backup og meta

Tak Sah Ibadah Kalau Mandi Wajib Tak Betul, Ini Panduan Lengkap Mandi Hadas!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 05/03/2024

    Tak Sah Ibadah Kalau Mandi Wajib Tak Betul, Ini Panduan Lengkap Mandi Hadas!

    Setiap wanita pasti akan mengalami menstruasi atau haid apabila sudah mencecah usia akil baligh. Justeru, adalah amat penting bagi para wanita untuk mengetahui cara mandi wajib haid yang betul.

    Ini kerana, apabila haid mereka berakhir, wanita diwajibkan untuk melakukan mandi wajib atau junub bagi menyucikan diri dan membolehkan mereka beribadah.

    Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui cara mandi wajib wanita dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Niat mandi wajib haid yang betul

    Mandi wajib atau juga dikenali sebagai mandi junub atau mandi hadas adalah cara orang Islam membersihkan diri daripada hadas besar seperti keluar air mani, selepas bersetubuh, haid atau nifas bagi wanita.

    Ketika sedang berada dalam tempoh haid atau nifas, wanita diharamkan untuk melakukan ibadah solat dan puasa.

    Jadi, sudah menjadi kewajipan wanita beragama Islam untuk mengetahui cara mandi wajib haid yang betul agar mereka boleh membersihkan diri daripada hadas besar dan melakukan ibadah.

    Namun awas! Cara mandi wajib haid yang betul tidak boleh dipandang ringan kerana ibadah anda boleh menjadi tidak sah!

    Bagaimana cara mandi wajib perempuan?

    cara mandi hadas

    Sama seperti mengambil air wuduk, air mutlak yang suci perlu digunakan ketika anda ingin mandi hadas.

    Anda tidak perlu mandi lama ketika mandi hadas. Yang penting adalah ia sempurna dan air diratakan ke seluruh tubuh badan anda.

    Apa yang membezakan antara mandi biasa dan mandi wajib adalah mandi wajib dimulakan dengan niat terlebih dahulu.

    Berikut merupakan cara mandi wajib haid yang betul mengikut panduan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

    1. Niat ketika air sampai ke tubuh.
    2. Membaca ‘Bismillah’.
    3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
    4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
    5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun.
    6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan sepertimana wuduk biasa (untuk melakukan solat) ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
    7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu menyiramnya 3 kali dengan air.
    8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
    9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
    10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardu.

    Ketika mandi junub, anda perlu melepaskan ikatan rambut bagi memastikan air rata ke seluruh bahagian rambut anda.

    Hikmah di sebalik cara mandi wajib ringkas

    Mandi merupakan salah satu cara bagi manusia untuk bersuci dan membersihkan diri daripada kotoran.

    Bukan sahaja dapat membuatkan badan anda segar, malah terdapat banyak kebaikan mandi junub yang lain buat anda.

    Berikut merupakan beberapa manfaat mandi junub yang lain:

    #1. Meningkatkan kesihatan mental dan fizikal

    Stres sememangnya dapat mempengaruhi tahap kesihatan anda. Ini kerana stres boleh menyebabkan otot anda lemah, sakit jantung, keguguran rambut, refluks asid (GERD), dan melemahkan sistem imun badan anda.

    Kajian telah membuktikan mandi dengan air suam dapat membantu mengurangkan masalah tekanan mental dan emosi anda. Ia dapat menurunkan hormon tekanan dan menyeimbangkan tahap serotonin anda.

    cara mandi wajib haid yang betul

    #2. Cara mandi wajib haid yang betul dapat memperbaiki kualiti tidur

    Kajian menunjukkan bahawa mandi sebelum tidur juga boleh membantu anda tidur lebih cepat dan tidur dengan lebih nyenyak.

    Mandi air panas dapat membantu memperbaiki kualiti tidur disebabkan oleh gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi relaks semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.

    #3. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

    Mandi air panas atau air suam juga boleh membantu memperbaiki aliran darah bagi mereka yang mempunyai kegagalan jantung yang kronik.

    Kajian telah membuktikan bahawa individu yang merendamkan kaki dan betis mereka dalam air panas atau suam selama 30 minit dapat mengurangkan kekakuan arteri.

    #4. Melegakan masalah pernafasan dan selesema

    cara mandi junub

    Bermandi dengan air panas atau air suam merupakan remedi semula jadi untuk merawat selesema dan batuk.

    Ini kerana, suhu panas daripada air mandian boleh membantu membuka laluan pernafasan, mencairkan kahak dan membersihkan saluran hidung anda.

    #5. Membersihkan kulit dari kuman

    Mandi juga dapat membersihkan kulit anda, membantu anda mengelakkan kerengsaan, keradangan dan jangkitan kuman yang disebabkan oleh pengumpulan sel kulit mati.

    Kesimpulannya, ternyata proses mandi wajib sebenarnya cukup mudah dan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita. Semoga perkongsian cara mandi wajib haid yang betul ini dapat membantu anda untuk menyempurnakan ibadah anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 05/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan