Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 08/04/2020

Di seluruh pelosok dunia, terdapat pelbagai jenis minuman teh yang wujud sama ada yang berasaskan daun, bunga bahkan sejenis kulat seperti teh kombucha.

Pernahkah anda dengar mengenai khasiat kombucha sebelum ini? Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai teh cendawan Mekah.

Ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan teh kombucha ini? Sila baca artikel di bawah ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan teh kombucha?

Teh kombucha adalah minuman hasil penapaian larutan teh dengan gula yang kemudiannya ditambahkan lagi dengan kehadiran beberapa jenis mikrob iaitu bakteria Acetobacter xylinum dan ragi, Saccharomyces cerevisiae, Zygosaccharomyces bailii, dan Candida sp. 

Hasil daripada proses penapaian tersebut, teh yang dihasilkan ini mengandungi beberapa zat seperti asid asetat, folat, asid amino penting, vitamin B, vitamin C dan juga alkohol.

Artikel berkaitan:

Ramai juga yang menyebut teh kombucha ini sebagai teh cendawan kerana kulat atau cendawan di dalamnya dibiarkan tumbuh terlebih dahulu dalam proses penghasilannya. 

Waktu yang diperlukan bagi menapai teh ini adalah sekitar 8 hingga 12 hari pada suhu antara 18 hingga 2 darjah Celcius. Jika suhu persekitaran semakin tinggi, maka proses penapaian akan menjadi lebih pantas.

Tempoh penapaian akan mempengaruhi kualiti, kandungan dan rasa teh yang dihasilkan.

Setiap 400 ml teh kombucha pula mengandungi jumlah tenaga sebanyak 60 kalori.

Khasiat kombucha yang anda pasti ingin tahu

khasiat kombucha

Ada pelbagai pendapat menyatakan teh cendawan Mekah ini mempunyai pelbagai manfaat.

Antara khasiat kombucha – untuk kebaikan pencernaan tubuh, merendahkan risiko aterosklerosis selain membantu mengeluarkan racun daripada tubuh.

Sebahagian besar khasiat kombucha yang dinyatakan ini adalah hasil daripada kajian yang telah dilakukan kepada haiwan. 

Hasil kajian tersebut turut memperlihatkan teh ini mempunyai pelbagai khasiat lain seperti antioksidan, antibakteria, memperbaiki mikroflora usus dan juga meningkatkan ketahanan tubuh serta menurunkan tekanan darah.

Beberapa kumpulan yang meminum teh cendawan Mekah secara kerap mengakui minuman ini mempunyai beberapa kesan baik terhadap kesihatan tubuh.

Antara khasiat yang diperkatakan adalah dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mencegah kanser selain meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan juga hati.

Teh kombucha ini juga mempunyai kandungan bakteria probiotik yang merupakan sejenis bakteria baik yang berperanan meningkatkan pertahanan tubuh. 

Memang ada manfaat, tapi ada juga kesan negatif teh kombucha

khasiat kombucha

Walaupun ramai yang mengatakan mengenai manfaat dan khasiat kombucha, namun pengambilan minuman ini juga boleh memberikan beberapa kesan negatif kepada tubuh.

Ini termasuklah rasa sakit perut setelah meminumnya, berlakunya jangkitan dan juga alahan pada tubuh. 

Artikel berkaitan:

Bakteria yang terdapat dalam teh ini dapat menyebabkan jangkitan pada individu yang mempunyai sistem imun yang rendah. 

Bagi individu yang sihat pula, pengambilan teh ini boleh menyebabkan sakit perut, jangkitan akibat bakteria yang ada dalam teh tersebut, alahan, permukaan kulit yang menjadi kuning, mual, muntah-muntah dan juga sakit kepala.

Terdapat satu laporan yang pernah diterbitkan sebelum ini berkenaan 20 orang yang mendapat penyakit anthrax setelah meminum teh cendawan Mekah ini

Tambahan lagi, pada tahun 1995, Center for Disease Control (CDC) membuat satu pernyataan, teh kombucha adalah penyebab kepada asidosis metabolik yang berlaku kepada kumpulan peminum di Iran.

Asidosis metabolik adalah keadaan darah mempunyai terlalu banyak asid. Ini disebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan asid seperti teh kombucha.

Bagi individu yang mempunyai penyakit tertentu seperti diabetes dan sindrom iritasi usus, pengambilan teh ini perlulah diperhatikan dan dikawal. 

Bagi penghidap diabetes, pengambilan minuman seperti ini boleh mempengaruhi gula darah sehingga boleh menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam tubuh (hipoglisemia). 

Artikel berkaitan:

Bagi individu yang sedang mengalami cirit-birit atau mempunyai irritable bowel syndrome, teh ini tidak sesuai untuk diminum memandangkan ia mempunyai kandungan kafein yang cukup tinggi yang boleh memperburukkan lagi gejala yang sedang berlaku

Bagaimana untuk meminum teh kombucha dengan selamat?

teh kombucha

Walaupun terdapat pendapat yang menyatakan mengenai khasiat kombucha pada tubuh, kebersihan dan kualiti teh masih perlu dijaga agar ia tidak memberikan kesan yang buruk kepada diri anda seperti keracunan atau jangkitan daripada bakteria

Pastikan teh cendawan Mekah menjalani proses pempasteuran atau pemanasan terlebih dahulu bagi menyingkirkan bakteria jahat yang terkandung dalam teh tersebut. 

Selain itu, masih banyak kajian ilmiah diperlukan bagi membuktikan khasiat kombucha dan manfaat meminumnya pada tubuh. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Virus Selesema Mudah Merebak, Lindungi Diri Anda Dengan 4 Benda WAJIB Ini Mulai Sekarang!

    Artikel ini akan menyenaraikan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus selesema. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang baik. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

    Hmmm...sebenarnya berapa keperluan air bagi seseorang individu? Bagaimana kalau terlebih minum air? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Stop, Bayi Tak Boleh Minum Air Masak! Jom Ketahui Sebabnya

    “Si kecil haus tu, bagilah bayi minum air masak”, STOP! Jika anda menerima saranan seperti ini jangan lakukannya. Jom ketahui kesan bahaya boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    pinggan viral

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020
    bulan ramadhan

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    hari kebersihan tangan sedunia

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020
    cara cuci tangan

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/04/2020