backup og meta

Selain Menopaus, Ini Penyebab Lain Sakit Pinggang Bagi Wanita, Jangan Pandang Remeh!

Selain Menopaus, Ini Penyebab Lain Sakit Pinggang Bagi Wanita, Jangan Pandang Remeh!

Apa yang menyebabkan sakit pinggang sebelah kiri pada wanita ya? Teruskan membaca artikel ini, untuk mengetahui faktor penyumbang kepada keadaan tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Masalah sakit pinggang sebelah kiri pada wanita

Berdasarkan penyelidikan, dianggarkan lebih daripada 80% individu mengalami sakit pinggang sepanjang hayat mereka.

Keadaan ini umumnya lebih lazim terjadi pada wanita berbanding lelaki dalam semua peringkat kumpulan umur.
Seiring peningkatan usia, masalah sakit belakang pada wanita akan menjadi lebih ketara.

Malah dikatakan wanita yang telah menopaus lebih cenderung mengalaminya berbanding lelaki selepas andropaus.

Punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita

Berikut antara beberapa keadaan lazim penyebab sakit pinggang:

Menopaus dan isu hormon

Sakit pinggang kronik (chronic low back pain (LBP) adalah salah satu cabaran muskuloskeletal paling biasa dihadapi wanita semasa menopaus.

Kira-kira 70% wanita perimenopaus akan mengalami simptom yang dikaitkan dengan kekurangan estrogen.

Kebanyakan kajian menunjukkan peningkatan gejala menopaus mempunyai hubung kait dengan sakit pinggang sebelah kiri belakang yang kronik.

sakit pinggang sebelah kiri pada wanita
Kesan selepas menopaus dan andropaus.

Senggugut atau disfungsi rahim

Dismenorea, disfungsi rahim yang menjadi punca kekejangan kerap dan teruk bagi wanita semasa haid, juga boleh menimbulkan masalah sakit belakang.

Keadaan ini boleh diklasifikasikan sama ada sebagai primer atau sekunder:

  • Dismenorea primer bermula apabila seorang wanita mengalami haid pertamanya dan berterusan sepanjang hayat. Pengecutan rahim yang kuat boleh mengakibatkan masalah senggugut berulang dan teruk
  • Dismenorea sekunder biasanya bermula kemudian hari dan ia disebabkan oleh keadaan lain seperti endometriosis atau penyakit radang pelvis

Endometriosis, punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita

Merupakan keadaan kronik yang juga boleh menjadi salah satu penyumbang sakit belakang bagi wanita. 

Endometriosis berlaku apabila tisu endometrium tumbuh di luar rahim – sama ada di dalam rongga pelvis atau kawasan lain.

Tisu-tisu ini bertindak balas terhadap perubahan hormon badan dan boleh menyebabkan bengkak, sakit, tompokan darah antara haid dan pendarahan.

Oleh sebab tisu ini berdarah setiap bulan seperti lapisan rahim, tanpa ruang yang mencukupi untuk menampung pendarahan haid bulanan, justeru cecair berlebihan akan menyebabkan kerengsaan dan keradangan tisu sekeliling.

Kesannya, keadaan ini boleh mengakibatkan pendarahan haid berat, kesakitan yang kronik dan pembentukan tisu parut.

Gejala endometriosis boleh muncul pada mana-mana peringkat semasa kitaran haid. Sakit pelvis yang menjalar ke bawah kaki adalah perkara biasa.

Simptom lain termasuklah:

  • Sakit pada perut atau bahagian bawah belakang
  • Sakit apabila berjalan atau berdiri
  • Sakit semasa ovulasi
  • Sakit semasa kencing dan rasa terdesak untuk kencing
  • Keradangan rongga pelvis
  • Sembelit
  • Sakit semasa seks
  • Sakit semasa berak dan sensasi menyucuk pada rektum
  • Keletihan kronik

Punca yang jarang berlaku

Di bawah pula adalah antara punca sakit pinggang sebelah kiri pada wanita Malaysia yang jarang berlaku, tetapi masih boleh dialami oleh mana-mana individu:

Bonjolan atau cakera hernia

Kusyen atau lapik yang kelihatan seperti jeli antara vertebra boleh hilang seiring peningkatan usia. Kesannya ia boleh menyebabkan kerengsaan pada saraf berdekatan.

