Familial Chordoma adalah nama lain bagi kordoma (chordoma) iaitu sejenis tumor jarang yang berkembang di tulang tengkorak dan tulang belakang.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group
Familial Chordoma adalah nama lain bagi kordoma (chordoma) iaitu sejenis tumor jarang yang berkembang di tulang tengkorak dan tulang belakang.
Kordoma boleh dikasifikasikan sebagai sejenis sarkoma. Sarkoma adalah istilah umum untuk sekumpulan kanser yang boleh menjejaskan tulang atau tisu penghubung, iaitu tisu yang menyambung, menyokong dan mengelilingi pelbagai struktur dan organ dalam tubuh. Walaupun kordoma adalah tumor tulang primer, ia juga kadang-kadang diklasifikasikan sebagai tumor sistem saraf pusat apabila berlaku berhampiran pangkal tengkorak.
Menurut Genetic Home Reference, kordoma biasanya berlaku pada dewasa berumur antara 40 hingga 70 tahun. Kira-kira 5 peratus daripada kordoma didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak. Dengan alasan yang tidak jelas, lelaki terjejas kira-kira dua kali berbanding wanita.
Tumor ini berlaku akibat daripada sisa-sisa notokord, struktur fleksibel seperti rod yang memberi sokongan kepada embrio yang sedang berkembang. Semasa perkembangan janin, notokord digantikan oleh tulang belakang dan ia akan hilang sebelum bayi dilahirkan. Sel-sel notokord yang tersisa di dalam otak atau tulang belakang mungkin menimbulkan kordoma.
Kordoma boleh berlaku di mana-mana di sepanjang tulang belakang dari pangkal tengkorak hingga hujung tulang (koksiks). Kawasan paling umum bagi kordoma adalah di tulang segi tiga di pangkal tulang belakang (sakrum), koksiks dan klivus, yang merupakan tulang di pangkal tengkorak.
Kordoma boleh menekan saraf di tulang belakang atau otak anda. Ini boleh menyebabkan kesakitan, kebas atau kelemahan. Simptom bergantung kepada tempat dan saiznya.
Simptom kordoma di tengkorak adalah:
Simptom kordoma di tulang belakang:
Simptom kordoma adalah tidak spesifik. Doktor anda boleh melakukan ujian pengimejan untuk melihat lokasi dan saiz tumor. Ini termasuk:
Dan, biopsi adalah satu-satunya ujian yang boleh mengesahkan anda mempunyai kordoma. Doktor anda akan menggunakan jarum untuk mengambil sampel kecil sel daripada tumor.
Doktor juga boleh melakukan ujian darah, imbasan CT paru-paru, atau imbasan tulang untuk melihat jika tumor telah tersebar.
Rawatan bagi kordoma adalah bergantung kepada faktor umur, kesihatan, saiz tumor dan lokasi tumor.
Selalunya, doktor membuang tumor dengan pembedahan. Mengeluarkan seberapa banyak tumor yang mungkin dan beberapa tisu di sekelilingnya boleh menghalangnya daripada datang kembali.
Kadang-kadang pakar bedah tidak boleh mengeluarkan keseluruhan tumor kerana ia mungkin merosakkan sel yang sihat di otak atau tulang belakang anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen