Patah Kaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu patah kaki?

Anda mungkin mengalami patah (juga dipanggil (fraktur) kaki selepas terlibat dalam kemalangan atau terjatuh. Kecederaan biasa ini memerlukan perhatian perubatan segera dan boleh menjadi serius. Keparahan patah kaki boleh berbeza-beza, jadi adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika anda merasakan kaki anda patah. Doktor boleh memulakan pelan rawatan untuk membantu anda pulih.

Adakah patah kaki biasa berlaku?

Tulang yang patah (juga dipanggil fraktur) di kaki sangat biasa berlaku. Malah, kira-kira 1 dari setiap 10 patah tulang berlaku di kaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom patah kaki?

Simptom-simptom kaki yang patah ialah:

  • Sakit
  • Lebam
  • Kenyerian
  • Bengkak
  • Kesukaran untuk berjalan atau meletakkan berat (beban) pada kaki
  • Kecacatan bentuk, seperti tulang patah yang menonjol keluar dari kulit atau kaki menghadap ke arah yang berbeza dari yang sepatutnya

Simptom anda boleh berbeza-beza, tetapi sakit, lebam, dan bengkak adalah antara simptom yang sangat biasa berlaku.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan patah kaki?

Tulang biasanya patah apabila sesuatu berlaku sesuatu untuk mencedera remukkan, membengkokkan, menggeliatkan atau meregangkan tulang.

  • Jari kaki sering kali patah / retak apabila anda dengan tidak sengaja menendang sesuatu yang keras
  • Tumit sering patah apabila anda jatuh dari tempat yang tinggi dan mendarat menggunakan kaki
  • Tulang-tulang lain di kaki kadang-kadang patah ketika pergelangan kaki anda tergeliat atau terseliuh

Kebanyakan tulang patah secara tiba-tiba kerana kemalangan. Kadang-kadang, retak kecil boleh terbentuk dalam tulang dalam tempoh yang lebih lama disebabkan tekanan berulang pada tulang. Ini dipanggil fraktur stres (tekanan). Fraktur ini biasanya berlaku di kalangan tentera yang mengembara dengan berpakaian uniform lengkap atau atlit, seperti penari, pelari, dan gimnas.

Patah tulang lebih biasa berlaku kepada kanak-kanak daripada orang dewasa.

  • Tulang orang dewasa lebih kuat daripada ligamen (yang menghubungkan tulang ke tulang lain) dan tendon (yang menghubungkan tulang ke otot). Tetapi bagi kanak-kanak, ligamen dan tendon secara relatif lebih kuat daripada tulang atau tulang rawan. Akibatnya, kecederaan yang hanya menyebabkan seliuh pada orang dewasa boleh menyebabkan tulang patah pada kanak-kanak. Bagaimanapun, kaki depan kanak-kanak biasanya fleksibel dan sangat berdaya tahan terhadap sebarang kecederaan
  • Apabila patah metatarsal atau falanks berlaku, ianya mungkin sukar untuk dikenal pasti, kerana kebanyakan bahagian tulang kanak-kanak yang sedang mengalami tunbesaran tidak dapat dikesan dengan baik melalui sinar-X. Atas sebab ini, kadang-kadang sangat membantu jika sinar-X satu lagi kaki kanak-kanak yang tidak cedera diambil sebagai perbandingan

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami patah kaki?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kaki patah didiagnosis?

Doktor akan bertanyakan anda tentang kecederaan dan memeriksa anda. Sinar-X sering membantu dalam mendiagnosis tulang patah di kaki, tetapi kadang-kadang sinar-X tidak diperlukan.

Jari kaki biasanya dirawat dengan cara yang sama walaupun ada jari kaki yang patah atau hanya lebam. Oleh yang demikian, sinar-X seringkali hanya menjadi pilihan untuk kecederaan ini.

Kadang-kadang pemeriksaan doktor sahaja sudah memadai untuk memastikan sesetengah tulang di jari kaki tengah tidak patah. Doktor boleh menggunakan “peraturan pergelangan kaki Ottawa” untuk menentukan sama ada sinar-X diperlukan. Sinar-X hanya diperlukan jika terdapat kesakitan di zon “kaki tengah” maleolar DAN mana-mana satu daripada simptom yang berikut:

  • Sakit apabila doktor menolak tapak tulang metatarsus kelima
  • Sakit apabila doktor menolak ke atas tulang navikular
  • Ketidakupayaan untuk mengambil empat langkah, sejurus selepas kecederaan dan semasa pemeriksaan
  • Cara lain untuk mengambil gambar tulang kaki (seperti imbasan tulang, CT, MRI, atau ultra-bunyi) boleh dilakukan untuk mengenal pasti kecederaan yang luar biasa atau tersembunyi, tetapi ianya jarang diperlukan. Ujian-ujian ini umumnya tidak dilakukan semasa di jabatan kecemasan dan biasanya diarahkan hanya selepas berunding dengan pakar bedah ortopedik atau kaki

Bagaimanakah patah kaki dirawat?

Jenis rawatan yang anda terima adalah berdasarkan keparahan dan lokasi patah tulang. Anda mungkin memerlukan rehat dan ubat untuk melegakan kesakitan. Adalah biasa untuk menggunakan kas, pendakap, atau but untuk patah kaki. Dalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin diperlukan. Ketahui bagaimana untuk memohon pertolongan cemas segera untuk tulang patah.

Rawatan biasa untuk patah kaki termasuk:

  • Ubat tanpa preskripsi untuk melegakan kesakitan
  • Berehat
  • Menggunakan kas, splin, pendakap, but atau kasut khas
  • Mengurangkan berat/beban dari kaki yang patah
  • Menggunakan tongkat ketiak atau kerusi roda
  • Manipulasi tulang untuk mengembalikan tulang ke tempat asalnya
  • Pembedahan untuk memasukkan pin, skru, rod, atau plat

Perubahan gaya hidup & remedi di rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang dapat membantu saya menguruskan patah kaki?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menguruskan kaki patah:

  • Pekerja pembinaan dan orang lain yang berisiko untuk mengalami kecederaan kaki harus sentiasa memakai but keselamatan
  • Aktiviti sukan harus selalu dilakukan dengan kasut sukan yang bersesuaian saiznya
  • Apabila sedang memandu di dalam kereta, jangan biarkan penumpang menjuntaikan kaki ke luar tingkap atau meletakkan kaki di atas papan pemuka (dashboard)
  • Sentiasa pakai tali pinggang keledar semasa memandu di dalam kereta

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Anda ingin hidup gembira sepanjang masa? Jangan khuatir, kerana kami ada 12 cara untuk gembira bagi mewujudkan hidup yang gembira untuk anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    nutrisi diet vegetarian

    Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan