Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Jangkitan Shigella (Shigellosis) adalah jangkitan bakteria yang menjejaskan sistem pencernaan. Ia disebabkan oleh sekumpulan bakteria yang dipanggil Shigella. Bakteria ini tersebar melalui makanan dan minuman tercemar atau melalui hubungan dengan kotoran yang tercemar. Bakteria melepaskan toksin yang mengganggu usus.
Tanda-tanda dan simptom jangkitan shigella biasanya bermula satu atau dua hari selepas bersentuhan dengan bakteria shigella, tetapi ia mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk berkembang. Tanda dan simptom mungkin termasuk:
Jangkitan berlaku apabila anda secara tidak sengaja menelan bakteria shigella. Ini boleh berlaku apabila anda:
Kebanyakan orang tidak mempunyai kesan buruk akibat shigellosis. Jangkitan biasanya hilang tanpa komplikasi, walaupun mungkin mengambil beberapa minggu atau bulan sebelum usus anda kembali normal.
Komplikasi termasuk dehidrasi, sawan, prolaps rektum (ketegangan membran mukus usus), hemolytic uremic syndrome, megacolon toksik (pergerakan usus atau pelepasan gas terhalang) dan artritis reaktif.
Bagi kes ringan biasanya ia akan hilang dengan sendiri dalam masa seminggu. Apabila rawatan diperlukan, doktor biasanya menetapkan antibiotik.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen