backup og meta

HPV Bukan Perkara Main-main: Ramai Wanita 27-35 Tak Sedar Bahayanya

Sebahagian besar wanita mungkin pernah mendengar tentang penyakit HPV, namun masih ramai yang tidak begitu faham apa itu HPV dan memandang ringan risikonya. 

HPV Bukan Perkara Main-main: Ramai Wanita 27-35 Tak Sedar Bahayanya

Human papillomavirus atau HPV ialah sejenis virus yang sangat mudah berjangkit dan merupakan antara punca penyakit kelamin paling biasa di dunia. 

Ia mempunyai lebih daripada 100 jenis strain, dan sebahagiannya boleh menyebabkan kutil kelamin HPV

Manakala strain berisiko tinggi pula boleh mencetuskan perubahan sel yang membawa kepada kanser serviks1,2

HPV tersebar terutamanya melalui sentuhan kulit ke kulit ketika aktiviti seksual, termasuk hubungan tanpa penetrasi, serta boleh dijangkiti walaupun seseorang tidak menunjukkan sebarang simptom1,2

Disebabkan penyebarannya yang senyap, ramai individu tidak sedar mereka telah dijangkiti, menjadikannya penting untuk memahami risiko dan langkah pencegahan sejak awal.

Walaupun HPV adalah salah satu punca penyakit kelamin paling biasa di dunia, stigma dan salah faham menyebabkan ramai tidak mendapatkan vaksin atau melakukan ujian saringan. 

Hakikatnya, walaupun kebanyakan contoh penyakit kelamin tidak boleh dicegah sepenuhnya, namun HPV boleh dicegah dengan sangat efektif melalui vaksin dan pemeriksaan berkala.

Artikel ini membongkar mitos, risiko sebenar serta langkah-langkah praktikal untuk melindungi diri daripada virus yang sering dipandang ringan oleh ramai orang ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Mitos vs fakta yang ramai salah faham tentang penyakit HPV

Sebelum kita memahami risiko sebenar penyakit HPV, adalah penting untuk menerangkan beberapa mitos umum yang sering menyebabkan wanita terlepas peluang untuk melindungi diri mereka. 

Antara mitos terkenal berkenaan penyakit HPV ialah3,4,5:

Mitos 1: “HPV hanya jangkiti mereka yang tidak menjaga kebersihan.”

Sebenarnya, HPV disebarkan melalui hubungan seksual termasuk sentuhan kulit ke kulit. 

Ia bukan soal kebersihan, tetapi jangkitan melalui aktiviti seksual yang normal.

Mitos 2: “Kalau saya sihat, saya tidak akan dijangkiti.”

Fakta: HPV begitu mudah berjangkit sehingga 80% individu akan dijangkiti sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. 

Ramai pula tidak sedar kerana jangkitan HPV kebiasaannya tidak mempunyai simptom awal.

Mitos 3: “HPV cuma sebabkan kutil kelamin HPV.”

Jenis HPV tertentu memang menyebabkan kutil kelamin HPV, tetapi beberapa jenis HPV lain boleh menjadi penyebab kanser serviks, dubur, tekak, faraj dan zakar

Ini menjadikan HPV jauh lebih serius daripada sekadar jangkitan ringan.

Mitos 4: “HPV hanya berlaku pada wanita.”

Lelaki juga boleh dijangkiti dan menjadi pembawa virus ini, malah boleh mendapat kanser akibat HPV. 

Namun, wanita berada pada risiko lebih tinggi untuk mengalami komplikasi serius seperti kanser serviks.

Dengan memahami fakta sebenar, barulah kita boleh melihat betapa pentingnya pencegahan awal.

Risiko sebenar penyakit HPV lebih serius daripada yang kita sangka!

ujian pap smear
Jalani ujian saringan HPV dan pap smear untuk tujuan pengesanan awal.

Penyakit HPV bukan hanya tentang ketuat atau jangkitan ringan kerana ia adalah jangkitan yang boleh membawa kepada komplikasi jangka panjang. 

Ramai wanita tidak menyedari bahawa HPV berisiko tinggi lebih berbahaya daripada kebanyakan contoh penyakit kelamin lain kerana kecenderungannya berubah menjadi kanser jika tidak dipantau.

Berikut adalah risiko sebenar HPV:

#1. HPV adalah punca utama kanser serviks6

Lebih 95% kes kanser serviks dikaitkan dengan HPV berisiko tinggi7

Ini berlaku apabila jangkitan kronik menyebabkan perubahan sel serviks dari masa ke masa.

#2. HPV boleh menyebabkan banyak jenis kanser lain8

Antaranya:

Jangkitan bermula secara senyap, dan menyumbang kepada beban kesihatan global yang besar.

#3. Banyak jangkitan tidak menunjukkan simptom9

Tidak seperti jangkitan kelamin yang lain, jangkitan HPV biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jelas. 

Inilah sebabnya ramai tidak sedar mereka dijangkiti dan berpotensi menjangkiti pasangan tanpa sengaja.

#4. Jangkitan HPV jenis tertentu kekal dalam tubuh

Virus yang kekal berpotensi menyebabkan keradangan kronik yang boleh meningkatkan risiko kanser dalam jangka panjang.

Risiko-risiko ini menjadikan HPV jauh lebih serius berbanding punca penyakit kelamin lain yang lebih mudah dirawat.

Bagaimana untuk kurangkan risiko dijangkiti penyakit HPV?

Walaupun HPV sangat mudah merebak, terdapat banyak cara untuk mengurangkan risikonya:

#1. Lakukan ujian saringan secara berkala

Pap smear atau ujian HPV sangat penting untuk wanita berumur 30 tahun ke atas9

Ini membolehkan perubahan sel dapat dikesan lebih awal sebelum bertukar menjadi kanser.

penyakit hpv
Ujian pap smear penting untuk wanita berumur 30 tahun ke atas.

