Kepentingan Asid folik sangat diperlukan oleh ibu yang sedang hamil. Pengambilan 400 mikrogram asid folik semasa kehamilan akan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.
Kepentingan asid folik?
Asid folik merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang dikenali sebagai folat. Ia sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung.
Asid folik mampu membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi anda yang dikenali sebagai neural tube defects (NTD).
Kecacatan ini kebiasaannya akan berlaku pada awal perkembangan bayi malahan sebelum ibu tahu akan kehamilan mereka.
Ini merupakan punca mengapa asid folik sangat penting untuk kehamilan anda.
Bijirin merupakan antara sumber utama asid folik. Selain itu, folat juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.
Apakah manfaat asid folik?
Nutrien ini sangat penting untuk badan anda menghasilkan sel darah merah yang normal serta mengurangkan risiko komplikasi kehamilan, sakit jantung, strok, kanser serta Alzheimer. Ia juga membantu dalam proses penghasilan, pengubahsuaian serta fungsi DNA.