backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kenali Jenis Penyakit Yang Cenderung Menimpa Kaum Hawa!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/10/2022

Kenali Jenis Penyakit Yang Cenderung Menimpa Kaum Hawa!

Apabila bercakap tentang sesuatu penyakit atau kondisi, ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Tapi lain pula ceritanya apabila berkaitan dengan masalah dalaman wanita.

Kaum wanita cenderung mengalami masalah dan kondisi kesihatan yang unik, merangkumi aspek kehamilan, menopaus hingga ke keadaan ginekologi, seperti fibroid rahim dan gangguan lantai pelvik.

Tambahan pula, kebanyakan isu berkaitan kesihatan wanita tidak didiagnosis dan mereka jarang dijadikan sebagai subjek dalam ujian ubat-ubatan.

Disebabkan itu, memiliki kesedaran berkaitan penyakit wanita memainkan peranan penting, agar langkah pencegahan dapat diambil sebelum terlambat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Masalah dalaman wanita lazim dialami

Seperti kalian sedia maklum, kaun Hawa cenderung untuk mempunyai banyak masalah kesihatan yang unik; kitaran haid, kehamilan, pencegah kelahiran, menopaus… dan itu baru permulaan ya!

Berikut adalah antara kondisi, penyakit atau isu wanita yang kerap terjadi, merangkumi:

#1 Endometriosis

Endometriosis, salah satu punca masalah dalaman wanita yang kerap berlaku. Hampir 1 daripada 7 wanita dalam lingkungan usia 30 dan 45 tahun menghidapinya.

Pun begitu, walaupun gejalanya mungkin mengganggu dan menyakitkan, namun kondisi ini bukan bersifat kanser.

Endometriosis tumbuh dalam badan wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dikesan pada bahagian lain dalam badan seperti sekitar kawasan pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif.

Tambah lagi, ia sering ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong rahim.

#2 Fibroid rahim, salah satu masalah dalaman wanita

Fibroid rahim, atau turut dikenali dengan nama seperti myoma atau leiomyoma merupakan sejenis ketumbuhan yang terbentuk dari dinding atau otot rahim.

masalah dalaman wanita

Di samping itu, masalah dalaman wanita yang bukan bersifat kanser ini boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda.

Ia bukanlah satu kondisi asing dan kerap dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan usia subur (reproductive).

Kira-kira 20% wanita dalam usia subur mempunyai ketumbuhan ini dan ia jarang sekali dialami oleh perempuan muda yang belum haid. Fibroid rahim juga sering kali mengecut selepas menopaus.

#3 Kanser ginekologi

Kanser ginekologi, sejenis barah yang melibatkan organ pembiakan wanita. Ia turut merujuk kepada 5 jenis kanser yang bermula dalam sistem pembiakan wanita seperti:

Kira-kira 100,000 wanita didiagnosis menghidap kanser ginekologi di Amerika Syarikat setiap tahun.

Faktor sejarah keluarga, kegemukan, usia dan HPV adalah antara faktor risiko yang penting untuk kanser ginekologi.

#4 Sindrom ovari polisistik (PCOS)

PCOS adalah masalah ketidakseimbangan hormon yang menjejaskan kesuburan, kitaran haid dan bahkan, rupa fizikal penghidapnya.

Sista atau cyst adalah kantung tertutup, ia mempunyai selaput yang tersendiri, terasing dari bahagian tisu yang berhampiran dan mengandungi air.

Jika mahu diikutkan, adalah biasa untuk sista terbentuk dalam ovari golongan wanita.

Tapi, seperti nama sindrom itu sendiri, ‘poli’ bermaksud banyak, lantas membawa erti pembentukan sista yang berlebihan.

Hingga kini, puncanya masih belum dapat dikenal pasti. Namun kebanyakan teori mengaitkan pembentukan sista ini disebabkan oleh penghasilan hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.

Justeru, perkara ini secara langsung telah menghalang ovari daripada menghasilkan telur (ovum) dengan normal.

masalah dalaman wanita

Kondisi berisiko lain bagi masalah dalaman wanita

Selain penyakit yang telah penulis kongsikan di atas, terdapat beberapa lagi isu wanita yang cenderung berlaku, antaranya:

  1. Penyakit dan kesihatan ginekologi yang mempengaruhi wanita merangkumi haid dan ketidakaturan menstruasi, kesihatan saluran kencing, inkontinen urin, gangguan lantai pelvik, masalah seperti vaginosis bakteria (BV), vaginitis, fibroid rahim, serta vulvodynia.
  2. Isu kehamilan termasuk penjagaan pra-kehamilan dan penjagaan pranatal, keguguran dan bayi mati dalam kandungan, kelahiran pramatang, sudden infant death syndrome (SIDS), penyusuan susu ibu, serta kecacatan kelahiran.
  3. Penyakit yang berkaitan dengan kemandulan termasuk fibroid rahim, sindrom ovari polisistik (PCOS), endometriosis, dan kekurangan ovari primer (POI).
  4. Gangguan dan kondisi lain yang hanya mempengaruhi wanita termasuklah sindrom Turner, sindrom Rett, kanser ovari dan serviks.
  5. Masalah berkaitan kesihatan dan kesejahteraan wanita secara menyeluruh termasuk keganasan terhadap wanita, wanita kurang upaya dan cabaran dihadapi, osteoporosis, kesihatan tulang serta menopaus.

Baca juga:

Langkah pencegahan

Walaupun punca sebilangan kondisi masih tidak dapat dirungkai, perubahan gaya hidup dan pola pemakanan sihat dapat bantu mencegah risiko ancaman masalah dalaman wanita ini.

Antaranya adalah:

  • Jangan merokok: Sekiranya anda merokok atau menggunakan produk tembakau lain, pastikan untuk mengambil inisiatif yang dapat bantu kalian berhenti. Elakkan juga terdedah kepada asap rokok di persekitaran
  • Makan makanan yang sihat: Pilih sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, makanan berserat tinggi dan sumber protein tanpa lemak, seperti ikan. Hadkan makanan yang tinggi lemak dan trans, serta makanan tinggi gula dan garam tambahan
  • Menguruskan tekanan dengan bijak: Stres, jangan diabaikan! Usah biarkan diri dibelenggu tekanan hidup, lama-kelamaan kesihatan akan mula terjejas. Ambil langkah untuk mengurangkan tekanan atau belajar mengatasi stres dengan cara yang sihat
  • Mengekalkan berat badan yang sihat: Mengurangkan berat badan berlebihan dan mengekalkan BMI yang normal dapat menurunkan risiko penyakit jantung serta pelbagai jenis kanser
  • masalah dalaman wanita

    Jumpa doktor

    Untuk masalah dalaman wanita berkaitan kesuburan, mereka yang di bawah usia 35 tahun dan masih belum hamil setelah ‘mencuba’ selama setahun, harus menemui pakar sakit puan untuk didiagnosis.

    Selain itu, sentiasa perhatikan sebarang perubahan dialami terutamanya yang melibatkan organ pembiakan.

    Jika anda mengalami simptom-simptom yang mengganggu atau menyakitkan, usah buang masa dan segera rujuk golongan pakar sebelum menjadi lebih teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan