backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Masih Dara, Boleh Ke Pakai Cawan Menstruasi? Jom Ketahui Fakta & Fungsi Menstrual Cup!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2023

    Masih Dara, Boleh Ke Pakai Cawan Menstruasi? Jom Ketahui Fakta & Fungsi Menstrual Cup!

    Anda ingin memakai cawan menstruasi? Tetapi, bagi pengguna baharu, pasti anda tertanya-tanya – menstrual cup untuk apa sebenarnya? Apakah fungsi menstrual cup dan adakah ia selamat untuk digunakan, lebih-lebih lagi untuk anak dara?

    Dalam artikel kali ini, kami akan kupas lebih lanjut mengenai fungsi serta manfaat menstrual cup. Jom, teruskan pembacaan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apakah fungsi menstrual cup atau cawan menstruasi?

    fungsi menstrual cup

    Berbeza dengan produk menstruasi yang lain, menstrual cup merupakan sejenis cawan getah yang boleh dimasukkan ke dalam vagina untuk mengumpul cairan haid.

    Berbanding tuala wanita atau tampon, cawan ini lebih mesra alam dan boleh digunakan berkali-kali.

    Cawan menstruasi boleh menampung lebih banyak darah berbanding produk lain. Bergantung kepada tempoh haid yang dialami, wanita boleh memakainya sehingga 12 jam.

    Selain mesra alam, ada juga wanita yang mendapati pemakaian menstrual cup lebih selesa. Malah, jika digunakan dalam jangka masa yang panjang, ia mungkin dapat menjimatkan wang!

    Bolehkah saya memakai menstrual cup sekiranya masih belum berkahwin?

    Saya masih dara, bolehkah saya menggunakan menstrual cup?”

    Tidak dinafikan, ini merupakan satu soalan lazim oleh wanita muda yang masih belum berkahwin.

    Jawapannya ya, wanita yang masih dara boleh menggunakan menstrual cup. Tidak dinafikan, manfaat dan fungsi menstrual cup yang pelbagai mungkin telah menarik minat ramai wanita muda.

    Sekiranya anda rasa tidak selesa, ada beberapa langkah yang boleh diambil:

  • Gunakan cawan menstruasi yang bersaiz kecil.
  • Jangan takut semasa memasukkan cawan menstruasi ke dalam vagina. Ia boleh menyebabkan cawan lebih sukar untuk dipakai.
  • Gunakan lubrikasi berasaskan air untuk memudahkan pemakaian.
  • Berlatih dahulu sebelum pakai. Cuba pakai 2-3 kali sebelum datang haid.
  • Baca juga:

    Kebaikan penggunaan cawan menstruasi

    Kebaikan

    1. Murah.
    2. Lebih selamat berbanding tampon.
    3. Dapat menampung lebih banyak darah.
    4. Mesra alam.

    Selepas mengetahui fungsi menstrual cup, anda pasti ingin tahu kebaikannya bukan? Sebenarnya, ada banyak kebaikan cawan menstruasi. Antaranya:

    1. Dapat menjimatkan kos. Cawan menstruasi direka untuk penggunaan jangka panjang. Jadi, anda tidak lagi perlu beli tuala wanita atau tampon setiap bulan.
    2. Dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. Darah haid yang keluar akan bertakung dalam cawan menstruasi. Ia juga tidak akan terdedah kepada udara yang akan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan ketika haid.
    3. Hanya perlu 1 dalam masa setahun. Anda hanya perlu menukar cawan menstruasi sekali setiap 12 bulan. Jimat bukan!
    4. Mudah untuk digunakan. Pada awalnya, mungkin sukar untuk menggunakan cawan menstruasi. Namun, selepas beberapa kali pemakaian, sebenarnya mudah sahaja!

    Keburukan cawan menstruasi

    fungsi menstrual cup

    Keburukan

    1. Mungkin boleh mengakibatkan kebocoran.
    2. Sukar untuk dikeluarkan dan dimasukkan.
    3. Saiz mungkin tidak sesuai.
    4. Boleh mendatangkan tindak balas alahan.
    5. Mungkin menyebabkan kegatalan.

    Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli cawan menstruasi. Antaranya:

  • Sukar untuk mencari menstrual cup yang benar-benar muat. Cawan menstruasi dijual dalam pelbagai saiz mengikut usia, haid dan juga sama ada anda sudah mempunyai anak atau tidak. Jadi, pada awalnya, anda mungkin akan mengalami kebocoran.
  • Menanggalkannya mungkin akan menjadi satu ‘cabaran’. Pengguna baharu mungkin akan alami masalah untuk menanggalkan cawan menstruasi. Jadi, ada risiko tertumpah atau bocor pada awal penggunaan.
  • Mungkin akan mengganggu IUD. Beberapa syarikat yang menjual cawan menstruasi tidak menggalakkan penggunaannya dalam kalangan wanita yang memakai IUD. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan penggunaan menstrual cup masih selamat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda menggunakan IUD.
  • Pastikan cawan menstruasi kekal steril. Sebelum dan selepas haid, anda perlu rebus cawan di dalam air mendidih atau gunakan solusi pensteril.
  • Ketahui dahulu fungsi menstrual cup dan manfaatnya

    fungsi menstrual cup

    Akhir sekali, pastikan anda benar-benar tahu apakah manfaat serta fungsi menstrual cup sebelum beli. Selepas membaca artikel ini, kami pasti anda faham pemakaian menstrual cup untuk apa.

    Benar, ia boleh menjadi alternatif untuk tuala wanita dan juga tampon. Ia tidak perlu ditukar setiap masa dan tidak akan menimbulkan sebarang bau yang tidak menyenangkan.

    Tapi, tidak rugi jika anda melakukan kajian sendiri. Bandingkan produk yang anda ingin beli dan jangan lupa baca review sekali!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan