backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Period Dah Habis Ke Belum Ni? Perhatikan 2 Tanda Ini, Baru Boleh Solat Tanpa Waswas!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

    Period Dah Habis Ke Belum Ni? Perhatikan 2 Tanda Ini, Baru Boleh Solat Tanpa Waswas!

    Kami pasti, ramai wanita sudah tahu tanda-tanda haid bakal bermula. Rasa sakit perut, payudara mula membengkak dan mood semakin ‘kelaut’… Ini semua merupakan antara tanda bakal datang haid. Namun, bagaimana pula dengan tanda habis haid?

    Sebagai wanita, kita perlulah tahu bila masanya haid habis supaya kita boleh menyucikan diri dan kembali bersolat.

    Walau bagaimanapun, bagaimana untuk pastikan haid benar-benar berakhir?

    Mari kenalitanda habis haid dan bagaimana anda boleh pantau haid dengan lebih efektif dalam artikel kami di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Berapa panjangkah tempoh haid yang normal?

    Selalunya, purata tempoh haid seorang wanita adalah 3-7 hari.

    Kitaran haid pula berbeza-beza mengikut individu, ia boleh mengambil masa 21 hari sehingga 35 hari.

    Walaupun kepanjangannya berbeza, kitaran haid anda masih dikira normal.

    Apakah tanda habis haid?

    tanda habis haid
    Tanda haid bermula.

    Ramai wanita yang keliru tentang masa haid mereka berakhir. Kalau solat seperti biasa, takut darah masih lagi keluar. Namun, kalau tidak sembahyang, nanti terpaksa ganti pula!

    Bagaimana pula jika ada keputihan selepas haid seperti kuning atau kecoklatan yang keluar? Adakah ia dianggap haid atau keputihan?

    Benar, banyak soalan yang bermain di fikiran wanita ketika di penghujung haid. Sekiranya anda mempunyai persoalan yang sama, mungkin artikel ini dapat menjawabnya.

    #1. Tidak ada lagi darah haid yang keluar

    Cara periksa haid yang mudah adalah dengan melihat darah haid yang keluar.

    Jika tidak ada lagi warna keruh haid, itu bermaksud period anda sudah tamat. Jadi, anda boleh teruskan ibadah seperti solat, berpuasa dan membaca al-Quran seperti biasa.

    Salah satu cara periksa haid sudah berakhir adalah mengesat kemaluan menggunakan tisu putih yang bersih.

    Sekiranya tidak ada sebarang kesan yang berwarna kuning, coklat atau merah pada tisu tersebut, itu bermaksud anda sudah boleh mandi hadas dan meneruskan ibadah seperti biasa.

    Cara periksa haid #2. Keluarnya cecair likat yang berwarna putih dari faraj

    Selain itu, satu lagi tanda habis haid ialah keluar cecair putih dari faraj.

    Setelah cecair ini keluar, sebarang kesan merah, kuning atau kecoklatan dikira sebagai keputihan.

    Namun, jika masih ada lagi keputihan selepas haid yang berwarna merah secara berterusan , ia dikira sebagai period.

    Cuba uji dengan kaedah tisu putih di atas untuk menentukan sama ada darah haid anda sudah betul-betul kering atau tidak.

    Walau bagaimanapun, setiap wanita mempunyai haid yang berbeza-beza. Jika anda mempunyai persoalan mengenai haid, jumpa doktor atau rujuk pakar mengenai masalah anda.

    Cara terbaik untuk kenal pasti tanda habis haid

    darah haid
    Warna darah haid wanita.

    Jika anda selalu runsing mengenai tempoh haid, mungkin sudah tiba masanya agar anda ‘track’ atau pantau haid anda.

    Tetapi mengapa? Tahukah anda, ada banyak kelebihan memantau haid sendiri?

    Anda bukan sahaja boleh agak bila tarikh haid akan datang, ia juga dapat membantu anda mengenal pasti jika adanya sebarang abnormaliti pada period anda.

    Ada banyak cara yang dapat membantu anda memantau haid sendiri.

    Namun, ia mungkin sukar sekiranya anda tidak pernah melakukannya sebelum ini!

    Di bawah, kami senaraikan beberapa langkah untuk anda pantau haid sendiri:

    1. Gunakan kalendar. Tanda hari pertama hingga penghujung haid dengan pen berwarna merah.
    2. Gunakan aplikasi atas talian. Ada banyak aplikasi yang dapat membantu anda memantau haid sendiri.
    keputihan selepas period
    Perbezaan keputihan dan darah period.

    Selain itu, anda juga perlulah ‘take note’ mengenai simptom-simptom lain seperti:

    • Simptom fizikal: Keletihan, sakit kepala, senggugut dan rasa tidak sedap perut
    • Mood swings: Tandakan bila anda mulai alami mood swing. 30-80% wanita haid mempunyai simptom yang sama ketika datang haid
    • Konsistensi: Lihat sama ada darah haid yang keluar banyak, sederhana, sedikit atau bertompok-tompok

    Kesimpulan

    Pantau haid anda selama 3 bulan berturut-turut. Selepas itu, anda akan dapat mengagak masa period seterusnya bakal tiba dan juga tanda habis haid. Barulah kita boleh terus beribadah dengan tenang.
    Selain itu, data ini juga sangat bermanfaat untuk wanita yang ingin menimang cahaya mata. Anda juga boleh menganggar masa ovulasi mengikut kitaran haid.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan