backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ada Bisul Di Kemaluan? Ini Cara Merawatnya Di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/10/2023

    Ada Bisul Di Kemaluan? Ini Cara Merawatnya Di Rumah

    Bisul di kemaluan adalah benjolan berisi nanah yang terbentuk di luar faraj akibat folikel rambut atau kelenjar minyak yang tersumbat.

    Bisul juga boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian badan, selalunya dijumpai di luar faraj, pada labia, atau sekitar kawasan kemaluan.

    Walaupun kebanyakannya akan sembuh dengan sendiri, tapi ada juga yang memerlukan rawatan perubatan untuk mengelakkan jangkitan bertambah teruk.

    Bisul di kemaluan tanda apa?

    Terdapat pelbagai keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan bisul di bahagian kemaluan atau faraj, antaranya:

    • Organisma berjangkit

    Bisul boleh disebabkan oleh bakteria, seperti Staphylococcus aureus, Escherichia coli, dan Chlamydia trachomatis.

    • Kondisi kulit

    cukur bulu kemaluan

    Salah satu keadaan kulit yang boleh menyebabkan bisul di kemaluan wanita sebelah kanan atau kiri adalah folikulitis, yang berlaku apabila bakteria menjangkiti folikel rambut/bulu.

    Jangkitan ini selalunya merupakan kesan sampingan akibat kerengsaan yang disebabkan oleh kesan cukur atau waxing bulu di kawasan kemaluan.

    Benjolannya pula mungkin menyakitkan dan bermula dengan saiz kecil tetapi ia berisiko untuk membesar dan menjadi bisul.

    • Sista

    Penyebab bisul di bahagian kemaluan yang lain adalah sista kelenjar Bartholin. Sista jenis ini disebabkan oleh jangkitan pada kelenjar Bartholin, yang terletak di bawah kulit berhampiran bukaan faraj.

    Kelenjar ini boleh tersumbat, menimbulkan sejenis sista atau benjolan berbentuk bulat dan keras.

    Sekiranya sista tersebut dijangkiti, ia boleh menyebabkan bisul berlaku.

    • Jangkitan kelamin

    Jangkitan seksual (STD) dan membuat tindikan di kemaluan juga boleh menjadi salah satu punca bisul faraj.

    Wanita dengan kulit yang berminyak atau mereka yang mempunyai bulu kemaluan tebal juga lebih berisiko untuk mengalaminya.

    Ini cara merawat bisul di rumah

    Sebilangan besar bisul akan menghilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari atau minggu.

    Namun dengan rawatan rumah ini, anda boleh bantu meredakan simptom dan mempercepatkan proses penyembuhannya.

    Sebelum itu, pastikan untuk mencuci tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh bisul atau kawasan di sekitarnya.

    Tanpa langkah ini, anda berisiko untuk mendedahkan lebih banyak bakteria terhadap bisul tersebut, membuatkan jangkitan menjadi lebih teruk.

    Peringatan, basuh semula tangan anda setelah selesai melakukan rawatan agar risiko penyebaran bakteria ke kawasan lain di badan anda dapat dicegah!

    1. Jangan picit atau cucuk bisul!

    Walaupun anda mungkin geram mahu menyentuh bisul itu, tahan diri daripada godaan tersebut.

    Ini kerana perbuatan tersebut berisiko melepaskan bakteria dan menyebarkan jangkitan.

    Apabila jangkitan berlaku, kesakitan yang diakibatkan oleh bisul boleh menjadi lebih teruk.

    2. Lakukan tuaman

    Rendamkan kain dengan air yang lebih panas berbanding yang sering digunakan untuk mencuci tangan atau muka.

    Kemudian, perah lebihan air dan letakkan kain tersebut di atas bisul. Biarkan selama 7 hingga 10 minit.

    Ulangi proses ini sebanyak 3 atau 4 kali sehari sehingga bisul di kemaluan atau mana-mana bahagian tubuh lain menghilang.

    Suhu daripada tuaman akan membantu melancarkan peredaran darah dan sel darah putih dapat melawan sisa jangkitan.

    3. Elak pakai seluar ketat

    Antara penyebab lain bisul di kemaluan adalah pemakaian seluar ketat yang menyebabkan kesan geseran pada kulit faraj yang halus.

    Justeru, sehingga bisul anda sembuh, pakai seluar dan seluar dalam yang lebih longgar.

    Jika bersenam, setelah selesai, segera tukar kepada seluar dalam yang bersih dan kering.

    4. Ambil ubat tahan sakit di kaunter

    bisul di kemaluan

    Ubat over-the-counter (OTC) mungkin diperlukan untuk meredakan kesakitan dan keradangan yang menyebabkan bisul.

    Anda boleh mengambil ibuprofen atau acetaminophen mengikut arahan pakej.

    Sekiranya rawatan di rumah tidak dapat bantu merawat bisul di kemaluan, lakukan janji temu dengan pakar sakit puan atau doktor. Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan daripada mereka.

    Apakah jenis rawatan perubatan yang mungkin doktor sarankan?

    Doktor mungkin menyarankan anda untuk menyapu krim antibiotik dan menggunakan pembalut steril untuk membiarkan bisul sembuh.

    Manakala, bagi bisul yang berada di lapisan kulit lebih dalam atau menunjukkan tanda-tanda selulitis, jangkitan bakteria yang mempengaruhi lapisan dalam kulit dan lapisan lemak, mungkin memerlukan rawatan dengan antibiotik oral atau intravena (IV).

    Jenis antibiotik yang akan ditetapkan pula bergantung pada sifat dan keparahan jangkitan seseorang.

    Bolehkah bisul di kemaluan dicegah?

    Menukar seluar dalam dengan kerap dan mengamalkan kebersihan badan yang baik dapat bantu mencegah jerawat atau bisul di miss v.

    Selain itu, jaga kebersihan dengan mencuci badan dan kawasan faraj sekurang-kurangnya sekali sehari dengan sabun antibakteria.

    Bukan itu sahaja, mencuci tangan secara berkala dapat membantu mengurangkan pendedahan terhadap bakteria.

    Walau bagaimanapun, mengamalkan kebersihan yang baik masih tidak menjamin anda dapat mengelak daripada pembentukan bisul ini.

    Tip pencegahan lain termasuk:

    • Mengekalkan berat badan yang sihat dapat mencegah lipatan kulit tambahan yang mampu meningkatkan risiko jangkitan
    • Elak daripada berkongsi barang peribadi termasuk tuala dan seluar dalam dapat mengurangkan risiko jangkitan
    • Menukar pakaian dalam yang bersih setelah bersenam juga bantu mencegah jangkitan
    • Mengelakkan penggunaan sabun dengan pewangi tiruan kerana ia berisiko merengsakan tisu di kawasan faraj dan meningkatkan risiko jangkitan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan