Tuala wanita atau pad merupakan produk kebersihan haid. Ia direka untuk digunakan wanita semasa kedatangan haid bulanan. Dalam artikel ini kami akan kongsikan antara jenama tuala wanita terbaik yang boleh dijadikan pilihan.
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Tuala wanita atau pad merupakan produk kebersihan haid. Ia direka untuk digunakan wanita semasa kedatangan haid bulanan. Dalam artikel ini kami akan kongsikan antara jenama tuala wanita terbaik yang boleh dijadikan pilihan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Tuala wanita atau sanitari pad adalah sekeping bahan penyerap yang diletakkan antara celah kelangkang seluar dalam untuk menyerap darah haid dan melindungi pakaian semasa period.
Ia mempunyai pelekat pada bahagian bawah untuk memastikan ia melekat dan kekal pada seluar dalam sepanjang hari.
Anda disarankan untuk menukar tuala wanita ini setiap 4 hingga 8 jam sekali bagi mengelakkan pembentukan bakteria dan bau yang tidak diingini.
Tuala wanita hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza dengan kapasiti tertentu untuk menyerap pendarahan haid yang berat serta ringan.
Jenis pad yang anda gunakan adalah bergantung kepada pilihan peribadi. Ada yang nipis, tebal dan juga panjang. Terdapat juga tuala wanita yang mempunyai sayap untuk membolehkan anda melekatkan ia pada sisi seluar dalam.
Bagaimana untuk mengetahui yang mana satu jenama tuala wanita terbaik? Sememangnya terdapat banyak jenama pad dijual di pasaran.
Berikut antara yang boleh anda jadikan pilihan:
Tuala wanita jenama libresse dianggap pad yang sesuai digunakan ketika mengalami aliran darah yang banyak dan dapat melindungi daripada berlakunya kebocoran semasa tidur.
Rekaan SecureFit pad ini adalah berdasarkan bentuk badan wanita supaya pad akan kekal di tempatnya dan memberikan penyerapan yang lebih baik.
Blood Sanitary Pads antara jenama tuala yang bagus kerana ia menggunakan teknologi penyerapan super dari Jepun, membuatkan darah period yang anda alami tidak kebocoran dan berlaku penyerapan dengan cepat.
Buat pengetahuan anda, pad ini diperbuat daripada 100% lapisan jagung, walaupun nipis tetapi mempunyai penyerapan yang bagus!
Dengan variasi kepanjangan bermula 28cm hingga 41cm, saiz tuala wanita ini pasti dapat memberikan anda perlindungan daripada kebocoran terutamanya di bahagian belakang pada waktu malam.
Tuala wanita kotex ini dilengkapi dengan penyerap-berkuasa pada bahagian tengah pad, yang membantu menyerap aliran tak diduga secara terus.
Pad wanita jenama Poise ini ideal digunakan selepas bersalin, memastikan period anda tidak bocor ketika tengah malam dan mengurus kebocoran urin disebabkan punci kencing yang lemah.
Tuala wanita ini mampu menyerap 2 kali lebih berbanding tuala wanita yang lain dan boleh mengunci bau yang tidak enak ketika anda berada di luar atau di dalam rumah. Menarik bukan?
Enya antara jenama tuala wanita yang bagus dan menjadi pilihan wanita yang sukakan keselesaan. Hal ini kerana, pad ini menggunakan 100% kapas organik. Jadi, bahagian intim anda lebih selesa dan tidak menyebabkan kegatalan.
Harganya sedikit mahal berbanding pad lain di pasaran, tetapi bagi anda yang inginkan keselesaan atau alami kulit sensitif,pad ini patut menjadi pilihan utama anda. Ia direka dengan ciri seperti bebas daripada pewangi, pelekat toksik, klorin, paraben, dioksin dan bahan kimia berbahaya yang lain menjadikan pengguna tidak alami kerengsaan! Paling penting, tidak mudah bocor ketika sedang period.
Jika anda mempunyai hari yang padat dengan aktiviti, tuala wanita ini merupakan pilihan terbaik kerana ia menyerap cecair 2x lebih pantas dan dapat mengelakkan kebocoran walaupun semasa pendarahan berat.
Pad ini dapat memastikan anda sentiasa berada dalam kekeringan, bebas daripada rasa melekit dengan tahap keselesaan yang lebih lama.
Alami pendarahan haid berat dan risaukan kebocoran pada waktu malam? Dengan tuala wanita jenama sofy ini, anda tidak perlu bimbang lagi kerana ia menawarkan kepanjangan sehingga 42.5 cm dan dihasilkan dengan reka bentuk antikebocoran.
Tuala wanita buatan Jepun ini juga antibakteria, yang berfungsi mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab bau busuk, agar anda kekal selesa.
Produk yang disenaraikan sebagai jenama tuala wanita terbaik di atas hanya sekadar cadangan melalui pembacaan penulis. Semoga bermanfaat!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
25/05/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip