Endometriosis Boleh Sebabkan Masalah Kesuburan Pada Wanita, BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Endometriosis merupakan antara penyakit utama melibatkan masalah kesuburan wanita di seluruh dunia. Apakah punca endometriosis? Apa yang perlu anda tahu tentang  endometriosis? Baca selanjutnya untuk memahami keadaan ini.

 

Definisi

Apa itu Endometriosis?

Endometriosis adalah antara punca masalah kesuburan wanita. Ia berlaku apabila tisu yang kebiasaannya melapisi uterus (rahim) tumbuh di luar kawasan uterus hingga ke tiub fallopian. Tisu tersebut bertindak seperti tisu di dalam uterus, bermakna ia akan hancur dan keluar menjadi darah waktu haid.

Bagaimanapun, disebabkan tisu tersebut tumbuh di luar uterus, darah tidak dapat mengalir keluar daripada badan dan terperangkap. Ini menyebabkan pendarahan dalaman dan keradangan, yang akan membawa kepada pelbagai simptom.

Punca endometriosis kebiasaannya melibatkan tiub fallopian, ovari, usus atau tisu yang melapisi pelvis anda. Tisu sekitar akan mengalami iritasi dan menyebabkan rasa sakit, membentuk tisu parut atau kantung berisi cecair yang menyukarkan peluang untuk hamil.

Apakah kebarangkalian Endometriosis?

Endometriosis biasa berlaku dalam kalangan wanita pada usia 30-an dan 40-an tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana usia.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Endometriosis?

Tanda dan simptom endometriosis yang biasa dijumpai ialah:

  • Sakit pelvis sewaktu haid, yang lebih teruk daripada biasa dan semakin meningkat mengikut waktu.
  • Sakit bahagian bawah belakang dan sakit perut.
  • Sakit sewaktu atau selepas hubungan kelamin.
  • Sakit ketika membuang air besar dan membuang air kecil pada waktu haid.
  • Pendarahan berlebihan. Sama ada haid dengan pendarahan berlebihan atau pendarahan berlebihan di antara selang waktu haid.
  • Darah dalam air kencing atau najis, pendarahan vagina selepas hubungan kelamin.
  • Kepenatan, cirit-birit, sembelit, rasa kembung atau loya, terutamanya sewaktu haid.
  • Sakit segugut yang teruk.
  • Rasa sakit sebelum atau semasa haid.
  • Sakit semasa melakukan hubungan kelamin.
  • Kemandulan.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika mengalami:

  • Rasa sakit sewaktu haid yang luar biasa
  • Aktiviti harian terganggu kerana kesakitan.
  • Merasa sakit sewaktu hubungan kelamin.
  • Merasa sakit sewaktu membuang air kencing, terdapat darah dalam air kencing atau tidak berupaya mengawal kencing.
  • Tidak dapat mengandung selepas mencuba selama 12 bulan.

masalah kesuburan wanita

Punca

Apakah Punca Endometriosis?

Punca endometriosis masih tidak diketahui. Saintis percaya terdapat beberapa pencetus yang boleh membawa kepada masalah kesuburan wanita ini.

Sebab pertama yang selalu berlaku ialah darah haid yang berpatahbalik (retrograde).

Darah haid mengandungi sel endometrial yang sepatutnya keluar daripada badan sebaliknya mengalir ke dalam melalui tiub fallopian dan ke dalam pelvis menyebabkan sel endometrial melekat pada dinding pelvis dan permukaan organ pelvis.

Pertumbuhan sel embrionik juga dipercayai menyebabkan endometriosis. Sel embrionik membentuk sel yang melapisi ruang abdomen dan ruang pelvis.

Apabila satu atau lebih daripada bahagian lapisan abdomen bertukar menjadi tisu endometrial, anda akan mengalami endometriosis.

Jika kerap menjalani pembedahan seperti histerektomi atau pembedahan Caesar, parut pembedahan boleh menyebabkan sel endometrial terlekat padanya, menyebabkan endometriosis.

Jika sel endometrial dibawa saluran darah atau cecair tisu ke bahagian lain badan, endometriosis juga boleh berlaku.

Punca lain ialah penyakit imuniti. Jika anda mengalami masalah iminuti di mana badan tidak dapat mengenal pasti dan menyerang tisu endometrial di luar uterus, endometriosis juga boleh berlaku.

Tambahan pula, anda boleh mendapat penyakit tersebut disebabkan sel dalam abdomen dan pelvis yang boleh berubah kepada sel endometrial atau sel endometrial yang sudah terbentuk di luar uterus ketika masih janin.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada punca Endometriosis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi endometriosis, seperti:

  • Tidak pernah melahirkan
  • Satu atau lebih saudara (ibu, mak cik atau kakak) dengan endometriosis
  • Laluan keluar darah haid dihalang sebarang masalah kesihatan
  • Pernah mengalami jangkitan pelvis
  • Uterus tidak normal
  • Datang haid sebelum usia 12 tahun
  • Bentuk uterus, serviks atau vagina tidak normal yang menyebabkan darah haid terhalang atau susah keluar

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Endometriosis didiagnosis?

Dalam sesetengah kes, anda mungkin diminta untuk melakukan ujian pemeriksaan seperti pemeriksaan pelvis, ultrabunyi, laparoskopi.

Dalam ujian pemeriksaan pelvis, doktor akan menggunakan tangan  untuk memeriksa bahagian pelvis jika terdapat sebarang kejanggalan seperti sista (cyst) pada organ reproduktif atau parut di belakang uterus.

Ultrabunyi pula memerlukan gelombang bunyi dengan frekuensi yang tinggi untuk menghasilkan imej bahagian dalam badan anda.

Walaupun doktor tidak dapat mengenal pasti endometriosis dengan jelas melalui ultrabunyi tetapi doktor dapat mengenalpasti sista yang ada bersama endometriosis.

Jika kaedah berikut tidak membantu, pakar bedah mungkin akan melihat ke dalam abdomen anda melalui laparoskopi.

Dengan bantuan laparoskopi doktor akan dapat mengenal pasti lokasi, saiz dan keluasan tampalan endometrial untuk menentukan pilihan rawatan terbaik.

Bagaimana pesakit Endometriosis dirawat?

Tidak ada penyembuh bagi mengatasi keadaan ini tetapi anda boleh menangani rasa sakit dan masalah kesuburan wanita ini dengan rawatan. Ia bergantung pada simptom dan kehendak anda untuk menimang cahaya mata, anda boleh memilih rawatan yang sesuai.

Terapi hormon yang dapat mengurangkan level hormon estrogen dalam badan untuk mengecutkan saiz tisu endometrial tersebut dan mengurangkan kesakitan sesuai kepada mereka yang hanya berhadapan masalah kesakitan.

Sementara pembedahan, rawatan kesuburan, atau kedua-duanya sesuai jika anda merancang untuk hamil.

Jika anda mengalami sakit yang tidak teruk, dan tidak mempunyai perancangan untuk hamil pada waktu terdekat, atau sudah menghampiri menopaus anda boleh memilih untuk tidak menjalani rawatan.

Ubat-ubatan adalah pilihan yang bersesuaian jika anda mengalami rasa sakit atau pendarahan tetapi tidak merancang untuk hamil pada waktu terdekat.

endometriosis

Ubat dalam bentuk pil perancang kehamilan menghalang endometriosis menjadi semakin buruk atau manakala ubat anti keradangan membantu anda mengawal kesakitan.

Jika anda mendapati simptom anda semakin teruk atau hormon  perancang kehamilan dan NSAIDs tidak memberikan kesan, anda boleh mencuba hormon yang lebih kuat.

Jika terapi hormon yang lebih kuat juga tidak dapat membantu, atau organ lain pula terkesan, pembedahan adalah pilihan yang sesuai.

Ketumbuhan endometrial dan tisu parut akan dibuang melalui pembedahan. Ia kebiasaannya dilakukan melalui satu atau lebih pembukaan kecil, menggunakan laparoskopi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani punca Endometriosis?

Tip yang dapat membantu menangani masalah kesuburan wanita ini:

  • Mandian panas dan pad haba membantu merehatkan otot pelvis dan mengurangkan kekejangan dan rasa sakit
  • Kerap bersenam boleh mengurangkan simptom
  • Berbaring dan meletakkan bantal di bawah lutut juga disarankan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Haid Datang Lewat, Tapi Ada Sedikit Darah Yang Keluar? Sabar, Ia Mungkin Pendarahan Implantasi

    Ada resah haid anda datang lewat? Kemudian, anda dapati ada sedikit darah yang keluar tetapi bukan darah haid? Tenang, ia mungkin pendarahan implantasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/12/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Melancap Boleh Sebabkan Lelaki Kurang Subur?

    Adakah melancap akan menyebabkan beberapa isu kesihatan termasuklah risiko kemandulan? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/11/2018 . 2 minit bacaan

    Sakit dan Ketidaksuburan: Anda Mungkin Mengalami Endometriosis

    Ramai orang yang malu atau tidak gemar membuat temu janji dengan doktor. Tetapi, apabila ia melibatkan rasa sakit dan kesuburan, ramai yang terpaksa mengalah dan berjumpa dengan doktor. Jika anda seorang wanita ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 06/09/2018 . 2 minit bacaan

    Endometriosis: Apa yang Perlu Anda Tahu

    Endometriosis adalah keadaan kesihatan di mana terdapat tisu rahim di luar lapisan dalam rahim. Dalam kebanyakan kes, tisu ini terdapat di dalam ovari, tiub fallopian, dan bahagian lain di dalam pinggul (pelvis) ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 06/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tuala wanita pakai buang

    Ikut Style Perempuan Dulu-dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    pantang larang selepas bersalin mengikut Islam

    3 Cara Berpantang Lepas Bersalin Mengikut Ajaran Islam, Ia Turut Terbukti Dalam SAINS!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/12/2019 . 4 minit bacaan
    masalah kesuburan wanita

    Apa Itu Masalah Subkesuburan? Jom Kenali Apa 6 Punca Utama Ia Terjadi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/09/2019 . 3 minit bacaan
    hormon suntikan

    Ubat Kesuburan: Hormon Suntikan Dan Clomid – Apa Kita Perlu Tahu Tentangnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Diterbitkan pada 10/05/2019 . 2 minit bacaan