backup og meta

Kaum Wanita Boleh Alami Sakit Perut Belah Kiri Sebab 12 Keadaan Ini, Cek Sekarang!

Kaum Wanita Boleh Alami Sakit Perut Belah Kiri Sebab 12 Keadaan Ini, Cek Sekarang!

Apa punca sakit perut sebelah kiri pada wanita ya? Sakit perut sebelah kiri gejala sakit apa? Umumnya keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai keadaan.

Dalam artikel ini anda akan ketahui punca sakit perut khusus pada kaum Hawa dan keadaan berpotensi lain yang boleh berlaku pada lelaki dan wanita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Sakit perut sebelah kiri pada wanita

Sakit perut sebelah kiri gejala sakit apa?

Anda mungkin mengalami sakit perut disebabkan oleh keadaan unik yang tidak dialami oleh lelaki. Penyebab umum sakit perut pada wanita boleh termasuk:

Kekejangan haid

Sakit perut sebelah kiri gejala sakit apa?

Senggugut adalah penyebab paling biasa sakit perut pada wanita. Jika semasa kitaran haid anda turut disertai dengan kekejangan yang menyakitkan, ia dipanggil dismenorea.

Gejala lain yang mungkin akan dialami seperti kembung perut, perubahan mood, sakit kepala yang berterusan, stres dan jerawat.

Ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan, melainkan kesakitan yang dialami sangat teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian. Lakukan pemeriksaan doktor jika anda mengalami situasi tersebut.

Sista ovari punca sakit perut sebelah kiri pada wanita

Sista ovari adalah kantung berisi cecair dalam ovari. Kebanyakan sista tidak menyebabkan gejala, namun jika saiznya besar, ia boleh mengakibatkan sakit perut dan kerap kencing jika ia memampatkan pundi kencing.

Sista ovari pecah boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan pendarahan dalaman. Anda harus melakukan pemeriksaan doktor jika mengalami sakit perut yang teruk secara mendadak, demam, muntah atau pening.

Endometriosis

Sakit perut sebelah kiri gejala sakit apa?

Punca sakit perut kiri bawah pada wanita mungkin disebabkan oleh keadaan ini.

Endometriosis berlaku apabila tisu yang melapisi bahagian dalam rahim tumbuh pada bahagian luar.

Semasa kitaran haid, tisu menebal dan berdarah tetapi terperangkap di dalam badan. Kesannya boleh mengakibatkan sakit perut, khususnya semasa haid.

Simptom lain yang boleh dialami adalah kesakitan semasa hubungan seks, ketika membuang air besar atau kencing, pendarahan haid tidak teratur dan keletihan.

Kehamilan ektopik penyebab sakit perut sebelah kiri pada wanita

Kehamilan luar rahim berlaku apabila ovum yang disenyawakan ‘ditanam’ pada tempat selain rahim seperti tiub fallopio – yang menyambung ovari dengan rahim.

Gejala lain termasuk:

  • Sakit perut
  • Tidak mengalami haid atau tanda kehamilan lain
  • Pendarahan faraj atau keputihan berair
  • Ketidakselesaan semasa kencing dan membuang air besar

Sakit perut sebelah kiri pada wanita kerana penyakit radang pelvis

Merupakan jangkitan pada saluran kemaluan wanita, biasanya disebabkan oleh jangkitan seksual seperti klamidia dan gonorea.

Jangkitan dalam sistem pembiakan ini boleh menjejaskan rahim, tiub fallopio dan ovari. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah jangka masa panjang.

Antara gejala lain:

  • Sakit perut
  • Demam
  • Keputihan
  • Sakit atau pendarahan selepas persetubuhan
  • Sensasi terbakar semasa kencing
  • Pendarahan antara haid
sakit perut sebelah kiri pada wanita
Jenis pemeriksaan yang disarankan untuk wanita.

Punca lain sakit perut kiri bawah

Berikut pula adalah keadaan sakit perut sebelah kiri yang boleh dialami oleh kedua-dua jantina, seperti:

Gastritis

Sakit perut sebelah kiri gejala sakit apa?

Boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Keadaan ini selalunya disebabkan oleh tabiat merokok, makan berlebihan, pengambilan alkohol, kekurangan vitamin B12 dan lain-lain.

Sembelit 

Sembelit boleh menyebabkan kembung perut, berangin dan kekejangan. Anda juga boleh mengalami gejala lain seperti pedih ulu hati dan loya.

Hernia

Hernia atau angin pasang adalah penonjolan organ dalaman tubuh pada perut. Gejala lain termasuk rasa kenyang, pengurangan bonjolan semasa berbaring, bonjolan bergerak semasa batuk, sensasi rasa sakit dan sebagainya.

Jangkitan saluran kencing

Urinary tract infections atau UTI boleh menjadi penyebab sakit perut sebelah kiri pada wanita dan juga lelaki.

sakit perut sebelah kiri pada wanita
Simptom UTI yang sering dialami adalah kerap kencing.

Masalah UTI yang teruk boleh menjejaskan buah pinggang dan mungkin menyebabkan rasa sakit belakang bawah.

Divertikulitis

Perut kiri bawah sakit saat ditekan?

Divertikula adalah kantung kecil di dalam usus yang terhasil kesan tekanan ke atas bahagian lemah pada kolon.

Apabila kantung ini koyak, membengkak atau dijangkiti, ia boleh mengakibatkan rasa sakit yang teruk dan secara tiba-tiba pada bahagian bawah kiri perut.

Gejala lain termasuklah:

Batu karang

Batu karang biasanya disebabkan jangkitan kencing berulang, dehidrasi atau kecenderungan genetik untuk mengalami batu karang.

Kesakitan akibat keadaan ini biasanya bermula pada bahagian perut dan menjalar ke belakang badan.

Gejala lain termasuklah:

  • Air kencing berwarna merah jambu, merah, coklat, keruh atau berbau
  • Sakit ketika kencing
  • Pening dan muntah
  • Demam dan menggigil
sakit perut sebelah kiri pada wanita
Batu karang menyebabkan bahagian pelvis berasa tidak selesa.

Gas (perut kembung)

Rasa sakit perut sebelah kiri ini biasanya disebabkan oleh angin berlebihan atau terperangkap serta kembung perut.

Gas terkumpul dalam saluran penghadaman apabila anda menelan udara atau kesan pecahan makanan daripada bakteria usus.

Pemeriksaan doktor

Mengalami sakit perut sebelah kiri pada wanita yang berlaku secara sekali-sekala bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Apakah cara mengatasi sakit perut kiri bawah?
Kesakitan jenis ini biasanya boleh diatasi dengan rawatan di rumah seperti mampatan haba, berehat atau senaman ringan – bergantung kepada puncanya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Abdominal & stomach pain causes & treatment. https://www.aurorahealthcare.org/services/gastroenterology-colorectal-surgery/abdominal-pain. Accessed on May 24, 2023.
  2. Abdominal pain. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/abdominal-pain. Accessed on May 24, 2023.
  3. Abdominal Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/4167-abdominal-pain, Accessed on May 24, 2023.
  4. Jiawei Zhang, Jing Wang, Baohua Liu, and Qi Wang. Upper left abdominal pain in young female patient. Published online 2020 Apr 14. doi: 10.1002/emp2.12044. PMCID: PMC7493490. PMID: 33000050. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7493490/, Accessed on May 24, 2023.
  5. Abdominal Pain. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/a/abdominal-pain—unexplained.html, Accessed on May 24, 2023.

 

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Macam Senggugut Tapi Tak Keluar Haid, Ini Sebab Hamil @ PMS? Kenali Bezanya!

Wanita Tahu Tak, Ada Cara Nak Bagi Period Datang Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan