Apa itu hernia? Persoalan ini sering kali diajukan oleh segelintir masyarakat kita setiap kali berbicara tentangnya. Ini kerana ia lebih dikenali dengan nama tradisionalnya iaitu ‘angin pasang’.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Apa itu hernia? Persoalan ini sering kali diajukan oleh segelintir masyarakat kita setiap kali berbicara tentangnya. Ini kerana ia lebih dikenali dengan nama tradisionalnya iaitu ‘angin pasang’.
Ramai juga yang percaya ia sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan lelaki sahaja. Ya, ia mungkin lebih berisiko kepada lelaki namun wanita juga boleh mengalaminya.
Bersempena Bulan Kesedaran Hernia Kebangsaan yang disambut pada Jun setiap tahun, marilah kita sama-sama memberi lebih perhatian kepada penyakit yang jarang berlaku namun berbahaya ini!
Jika ingin tahu lebih lanjut apa itu hernia, baca ini!
Baca lebih lanjut tentang Sistem Penghadaman di sini.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah kita belajar serba sedikit mengenai penyakit angin pasang ini.
Apa itu hernia? Hernia atau angin pasang adalah keadaan di mana kandungan pada satu-satu ruang tubuh badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa ia berada.
Kandungan yang dimaksudkan ini adalah sebahagian daripada usus atau tisu lemak dengan lapisan membran yang seterusnya akan membentuk kantung hernia.
Kesannya, ia akan membonjol keluar dan mengakibatkan rasa sakit terutamanya ketika penderita batuk, bersin, membongkok atau mengangkat objek berat.
Hernia mungkin tidak begitu berbahaya. Pun begitu, ia juga tidak akan pulih dengan sendiri dan boleh menjadi punca kepada komplikasi kesihatan yang lain.
Jadi, jangan ambil mudah dengan penyakit angin pasang ini dan segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Antara jenis hernia yang sering berlaku adalah seperti berikut:
Hampir 75% kes angin pasang yang dilaporkan adalah daripada jenis ini. Ia boleh berlaku di sekitar bahagian kelangkang atau perut serta boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:
Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke kawasan sekitar paha.
Sebahagian usus atau tisu lemak membonjol keluar dari kawasan asalnya ke bahagian sekitar pusat.
Sebahagian usus perut terkeluar dari kawasan asalnya sehingga kaviti dada disebabkan oleh bukaan tidak normal pada diafragma.
Bekas luka pembedahan yang terdahulu boleh menyebabkan dinding abdomen berubah dan menjadi lemah. Kesannya, tisu lemak mungkin boleh terkeluar dari tempat yang pernah dibedah.
Dalam pada itu, hernia juga boleh terjadi pada mana-mana bahagian yang mempunyai bukaan pada sekitar abdomen.
Puncanya, kerana dinding abdomen lemah akibat pelbagai faktor risiko.
Kebanyakan orang percaya bahawa hernia adalah disebabkan oleh terlalu banyak meneran terutamanya ketika proses membuang air besar atau kecil.
Ya, ia mungkin merupakan salah satu daripada penyebabnya.
Namun terdapat beberapa lagi faktor risiko lain yang boleh menyumbang kepada peningkatan tekanan pada dinding abdomen sekali gus menyebabkan angin pasang.
Baca juga:
Berikut adalah antara penyebabnya:
Secara umumnya, kesemua jenis angin pasang boleh dirawat melalui pembedahan untuk menutup segala bukaan yang boleh menyebabkan kantung hernia terkeluar dari kawasan asalnya.
Namun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, cuba kurangkan segala faktor risiko seperti yang tertera di atas dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu hernia, jenis, punca dan rawatannya. Sekarang, kita beralih pula kepada soal jantina. Benarkah wanita boleh kena angin pasang?
Ya, bukan lelaki sahaja yang boleh mengalaminya, malahan wanita juga!
Ia adalah lebih kurang sama sahaja seperti hernia yang boleh berlaku kepada lelaki. Antara jenis angin pasang yang kerap terjadi kepada wanita termasuklah:
Simptomnya juga sama iaitu rasa sakit ketika abdomen menerima tekanan berlebihan. Pun begitu, terdapat penambahan faktor risiko yang lain iaitu kehamilan.
Jadi, ternyatalah bahawa kedua-dua jantina berisiko untuk mengalami penyakit angin pasang. Jika kalian mengesyaki mempunyai simptom, segera berjumpa pakar.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen