Kaki Bengkak, Tanda Masalah Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kaki bengkak, lebih senonim dengan wanita hamil. Namun, ia sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari semasa ke semasa. Kaki digunakan setiap hari untuk menyokong berat badan anda dan membolehkan anda berdiri, berjalan, berlari dan melompat.

Kadang-kadang bengkak juga dipanggil edema iaitu kewujudan air yang banyak di dalam ruang di antara sel tisu, di tempat tertentu atau di seluruh tubuh. Ia juga tanda-tanda kesihatan yang lebih serius.

Punca kaki bengkak

Kehamilan

Ini adalah satu sebab yang paling biasa bagi wanita yang mengalami kaki bengkak. Ia biasanya berlaku bermula trimester kedua kehamilan. Selain itu, semasa hamil tubuh anda menghasilkan hormon relaksin (relaxin), yang menyebabkan sendi dan ligamen pinggul dan kaki berehat dan membesar.

Walau bagaimanapun, jika bengkak itu teruk dan disertai dengan simptom seperti sakit perut, sakit kepala, kerap membuang air kecil, mual, muntah atau perubahan penglihatan, segera berjumpa doktor anda. Ini kerana tanda-tanda merujuk kepada preeklamsia, yang membawa kepada tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing.

Berlebihan berat badan (obes)

Kaki bengkak juga boleh menjadi kesan sampingan akibat berlebihan berat badan atau obes. Mereka yang mengalami obes, bahagian perutnya diliputi dengan lemak dan lemak itu memampatkan peredaran di kaki dan tekanan dari bawah menyebabkan kaki bengkak. Bagi masalah bengkak kaki akibat obes, anda perlu mempertimbangkan perubahan amalan pemakanan dan senaman, serta berjumpa doktor untk menolak kemungkinan risiko kesihatan lain.

Gout

Gout adalah sejenis artritis yang boleh menjejaskan pergerakan kebanyakn orang yang mengalaminya. Gangguan kesihatan ini boleh menjejaskan sendi jari kaki, paling kerap membengkak. Simptom ini termasuk pembengkakkan pada sendi kaki yang berlaku secara tiba-tiba dan teruk.

Limfedema

Limfedema adalah keadaan yang berlaku apabila seseorang mempunyai masalah dengan sistem limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun. Bendalir limfa membawa sel-sel darh putih ke bahagian tubuh berlainan dan nodus limfa seluruh tubuh mengawal peredaran bendalir ini.

Jika nodus limfa rosak ata dikeluarkan semasa pembedakan untuk kanser, bendalir tidak akan mengalir dengan betul dan yang menyebabkan pembengkakan.

Jantung tidak mengepam darah secukupnya

Anda mungkin menganggap ia tidak berkait, tetapi kaki bengkak adalan tanda kegagalan jantung kongestif. Bagaimanapun, keadaan ini tidak bermakna jantung anda berhenti berfungsi, ia hanya jantung anda tidak dapat mengepam darah dengan mencukupi. Ini bermakna darah berkumpul di vena, yang membawa kepada pembentukan cecair. Jika anda mengalami kegagalan jantung, bengkak di kaki anda biasanya lebih jelas daripada pembengkakan yang berlaku selepas anda berdiri sepanjang hari.

Deep Vein Thrombosis (DVT)

Keadaan ini biasanya berlaku akibat duduk terlalu lama tanpa menggerakkan kaki. DVT muncul daripada bekuan darah yang biasanya pada kaki. Ia juga boleh menyebabkan bekuan darahpecah dan mengalir ke paru-paru, yang mana ia boleh menyekat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian.

Antara langkah untuk mencegah bengkak kaki yang juga membantu mengelakkan pembekuan darah adalah berseman, kekalkan berat badan yang sihat, rehat seketika selepas duduk dalam tempoh yang lama.

Selulitis (Cellulitis)

Sekiranya anda mengalami pembengkakan selepas kecederaan pada kaki atau pergelangan kaki anda, ini boleh menjadi gejala selulitis. Selulitis adalah jangkitan kulit dan tisu. Ia akibat daripada bakteria yang memasuki kulit pecah. Mereka yang lebih berisiko termasuk penghidap diabetes, mereka yang mempunyai masalah peredaran darah, penyakit hati, dan mengalami masalah kulit.

Selain keadaan itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat. Ubat seperti kontraseptif oral atau terapi penggantian hormon boleh menyebabkan pembengkakkan kaki dan pergelangan kaki. Anti-depresan dan ubat diabetes juga boleh menyebabkan kesan sampingan ini.

Kaki bengkak boleh menunjukkan penyakit yang serius seperti jantung, hati, atau buah pinggang. Sekiranya anda melihat sebarang perubahan mendadak pada bengkak atau ia berlanjutan dan tidak menjadi lebih baik dengan pengambilan rehat dan cecair, pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Menyusukan Bayi, Tapi Kenapa Ada Cecair Pada Puting? AWAS, Warna Jernih Petanda Barah!

    Pengeluaran cecair puting bermaksud cairan dari puting payudara. Tapi mengapa sesetengah wanita alami kondisi ini walaupun tidak menyusu atau hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Wanita Lain 04/02/2021 . 3 minit bacaan

    Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat

    Kondisi kulit gelap ketika hamil sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun tahukah anda di mana ia akan muncul lagi selain muka? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Masalah Kehamilan, Tips Hamil 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Seksual, Kontrasepsi 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bila boleh buat pregnancy test

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    waktu subur perempuan

    Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan
    apa itu gdm

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan
    berapa hari selepas bersama boleh mengandung

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan