Kejadian yang melibatkan seorang wanita berusia 61 tahun dikatakan menderita demensia terbalik (reversible dementia) kesan vitamin B12 yang kurang di dalam badan.

Wanita malang itu ditemui di jalanan dalam keadaan tanpa pakaian dan berhalusinasi mengenai saudara yang telah mati dan bertindak paranoid dengan menuduh keluarga melakukan cubaan meracuni dirinya.
Dia telah dibawa ke hospital untuk menjalani ujian dan setelah semuanya pulih, hasil diagnosis menunjukkan bahawa wanita terbabit kekurangan vitamin B12 dan juga mengalami hyperhomocysteinemia yang teruk.
Antara simptom lain kekurangan vitamin ini termasuklah:
- Kulit pucat atau kekuningan
- Ulser mulut
- Kerengsaan
- Kemurungan
- Penglihatan terganggu
Sekiranya masalah kekurangan ini dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan keadaan kesihatan sistem saraf, ketidaksuburan, keadaan jantung, komplikasi kehamilan serta kecacatan kelahiran.
Ia juga boleh mengakibatkan gejala psikiatri walaupun tanpa anemia dan berisiko menyebabkan kerosakan neurin yang tidak dapat dirawat.
Dalam 1 kajian Finland menyatakan wujud perkaitan antara vitamin B dengan tahap kesihatan yang baik.
Penyelidikan itu mendapati bahawa tahap vitamin B12 yang tinggi dalam aliran darah dikaitkan dengan hasil positif bagi individu yang dirawat dengan masalah kemurungan.
Pengkaji daripada Finland menunjukkan bahawa kurang vitamin B12 boleh menyebabkan pembentukan homosistein dalam darah yang dapat memburukkan lagi gejala kesihatan mental termasuk kemurungan.
Kepentingan vitamin B12
Daripada artikel di atas menunjukkan bahawa vitamin B12 penting untuk kesihatan mental, namun bagaimana pula dengan kesihatan badan secara umumnya?
Berikut adalah antara manfaat vitamin B12 ini:
#Memberi tenaga
Vitamin B12 mengekalkan makanan dan kesihatan sel. Tanpanya, sel akan berasa lapar dan anda berada dalam keadaan lemah sepanjang masa.

#Melindungi jantung
B12 adalah penting untuk nutrisi jantung dan sistem kardiovaskular secara keseluruhan. Fungsinya adalah untuk membuang semua protein berbahaya – homocysteine di dalam darah.
Jika protein ini bebas di dalam darah, ia akan merosakkan arteri dan menyebabkan radang dan penyakit jantung.
#Menyokong tulang
Kajian menemui bahawa vitamin B12 diperlukan untuk perkembangan tulang. Ia membantu mencegah osteoporosis atau masalah tulang lain.
#Penghalang proses penuaan
Terdapat banyak faktor negatif penyebab replikasi DNA, seperti bahan radikal bebas, toksik di dalam darah, gula tinggi dalam darah dan paras lemak omega-6 tinggi dalam diet.
B12 mempunyai peranan dalam menyokong kesihatan DNA dan membuatkan sel dalam badan kekal muda.
#Pelindung kesihatan otak
Vitamin B12 membantu melindungi sel saraf dan myelin sheath sel anda. Faktor ini terlibat dengan penyakit Alzheimer.
Jadi kebaikan vitamin ini bukan hanya tertakluk pada kesihatan mental tetapi secara keseluruhannya.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor pakar.