#2. Amalkan hubungan seksual yang selamat

Kondom membantu mengurangkan risiko tapi tidak memberi perlindungan 100% kerana HPV boleh merebak melalui sentuhan kulit ke kulit.

#3. Kekalkan sistem imun yang kuat

Sistem imun yang baik membantu tubuh menyingkirkan jangkitan HPV secara semula jadi. 

Amalan seperti berikut sangat membantu:

#4. Berbincang dengan pasangan

Kesedaran bersama pasangan penting untuk mengurangkan stigma dan meningkatkan pencegahan.

Walau bagaimanapun, langkah perlindungan paling penting ialah menerusi pengambilan vaksin.

Kenapa vaksin HPV sangat penting untuk diambil?

penyakit hpv
Vaksin HPV sebagai langkah pencegahan jangkitan.

Caption: Vaksin HPV sebagai langkah pencegahan jangkitan.

Vaksin HPV adalah salah satu vaksin paling berkesan dalam dunia perubatan moden. 

Ia bukan sahaja mencegah penyakit HPV, tetapi juga mengurangkan risiko kanser berkaitan HPV secara drastik11,12,13.

Vaksin HPV menghalang virus daripada menjangkiti sel tubuh, sekali gus mengurangkan risiko perubahan sel yang boleh membawa kepada kanser.

Siapa yang patut menerima vaksin?

  • Remaja perempuan dan lelaki seawal usia 9-13 tahun
  • Wanita dan lelaki sehingga umur 45 tahun
  • Wanita dewasa 27-35 tahun yang belum pernah divaksin atau tidak lengkap dos

Kenapa wanita 27-35 tahun masih perlu vaksin?

Kerana jangkitan HPV boleh berlaku berulang kali, dan vaksin masih boleh melindungi individu daripada strain virus berisiko tinggi yang mereka belum terdedah.

Stigma adalah halangan terbesar

Ramai menganggap vaksin HPV hanya untuk mereka yang “berisiko tinggi”, tetapi tanggapan ini salah. 

HPV tidak mengenal status, umur atau gaya hidup. 

Pengambilan vaksin adalah sebagai langkah pencegahan awal dan perlindungan, bukan hanya soal moral.

Kesimpulan

HPV mungkin kelihatan seperti jangkitan yang “biasa”, tetapi realitinya ia boleh membawa kepada komplikasi serius jika dibiarkan tanpa pencegahan. 

Ramai wanita di luar sana masih kurang sedar tentang risiko sebenar penyakit HPV, walaupun ia sebenarnya antara punca penyakit kelamin yang paling mudah dicegah. 


Dengan memahami fakta, mengenal pasti risiko, serta mengambil langkah perlindungan seperti saringan berkala dan vaksin, setiap wanita boleh melindungi diri daripada jangkitan dan komplikasi kanser berkaitan HPV. 

Pengetahuan dan tindakan awal adalah kunci untuk menjauhkan diri daripada virus senyap yang sering diabaikan ini.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. HPV (Human Papillomavirus). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11901-hpv-human-papilloma-virus. Diakses November 18, 2025. 
  2. HPV infection. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hpv-infection/symptoms-causes/syc-20351596. Diakses November 18, 2025.
  3. HPV and Cervical Cancer Myths vs. Facts. https://www.mountsinai.org/care/cancer/services/gynecologic/conditions/cervical/myths-facts#:~:text=For%20women%20age%2030%20and,This%20is%20not%20true!. Diakses November 18, 2025.
  4. Busting HPV Myths and Importance of Cervical Cancer Screenings. https://health.ucsd.edu/news/features/busting-hpv-myths-and-importance-of-cervical-cancer-screenings/#:~:text=Myth%20%231:%20%22Only%20promiscuous,most%20robustly%20at%20that%20age. Diakses November 18, 2025.
  5. Myths and Facts. https://www.ashasexualhealth.org/hpv-myths-facts/. Diakses November 18, 2025.
  6. Cervical Cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cervical-cancer/symptoms-causes/syc-20352501. Diakses November 18, 2025.
  7. Cervical cancer. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/cervical-cancer#:~:text=Persistent%20infection%20with%20high%2Drisk,causes%2095%25%20of%20cervical%20cancers. Diakses November 18, 2025.
  8. Cancers Linked with HPV. https://www.cancer.org/cancer/risk-prevention/hpv/hpv-and-cancer-info.html. Diakses November 18, 2025.
  9. About Genital HPV Infection. https://www.cdc.gov/sti/about/about-genital-hpv-infection.html. Diakses November 18, 2025.
  10. HPV and Pap Test Results: Next Steps after an Abnormal Cervical Cancer Screening Test. https://www.cancer.gov/types/cervical/screening/abnormal-hpv-pap-test-results. Diakses November 18, 2025.
  11. HPV Vaccine. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/21613-hpv-vaccine. Diakses November 18, 2025.
  12. Preventing Cancer: The Far-Reaching Impact of Vaccines. https://publichealth.jhu.edu/ivac/2025/preventing-cancer-the-far-reaching-impact-of-vaccines. Diakses November 18, 2025.
  13. HPV Vaccination. https://www.cdc.gov/hpv/vaccines/index.html. Diakses November 18, 2025.

Versi Terbaru

28/11/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Ada Ketuat Alat Sulit? Ini Cara Bezakan Kutil Kelamin Ringan, Sederhana Atau Teruk!

Terkena Ketuat Kelamin Akibat Virus HPV, Bagaimana Jangkitan Ini Boleh Tersebar?


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 28/11/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan