Jika darah period terlalu banyak atau berpanjangan, terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kerisauan ini. Teruskan membaca untuk mengetahui kaedah dan petua hentikan haid berpanjangan yang boleh dicuba.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Jika darah period terlalu banyak atau berpanjangan, terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kerisauan ini. Teruskan membaca untuk mengetahui kaedah dan petua hentikan haid berpanjangan yang boleh dicuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Haid yang berpanjangan mungkin merupakan tanda timbulnya beberapa masalah kesihatan.
Sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor terlebih dahulu jika anda mengalami haid berpanjangan atau pendarahan yang banyak secara mendadak. Ini dapat menentukan punca sebenarnya ia berlaku.
Berita baiknya, terdapat beberapa kaedah semula jadi boleh membantu memendekkan atau mengawal kitaran haid dengan mengurangkan gejalanya dan mengembalikan kitaran period agar kembali teratur.
Pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan boleh mengakibatkan jumlah darah anda menjadi terlalu rendah.
Minum 4 hingga 6 cawan air tambahan setiap hari boleh membantu mengekalkan jumlah darah. Anda juga digalakkan untuk mengambil minuman elektrolit atau menambah lebih banyak garam dalam diet bagi mengimbangi pertambahan cecair yang diminum.
Vitamin ini membantu badan menyerap zat besi yang boleh mencegah anemia. Vitamin C banyak didapati dalam buah sitrus seperti oren dan limau gedang.
Selain itu, vitamin C juga terdapat dalam:
Jika berlaku sebarang pendarahan, anda akan kehilangan zat besi. Badan memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin, molekul yang membantu sel darah merah membawa oksigen.
Haid yang banyak dan berpanjangan boleh mengurangkan kadar zat besi dalam badan dan meningkatkan kemungkinan mengalami anemia kekurangan zat besi.
Tanda-tanda anemia termasuk:
Untuk mendapatkan lebih nutrien ini, pastikan anda mengambil banyak makanan tinggi zat besi seperti:
Tahap tekanan yang tinggi boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, yang membawa kepada tempoh period yang berpanjangan.
Menguruskan tekanan melalui yoga, meditasi dan senaman pernafasan dalam boleh membantu mengawal hormon dan mengurangkan tempoh haid anda.
Baca juga:
Melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan tempoh pendarahan.
Senaman lantai pelvis, seperti senaman Kegel, boleh membantu menguatkan otot lantai pelvis dan meningkatkan aliran darah ke rahim. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan tempoh haid anda.
Menggunakan pad pemanas atau berendam dalam mandian suam boleh membantu melegakan senggugut dan memendekkan tempoh pendarahan haid anda.
Melakukan akupunktur juga dapat membantu mengurangkan tempoh pendarahan haid. Ini kerana ia dapat mengawal selia hormon dan menggalakkan pengaliran darah.
Bagaimana jika petua yang dikongsikan di atas tidak berkesan? Jangan gusar, terdapat beberapa keadah lain yang boleh anda cuba.
Pengambilan vitamin tambahan semasa haid mungkin membantu mengurangkan pendarahan. Nutrien tertentu seperti zat besi khususnya, boleh menambah darah yang hilang setiap bulan.
Anda disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang jenis suplemen. Doktor juga boleh menentukan sama ada anda perlu mengambil suplemen atau tidak, dos sesuai dan kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Sudah tentu pengambilan ubatan akan disyorkan doktor untuk merawat tempoh haid yang berpanjangan.
Contoh ubat antiradang bukan steroid (NSAID) adalah seperti ibuprofen atau naproxen sodium.
NSAID atau sebarang ubat preskripsi lain tidak meringankan pendarahan haid. Tetapi ia boleh membantu melegakan kekejangan yang menyakitkan.
Tetapi seperkara yang anda perlu ketahui, dos yang tinggi atau penggunaan berpanjangan NSAID boleh menyebabkan kesan sampingan.
Tranexamic acid dapat membantu mengurangkan kehilangan darah haid dan perlu diambil hanya semasa pendarahan.
Hormon progesteron boleh membantu membetulkan ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan menoragia – pendarahan period berpanjangan.
Alat dalam rahim ini mengeluarkan sejenis progestin yang dipanggil levonorgestrel. Ia menjadikan lapisan rahim nipis dan mengurangkan aliran darah haid serta kekejangan.
Suntikan Depo-Provera adalah satu lagi bentuk kawalan kelahiran (kontraseptif) hormon. Doktor akan melakukan suntikan pada lengan atau punggung.
Ubat ini mesti diambil setiap 3 bulan sekali untuk mengekalkan keberkesanannya.
Selain daripada berfungsi sebagai pencegah kehamilan, kontraseptif oral juga merupakan antara pil hentikan haid di farmasi yang dapat membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan tempoh pendarahan haid yang berpanjangan.
Apa lagi petua hentikan haid berpanjangan yang boleh anda jadikan pilihan?
Selain kaedah dan petua yang dikongsikan di atas, pembedahan mungkin boleh dijadikan pilihan rawatan untuk melegakan gejala anda.
Untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai prosedur pembedahan ini, anda disarankan untuk berunding dengan doktor pakar sakit puan bagi maklumat lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen