Bagi kesakitan yang dialami, pada mulanya, rasa sakit tersebut hanya berlaku sekali-sekala. Ia juga boleh menjadi terik pada waktu malam dan ketika aktiviti sedang dijalankan.
Sebagai contoh, rasa sakit hanya dirasai apabila anda berjalan. Namun, apabila keadaan ini semakin teruk, kesakitan tersebut akan selalu ada dan ia akan menjadi teruk walaupun anda melakukan aktiviti ringan.
Kebengkakan tulang pula hanya berlaku beberapa minggu selepas anda merasai kesakitan akibat kanser tulang.
Apa yang lebih teruk adalah, jika tulang leher yang mengalami ketumbuhan kanser, kebengkakan yang berlaku boleh mengganggu pergerakan makanan melalui organ esofagus.
Pesakit akan mengalami kesukaran untuk menelan makanan sehingga boleh menyebabkan masalah turun berat badan berikutan kekerapan mereka makan semakin berkurangan.
Tulang yang mengalami ketumbuhan kanser tidak begitu kuat. Dalam hal ini, ia akan mudah retak sehingga menyebabkan rasa sakit yang ekstrem.
Diagnosis dan rawatan

Lazimnya, apabila doktor menemui kanser tulang, mereka akan mencari sumber kanser.
Namun, bagi mereka yang mengalami masalah kanser tulang primer, diagnosis oleh doktor sangat penting berikutan tahap kanser yang berbeza mempunyai protokol rawatan yang berlainan.
- Tahap 1 kanser tulang: Masih terhad pada tulang (belum merebak keluar).
- Tahap 2 kanser tulang: Belum tersebar namun sudah tampak invasif. Mula menjalar ke tisu berdekatan.
- Tahap 3 kanser tulang: Telah tersebar ke kawasan tulang yang lain. Sel kanser mula menjadi invasif.
- Tahap 4 kanser tulang: Telah tersebar ke organ lain seperti peparu dan otak.
Penggunaan ujian makmal seperti ujian darah, alat imbasan tulang, biopsi tulang dan ujian pengimejan (x-ray, MRI dan imbasan CT) boleh membantu doktor untuk menentukan tahap kanser.
Rawatan bagi kanser tulang bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Tahap kanser
- Usia penghidap
- Tahap kesihatan menyeluruh
- Saiz dan lokasi ketumbuhan
Antara kaedah rawatan yang boleh menjadi pilihan adalah seperti berikut:
- Ubat untuk merawat kanser tulang. Antara ubat yang sering digunakan adalah ubat kemo bagi masalah myeloma berbilang, ubat tahan sakit untuk mengurangkan proses keradangan dan ketidakselesaan, bifosfonat untuk melambatkan proses kehilangan sel tulang dan ubat pembunuh sel.
- Terapi radio: Rawatan untuk membunuh sel kanser.
- Pembedahan: Bagi kanser tulang yang boleh dibuang ketumbuhannya. Tulang yang rosak akan dibuang keluar bagi menghentikan progres kanser. Bagi kerosakan tulang lengan dan kaki yang teruk, prosedur amputasi boleh menjadi pilihan.
- Terapi alternatif jika perlu seperti rawatan herba dan rawatan terapi kemo radio.
Konklusi
Tanda tanda kanser tulang yang dialami boleh jadi ringan sehingga ia sering diabaikan sebagai tanda yang berpotensi berpunca daripada kanser.
Sakit tulang, bengkak dan sebagainya boleh melarat menjadi komplikasi yang lebih teruk sekiranya ia tidak dirawat dengan baik.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ajukannya kepada doktor perubatan yang bertauliah.