Kemalangan traumatik dan pergerakan mendadak juga boleh memberikan tekanan yang tinggi pada cakera dan menyebabkan ia pecah, menonjol serta menimbulkan kesakitan.

Walaupun simptom cakera hernia berbeza-beza, namun kebanyakannya akan mengalami rasa sakit menyucuk pada kaki sehingga ke pinggang.

Keadaan tulang belakang degeneratif dan penyakit autoimun

Penyakit tertentu seperti osteoporosis dan osteoarthritis boleh menyebabkan sakit belakang.

Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh dari masa ke masa, berpotensi mengakibatkan patah tulang belakang. Manakala osteoarthritis adalah penyakit sendi progresif yang merosakkan rawan pelindung.

Terdapat juga sakit belakang yang merupakan gejala daripada penyakit autoimun berbeza seperti rheumatoid arthritis dan lupus.

Penyebab sakit pinggang sebelah kiri pada wanita #Scoliosis

Scoliosis adalah gangguan yang menyebabkan tulang belakang melengkung secara tidak normal.

Punca keadaan ini masih tidak dapat dikenal pasti dan secara khususnya, ia bukanlah penyebab sakit belakang bahagian bawah yang biasa terjadi. Namun, masih ada kemungkinan untuk ia berlaku.

sakit pinggang sebelah kiri pada wanita
Scoliosis menyebabkan wanita sakit tulang belakang.

Kanser 

Dalam beberapa keadaan, sakit belakang bawah juga boleh berkaitan dengan kanser – disebabkan oleh tumor yang tumbuh/berkembang pada kawasan lumbar.

Pemeriksaan doktor

Berita baiknya, masalah sakit pinggang ini akan sembuh dengan sendiri. Tetapi jika tidak sembuh dalam tempoh antara 6-12 minggu, lakukan pemeriksaan doktor.

Terdapat juga tanda bahaya yang perlu anda perhatikan untuk menentukan sama ada sakit pinggang yang dialami adalah serius atau tidak.

Anda perlu mendapatkan rawatan kecemasan segera jika:

  • Mengalami sakit belakang berkaitan dengan trauma yang serius seperti kemalangan kereta atau kejatuhan teruk
  • Mempunyai kanser atau ada sejarah kanser
  • Tidak dapat menahan air kencing atau berak
  • Mengalami disfungsi neurologi seperti kaki lemah atau kebas
  • Hilang deria kawasan pangkal paha
  • Mengalami demam berkaitan dengan sakit belakang

Sekiranya masalah sakit pinggang sebelah kiri pada wanita ini menimbulkan kebimbangan di hati, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai keadaan diri anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mahajan A, Patni R, Verma S. Low Back Pain and Menopause. J Midlife Health. 2019 Oct-Dec;10(4):163-164. doi: 10.4103/jmh.JMH_176_19. PMID: 31942150; PMCID: PMC6947725. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6947725/. Accessed on June 22, 2023 
  2. Dedicação, A. C., Sato, T. de O., Avila, M. A., Moccellin, A. S., Saldanha, M. E. S., & Driusso, P.. (2017). Prevalence of musculoskeletal pain in climacteric women of a Basic Health Unit in São Paulo/SP. Revista Dor, 18(3), 212–216. https://www.scielo.br/j/rdor/a/sYqVBZpTnGn8c3n8LBrY73q/#. Accessed on June 22, 2023 
  3. Low Back Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7936-lower-back-pain. Accessed on June 22, 2023
  4. Low Back Pain. https://www.aans.org/en/Patients/Neurosurgical-Conditions-and-Treatments/Low-Back-Pain. Accessed on June 22, 2023
  5. Back pain. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/back-pain/symptoms-causes/syc-20369906. Accessed on June 22, 2023 
  6. Endometriosis. https://www.endofound.org/endometriosis. Accessed on June 22, 2023  
  7. What is scoliosis? https://sauk.org.uk/scoliosis-information/what-is-scoliosis/. Accessed on June 22, 2023
  8. Hormonal Imbalance.https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22673-hormonal-imbalance. Accessed on June 22, 2023 
  9. Herniated Disc. https://www.aans.org/Patients/Neurosurgical-Conditions-and-Treatments/Herniated-Disc. Accessed on June 22, 2023 

 

Versi Terbaru

12/08/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Haid Datang Tak Menentu? Ini 23 Punca Period Tidak Teratur!

Muncul Bisul Di Kemaluan Wanita? Ini 4 Langkah Berkesan Untuk Rawat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan