Bersempena dengan Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 11 Mac, kami ingin kongsikan cara mencegah sakit buah pinggang kepada pembaca semua. Kami berikan tujuh tip penting bagaimanakah cara menjaga buah pinggang yang betul.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Bersempena dengan Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 11 Mac, kami ingin kongsikan cara mencegah sakit buah pinggang kepada pembaca semua. Kami berikan tujuh tip penting bagaimanakah cara menjaga buah pinggang yang betul.
Lihat tip yang kami sediakan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkan di sini.
Hampir semua individu dilahirkan dengan mempunyai dua buah pinggang.
Namun, jika satu buah pinggang dikeluarkan, tubuh badan kita hanya kehilangan 25% daripada fungsi buah pinggang tersebut.
Manusia masih boleh meneruskan kehidupan walau dengan hanya satu buah pinggang.
Namun, anda juga perlu tahu bahawa buah pinggang adalah antara organ yang paling sukar untuk diganti jika berlaku kerosakan.
Sisa toksin yang ditapis daripada darah akan dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
Sekiranya buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, kesemua toksin yang berbahaya akan berkumpul dalam tubuh badan dan tidak dapat dikeluarkan.
Ada beberapa cara menjaga buah pinggang yang boleh anda amalkan setiap hari untuk memastikan kesejahteraan buah pinggang anda.
Cara-cara tersebut adalah seperti berikut:
Ini bermakna, anda perlu memastikan tubuh anda mendapat bekalan air yang mencukupi.
Jika anda berasa dahaga, terus minum air dan jangan biarkan tubuh anda kekurangan air.
Namun, jangan sesekali minum air secara berlebihan.
Ini kerana ia bukan sahaja tidak terbukti membantu fungsi buah pinggang, malah berpotensi menyebabkan kesan negatif terhadapnya.
Tidak dinafikan, aktiviti senaman sememangnya memberikan kesan positif kepada tubuh badan termasuklah buah pinggang anda.
Senaman dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengawal tekanan darah tinggi.
Dengan itu, ia dapat mengurangkan beban kepada buah pinggang anda untuk bekerja dengan lebih kuat.
Bukan hanya merokok, tetapi segala jenis tabiat penggunaan nikotin dan tembakau seperti shisha, cerut mahupun vape perlu dihentikan.
Merokok boleh merosakkan salur darah anda.
Apabila salur darah menjadi rosak, ia akan mengurangkan aliran darah ke bahagian buah pinggang.
Jika buah pinggang tidak menerima aliran darah yang mencukupi, ia tidak dapat berfungsi dengan baik.
Oleh itu, hentikan tabiat merokok anda bagi memelihara kesihatan buah pinggang.
Kebanyakan daripada masalah buah pinggang yang berlaku berpunca daripada keadaan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.
Penyakit-penyakit ini pula berpunca daripada tabiat pemakanan yang buruk dan tidak terjaga.
Jika anda mahu menjaga kesihatan buah pinggang anda, elakkan makanan-makanan yang tidak sihat seperti tinggi kandungan lemak, gula dan juga garam.
Ubat-ubatan tanpa preskripsi seperti ibuprofen dan naproxen perlu dikawal pengambilannya.
Ini kerana, pengambilan ubat-ubatan jenis ini dengan kerap boleh merosakkan fungsi buah pinggang.
Pengambilan sesetengah suplemen atau vitamin secara berlebihan boleh mengganggu dan berbahaya kepada buah pinggang anda.
Kurangkan pengambilan jenis-jenis suplemen dan vitamin tertentu untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang.
Jika anda ada menghidap penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan buah pinggang juga.
Ini untuk melihat sekiranya buah pinggang anda turut sama terjejas atau tidak.
Kini anda telah mengetahui tujuh cara mencegah sakit buah pinggang.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen