home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bukan Jangkitan HPV Sahaja Tingkat Risiko Kanser Serviks, Ini 7 Punca Lain Yang Wajib Anda Tahu

Bukan Jangkitan HPV Sahaja Tingkat Risiko Kanser Serviks, Ini 7 Punca Lain Yang Wajib Anda Tahu

Apabila berbicara mengenai kanser serviks, punca masalah kesihatan tersebut pasti berkait dengan jangkitan virus papiloma (HPV). Memang penting bagi setiap individu untuk memahami punca kanser pangkal rahim agar langkah pencegahan awal boleh diambil.

Namun, apa yang perlu diketahui adalah ia tidak hanya disebabkan oleh jangkitan semata-mata.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk didiagnosis dengan masalah kanser.

Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan kanser serviks, punca masalah kesihatan tersebut berlaku agar anda mendapat gambaran bagaimana cara untuk menghindarinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

Jangkitan HPV masih menerajui punca kanser pangkal rahim

HPV adalah virus yang boleh disebarkan melalui hubungan kelamin dan ia kebiasaannya dimanifestasikan sebagai ketuat yang boleh dijumpai pada organ seksual.

Kebanyakan mereka yang dijangkiti dengan virus ini tidak menunjukkan sebarang simptom.

Bagi mereka yang didiagnosis dengan kanser serviks, punca ia berlaku boleh disebabkan oleh jangkitan virus ini.

HPV berupaya untuk mengakibatkan perubahan prakanser yang bersifat mikroskopik pada organ serviks sehingga ia menjadi kanser.

Pun begitu, jika anda dijangkiti dengan virus ini, tidak semestinya anda akan mendapat masalah kanser serviks.

Ia hanya boleh menyebabkan peningkatan risiko sahaja. Untuk pengesahan diagnosis, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Selain itu, kanser serviks juga boleh berpunca daripada:

  • Tabiat merokok: Menurut Persatuan Kanser Amerika, merokok boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapat kanser serviks terutamanya jika anda dijangkiti HPV. Ia mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kanser
  • Sistem imun lemah: Sistem pertahanan badan manusia bukan sahaja melindungi anda daripada jangkitan, malah kanser. Jika anda menghidap jangkitan HIV, menggunakan ubat yang menyekat fungsi imun atau mengalami penyakit kronik, anda lebih berisiko untuk didiagnosis dengan kanser serviks. Risiko lebih tinggi bagi wanita yang turut mengalami jangkitan HPV

Faktor genetik turut menyumbang kepada punca kanser serviks

Walaupun elemen utama dalam proses patologi kanser serviks berkait dengan virus papiloma, faktor genetik juga boleh menyebabkan seseorang itu lebih mudah mendapat masalah kanser serviks.

Jika salah seorang wanita dalam keluarga anda pernah didiagnosis dengan kanser pangkal rahim, risiko anda untuk turut didiagnosis agak tinggi.

Terdapat juga perubahan genetik yang sering dikaitkan dengan masalah kanser tersebut.

Perubahan patologi kanser lebih kerap ditemui dalam kalangan wanita dengan sejarah keluarga kanser serviks.

Oleh sebab bukan semua wanita yang mengalami jangkitan HPV akan mendapat kanser serviks, perubahan genetik mungkin memainkan peranan dalam meningkatkan risiko untuk anda didiagnosis dengan masalah barah tersebut.

Gen tersebut tidak menyebabkan masalah kanser tanpa campur tangan HPV.

Selain itu, mutasi pada gen yang berkaitan dengan sistem imun turut boleh menyebabkan peningkatan risiko kanser.

Sebagai contoh, bagi wanita yang mempunyai kelainan kod genetik pada maklumat pembuatan protein interleukin-6 (IL-6). Tanpanya, fungsi sistem imun boleh terganggu menyebabkan risiko kanser meningkat sekiranya wanita tersebut sudah dijangkiti dengan HPV.

Faktor kanser serviks yang berkait dengan gaya hidup

Berdasarkan kepada kajian saintifik, terdapat beberapa tingkah laku dan gaya hidup yang boleh menyebabkan peningkatan kepada risiko kanser serviks.

Antaranya adalah:

  • Bertukar-tukar pasangan seks. Perbuatan ini meningkatkan kebarangkalian untuk anda mendapat HPV. Tidak kiralah, sama ada mereka menjalinkan hubungan seks dengan lelaki atau wanita (homoseksual), risiko jangkitan HPV tinggi jika ia dilakukan tanpa perlindungan (kondom dan sebagainya)
  • Mula melakukan hubungan seks pada usia muda. Wanita yang aktif melakukan hubungan seks sewaktu usia remaja lebih cenderung untuk mendapat kanser serviks. Ia boleh jadi berikutan masalah kesihatan ini mengambil masa yang lama untuk terjadi atau remaja kebiasaannya tidak menggunakan kondom semasa hubungan seks
  • Penggunaan ubat cegah hamil. Wanita yang menggunakan pil perancang keluarga lebih cenderung untuk melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Keadaan ini meningkatkan risiko mereka untuk mendapat jangkitan HPV
  • Status sosioekonomi yang rendah

Konklusi

Jika anda sering bertukar-tukar pasangan seksual dan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, inilah masanya untuk anda melakukan pemeriksaan.

Diagnosis awal membolehkan rawatan dilakukan dengan serta-merta. Ini boleh meningkatkan potensi kesembuhan pesakit terhadap kanser serviks.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan dengan kanser serviks, ajukan kepada doktor anda sekarang.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Human papillomavirus (HPV) and cervical cancer. (https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/human-papillomavirus-%28hpv%29-and-cervical-cancer). Diakses pada 21 Februari 2021.
  2. Dynamics and Determinants of HPV Infection: The Michigan HPV and Oropharyngeal Cancer (M-HOC) Study. (https://bmjopen.bmj.com/content/8/10/e021618). Diakses pada 21 Februari 2021.
  3. Human papillomavirus-driven immune deviation: challenge and novel opportunity for immunotherapy. (https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/2051013617717914). Diakses pada 21 Februari 2021.
  4. HPV and cancer. (https://www.cdc.gov/cancer/hpv/basic_info/index.htm). Diakses pada 21 Februari 2021.
  5. Genetic susceptibility of cervical cancer. (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1674830111600201?via%3Dihub). Diakses pada 21 Februari 2021.
  6. Human papillomavirus infection and use of oral contraceptives. (https://www.nature.com/articles/6600971). Diakses pada 21 Februari 2021.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak pada 4 minggu lalu
x