Kambing bakar antara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas-panas. Tetapi bagus ke makan daging kambing ini sebenarnya?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Kambing bakar antara hidangan yang enak dimakan ketika masih panas-panas. Tetapi bagus ke makan daging kambing ini sebenarnya?
Kebenarannya, daging kambing mempunyai manfaat kesihatan yang tidak diketahui ramai. Jom baca perkongsian artikel ini untuk mengetahuinya. Ada juga resipi hidangan kambing untuk dicuba!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Daging kambing dianggap sebagai daging merah kerana ia mempunyai tahap myoglobin tinggi – protein yang terdapat dalam tisu otot haiwan tertentu seperti lembu, menjadikan daging berwarna merah apabila terdedah kepada oksigen.
Rasa daging kambing pula lebih kuat baunya berbanding ayam atau lembu tetapi masih boleh diterima untuk dimakan, khususnya apabila dibakar atau dipanggang.
Daging kambing biasanya diambil daripada kambing biri-biri muda, kerana daging kambing tua adalah lebih keras dan liat.
Dari aspek pemakanan, daging kambing kaya dengan sumber mineral – zat besi, zink, kalsium, selenium, kalium, tembaga dan magnesium serta pelbagai jenis vitamin B.
4 auns daging (113 gram, g) mengandungi hampir 28g protein. Tetapi memenuhi hampir ⅔ keperluan pengambilan lemak tepu harian. Oleh sebab itu, anda perlu bersederhana ketika memakan hidangan daging kambing.
Selain itu, ia turut mengandungi lebih 330 kalori dan lemak tak tepu tunggal.
Bagi peminat hidangan kambing sudah tentu anda ingin mengetahui manfaat pengambilan daging ini, kan?
Kandungan kalsium dan zat besi dalam daging merah ini dapat membantu mencegah anemia dengan memberikan jumlah zat besi mencukupi bagi penghasilan darah merah baharu.
Tanpa zat besi mencukupi, ia akan menjejaskan pengeluaran sel darah merah. Kesannya anda akan berasa lemah, letih dan kesejukan. Keadaan ini juga boleh menjejaskan kesihatan imun dan fungsi kognitif.
Pengambilan daging kambing dikatakan dapat membantu meningkatkan rasa kenyang dan aktiviti metabolik, di samping menyediakan banyak protein.
Kambing kaya dengan sumber asid folik – diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi baru lahir.
Dengan kandungan asid lemak omega-3 dalam daging ini, kulit akan mendapat perlindungan antioksidan, sekali gus mengurangkan penampilan kedutan dan bintik penuaan.
Daging kambing adalah sumber yang sangat baik bagi banyak mineral, seperti zink, fosforus, dan selenium – semuanya diperlukan untuk ketumpatan mineral tulang.
Tanpa zink yang mencukupi, sistem imun akan terjejas. Pengambilan 1 hidangan kambing dapat memenuhi 30% keperluan harian anda.
Baca juga:
Padat dengan sumber protein, daging kambing dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan jisim otot, di samping meningkatkan prestasi fizikal dan metabolik. Protein yang mencukupi membantu anda mengekalkan jisim otot tanpa lemak.
Mengambil hidangan kambing bakar bukan sahaja sedap tetapi juga merupakan sumber protein tanpa lemak yang baik!
Kambing yang kaya dengan protein dan vitamin boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa haid dan menurunkan risiko strok serta penyakit buah pinggang.
Ia juga membantu dalam melegakan simptom autisme dan meningkatkan kesihatan sistem saraf.
Terdapat beberapa kesan sampingan makan daging kambing, terutamanya jika mengambilnya secara berlebihan, seperti:
Daging merah ini mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, jadi pengambilan secara sederhana amat digalakkan. Makan terlalu banyak boleh mengakibatkan peningkatan tahap serum kolesterol.
Keadaan tersebut mendedahkan anda kepada risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Jumlah berlebihan turut dapat meningkatkan tahap purin dalam badan – punca pembentukan batu karang.
Salah satu cara paling sihat dalam penyediaan daging kambing adalah dengan memasak bahagian otot secara memanggang di dalam ketuhar atau membakarnya. Tetapi elakkan ia menjadi hangus kerana boleh meningkatkan risiko kanser.
Jom cuba resipi berikut:
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Bahan-bahan resepi kambing bakar:
Cara penyediaan:
Jangan lupa untuk mencuba resepi kambing bakar yang dikongsikan di atas & selamat menjamu selera!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen