicuci dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil. Selain daripada racun serangga yang disemburkan terhadap produk makanan tersebut, ia juga mempunyai parasit Toxoplasma.

Jika anda hendak mengambil buah-buahan, basuh ia terlebih dahulu.

9. Keju

Seperti susu, pengambilan keju yang tidak dipasteurkan boleh mengandungi bakteria. Ia boleh menyebabkan simptom keracunan makanan, keguguran atau kematian dalam kandungan.

Walaupun majoriti keju yang dijual di pasaran sudah melalui pemeriksaan yang teliti, namun adalah lebih baik jika anda anggap keju sebagai makanan dilarang ambil sewaktu hamil.

10. Pucuk mentah

Orang melayu suka makan ulam dan pucuk mentah, kan? Akan tetapi, jika tidak dibasuh, makanan seperti kacang hijau, lobak, brokoli dan bawang mentah boleh mengandungi bakteria berbahaya.

Sebelum anda ambil ulam dan sebagainya, pastikan makanan tersebut dibasuh terlebih dahulu. Lebih baik jika anda boleh masak sayur tersebut.

11. Makanan yang berisiko menyebabkan alergi

Ambil perhatian lebih kepada jenis makanan yang membuatkan anda alergi. Kadangkala, makanan seperti roti dan lauk-pauk yang dimasak boleh mengandungi bahan tersebut.

Jika anda alergi pada kacang, maka itu adalah makanan dilarang ketika hamil. Pengambilan makanan tersebut hanya sesuai diambil oleh mereka yang tidak alergi sahaja.

12. Jus yang tidak dipasteurkan

Jangan sangka susu sahaja perlu melalui proses pempasteuran. Jus juga perlu dipasteurkan supaya bakteria yang terkandung di dalamnya boleh dibunuh.

Jus yang anda tidak pasti sama ada sudah dipasteurkan perlu dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.

13. Makanan berkafein

Seperti yang anda sudah sedia maklum, kafein boleh menyebabkan kesan mudarat jika diambil secara berlebihan oleh ibu mengandung. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan had maksimum 200 mg sehari bagi peminum kopi tegar. Jika diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan masalah berat lahir rendah, kelahiran pramatang dan kematian dalam rahim.

14. Teh herba

makanan dilarang ketika hamil

Mungkin teh herba kedengaran seperti bahan minuman yang selamat diambil oleh ibu mengandung, namun herba tertentu seperti kava-kava dan yohimbe perlu dielakkan kerana ia merupakan perangsang rahim.

Ia dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil kerana boleh menyebabkan masalah keguguran dan kelahiran pramatang.

15. Lebihan suplemen vitamin

Walaupun suplemen seperti vitamin B9 (asid folik) perlu diambil oleh ibu semasa hamil, tetapi pengambilannya perlu berdasarkan kepada dos yang ditetapkan.

Jika diambil secara berlebihan, vitamin tersebut boleh menjadi punca bahaya kepada ibu dan janin. Dapatkan nasihat doktor jika anda ingin menggunakan sebarang jenis suplemen.

Jika anda sudah bakal bersalin, sila amalkan pemakanan di bawah ini sebagai petua untuk cepat bersalin. Semoga semuanya dipermudahkan buat anda!

Artikel berkaitan:

14 Makanan Bantu Petua Cepat Bersalin, Sesuai Sangat Buat Ibu Tengah Sarat!

Konklusi

Semasa hamil, wanita perlu menjaga pemakanan agar komplikasi dapat dielakkan. Pengambilan makanan dilarang ketika hamil boleh membahayakan diri anda dan janin yang sedang membesar. Oleh itu, jika ragu-ragu, ajukan persoalan anda kepada doktor ketika temu janji berkala.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/06/2020 . 3 minit bacaan

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perkembangan bayi

Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
cara makan pil perancang

5 Perkara Punca Pil Perancang Tidak Berkesan, #4 Mungkin Anda Tidak Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
hamil

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
najis hijau

Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan