backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Nak Cepatkan Period? Jom Cuba 8 Cara Ini, No. 2 & 8 Penting Kena Patuhi!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2024

Nak Cepatkan Period? Jom Cuba 8 Cara Ini, No. 2 & 8 Penting Kena Patuhi!

Sedang mencari cara cepatkan period? Tepat sekali pilihan anda memilih untuk membaca artikel Hello Doktor ini, kami ada jawapan untuk anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Kenapa mahu mempercepatkan haid?

Terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang itu mahu mempercepatkan kedatangan haidnya.

Ia mungkin disebabkan adanya acara penting yang perlu dihadiri dan mahu mengelakkan kesulitan pendarahan, kekejangan dan kembung (bloating), seperti:

  • Menghadiri perkahwinan
  • Acara olahraga seperti berenang atau gimnastik
  • Bercuti 
  • Pembentangan besar di sekolah atau tempat kerja

Anda mungkin mempunyai masalah perubatan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS) yang menyebabkan haid tidak teratur.

keadaan ini, terlepas atau terlewat haid boleh menimbulkan tekanan, khususnya jika anda sedang merancang kehamilan.

Anda juga mungkin ingin mempercepatkan haid selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, jika mengesyaki kawalan kelahiran gagal seperti kondom yang rosak atau selepas mengambilan Plan Bpil perancang kehamilan kecemasan.

cara cepatkan period
Maksud bagi setiap warna darah haid.

8 cara cepatkan period

Kaedah mempercepatkan haid ini mungkin tidak berkesan untuk semua orang, tetapi ia antara pilihan terbaik yang boleh dicuba.

Antara kaedahnya termasuklah:

1. Elakkan senaman berlebihan

Bersenam secara berlebihan atau mengangkat bebanan yang berat semasa latihan boleh menyebabkan perubahan hormon, seperti penurunan tahan estrogen.

2. Kurangkan tekanan, antara cara cepatkan period

Berada dalam keadaan stres boleh menghalang haid tiba tepat pada masanya.

Jadi untuk menghindari situasi tersebut, pastikan diri bebas tekanan sekiranya anda sedang mencuba mempercepatkan pendarahan haid.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk menghilangkan stres.

Tetapi sekiranya buntu, anda boleh cuba menari, berjalan-jalan di taman atau mendengar muzik – kaedah yang terbukti untuk menurunkan tahap tekanan dalam badan.

cara cepatkan period
Dengar lagu kegemaran anda untuk kurangkan stres.

3. Vitamin C antara ubat cepatkan period 

Progesteron adalah hormon yang memastikan rahim anda terus menebal.

Tanpa progesteron, lapisan dalam rahim akan menipis dan tertanggal – mengalir keluar sebagai darah haid.

Vitamin C diketahui dapat mengurangkan tahap progesteron dalam badan anda, bermakna ia boleh membantu menggalakkan penyingkiran rahim.

Anda juga sedang mencari cara cepat haid minum apa? Cubalah segelas besar jus oren sejuk.

Oren juga dikenali sebagai buah yang ‘mendorong haba’ – di mana ia boleh meningkatkan suhu badan, menjadikan haid lebih cepat. Ia antara cara cepat haid dalam 1 hari.

4. Herba juga ubat cepatkan period 

Terdapat herba yang membantu menjadikan haid anda lebih cepat. Ia daripada keluarga herba dikenali sebagai emmenagogues, yang diketahui dapat merangsang aliran darah dalam pelvis dan rahim.

Antara jenis herba ubat untuk datang haid adalah seperti parsli, halia, rosemary dan sage.

5. Cara cepatkan period dengan pengambilan nanas 

Nanas adalah salah satu makanan ‘merangsang haid’ yang paling banyak disebut.

Buah ini mengandungi bromelain – yang boleh melembutkan lapisan rahim, mempercepatkan penyingkirannya, sekali gus menjadikan haid anda datang lebih cepat.

Nanas juga berfungsi untuk meningkatkan sel darah merah dan putih. Ini bermakna ia akan meningkatkan aliran darah dan boleh menjadikan pendarahan haid lebih berat. 

cara cepatkan period
Buah nanas kaya dengan vitamin C.

6. Ubat kawalan kelahiran sebagai ubat cepatkan period 

Dengan penggunaan pil kawalan kelahiran (kontraseptif), anda boleh memanipulasi tempoh pendarahan haid. 

Jika anda ingin mendapat haid lebih cepat, maka ambil sahaja pil plasebo.

Pun begitu, anda mungkin boleh mengalami sakit kepala sebagai kesan sampingan daripada penukaran pil ubat untuk datang haid ini.

7. Hubungan seks, salah satu cara cepatkan period

Seks secara berkala boleh membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan keseimbangan hormon, yang membantu mengawal kitaran haid.

Orgasma juga membantu meningkatkan aliran darah ke pelvis dan melebarkan rahim – yang boleh merangsang haid. Ini boleh berlaku terutamanya jika hubungan seks dilakukan beberapa hari sebelum tarikh jangkaan haid.

Pastikan anda menggunakan kaedah perlindungan semasa seks bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin (STD) dan kehamilan yang tidak diingini.

8. Diet & berat badan, penting sebagai cara cepatkan period

Perubahan dalam berat badan seseorang boleh menjejaskan haid. 

Kurang berat boleh menyebabkan haid tidak teratur atau tidak terhenti sepenuhnya. Ini kerana badan memerlukan sedikit lemak untuk menghasilkan hormon berkaitan haid.

Mempunyai berat berlebihan juga boleh mengakibatkan kitaran haid tidak teratur.

Sekatan kalori melampau turut boleh memberi kesan kepada hormon pembiakan dan menjejaskan ovulasi.

Kesimpulan

Sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai kaedah cepatkan period yang sesuai untuk anda cuba, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan