backup og meta

Datang Haid Seawal Usia 11 Tahun? Ini Antara Ciri-Ciri Menopaus Awal

Datang Haid Seawal Usia 11 Tahun? Ini Antara Ciri-Ciri Menopaus Awal

Pernah dengar tak, wanita yang mengalami period awal, ketika berusia 11 tahun atau lebih muda cenderung berdepan risiko menopaus atau putus haid sebelum usia 40 tahun. Benar ke penyataan ini? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita sila dapatkannya di sini.

Kajian mengenai period awal

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Human Reproduction mendapati, wanita yang datang period awal, sekitar usia 11 tahun atau ke bawah mempunyai 80% risiko lebih tinggi mengalami menopaus pramatang sebelum berusia 40 tahun. 

Manakala sebanyak 30% risiko mengalami menopaus awal – antara usia 40 hingga 44 tahun – bagi wanita yang mendapat haid pertama antara usia 12 hingga 13 tahun. 

Menerusi kajian tersebut juga menunjukkan wanita yang tidak pernah hamil berdepan risiko 2x ganda untuk mengalami menopaus pramatang.

Bahkan, mereka yang tidak mempunyai anak turut berisiko untuk mengalami menopaus awal sebanyak 30%. 

Hasil kajian ini diperolehi daripada analisis data yang melibatkan 51,450 wanita pasca-menopaus daripada 9 kajian pemerhatian di United Kingdom, Scandinavia, Australia dan Jepun.

Ia merupakan sebahagian daripada InterLACE – kolaborasi antarabangsa yang menggunakan pendekatan kursus kehidupan bagi kesihatan pembiakan dan penyakit kronik.

Umumnya, wanita yang mengalami proses menopaus ini akan berdepan gejala seperti rasa panas (hot flashes), keletihan dan kehilangan tulang. 

Bagi mereka yang mengalami keadaan menopaus awal pula berisiko untuk mendapat masalah kesihatan lebih serius.

Ini termasuklah sindrom ovarium polikistik (PCOS), penyakit jantung, diabetes dan masalah endometriosis.

period awal

Itulah sebabnya penting bagi wanita untuk mengetahui bahawa haid awal adalah punca faktor risiko kesihatan yang berpotensi.

Putus period awal bukan sekadar punca menopaus pramatang

Menopaus adalah satu fasa kehidupan di mana seorang wanita tidak lagi boleh hamil. Kebanyakan wanita akan mengalami fasa ini secara semula jadi pada usia 50-an.

Pun begitu, masalah menopaus pramatang boleh terjadi kepada individu wanita sebelum mencapai usia 40 tahun. Manakala menopaus awal pula berlaku sebelum usia 45 tahun. 

Walaupun kajian menunjukkan haid awal sebagai punca menopaus pramatang, tetapi ada juga faktor lain yang boleh menjadi penyebab.

Dalam beberapa kes, menopaus awal atau pramatang disebabkan oleh pembedahan membuang ovari atau dengan rawatan perubatan seperti terapi radiasi dan kemoterapi.

Bagi situasi menopaus pramatang disebabkan kekurangan ovari pramatang (POI) pula, ovari wanita secara spontan berhenti menghasilkan telur. 

Selalunya punca penyebab bagi keadaan tersebut tidak dapat dikesan. 

Mengenali simptom menopaus pramatang atau awal

Gejala menopaus pramatang atau awal adalah sama seperti wanita yang mengalami menopaus secara semula jadi.

Ia boleh merangkumi:

period awal

  • Perubahan kitaran haid, termasuk perubahan pada corak pendarahan biasa, terutamanya haid yang tidak teratur
  • Rasa panas (hot flashes)
  • Berpeluh
  • Mengalami kesukaran untuk tidur
  • Masalah kencing seperti peningkatan kekerapan untuk buang air kecil atau inkontinens urin
  • Kekeringan faraj
  • Peningkatan perubahan emosi
  • Kenaikan atau penurunan berat badan
  • Sakit-sakit badan

Rawatan yang boleh dicuba

Tidak ada rawatan yang tersedia untuk membuat ovari mula berfungsi semula.

Dalam situasi yang jarang untuk terjadi, terdapat ovari secara spontan berfungsi semula dengan punca tidak diketahui. 

Berdasarkan beberapa kajian, kira-kira 1 daripada 10 wanita yang didiagnosis dengan POI dapat hamil, tanpa alasan yang jelas. 

Umumnya, wanita yang mengalami putus haid awal akan mempunyai jangka hayat pasca-menopaus yang panjang.

Ini bermaksud mereka terdedah kepada risiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti osteoporosis dan penyakit jantung.

Atas sebab itu, mereka disarankan untuk mengambil beberapa bentuk terapi hormon sehingga mencapai usia menopaus semula jadi – sekitar 51 tahun.

Ia mungkin pil kontraseptif oral gabungan estrogen dan progesteron, atau terapi hormon menopaus (menopausal hormone therapy, MHT).

Tidak kira apa pilihan terapi hormon yang diambil, ia membantu merawat gejala menopaus dan mengurangkan risiko permulaan osteoporosis dan penyakit jantung

Kesan emosi putus haid seawal usia 40 tahun 

Mungkin ada yang berpendapat, masalah menopaus pramatang hanyalah bermakna seorang wanita itu akan putus haid.

Hakikatnya, ia lebih daripada sekadar itu.

Mengalami menopaus pramatang boleh menjejaskan emosi wanita. 

Beberapa masalah biasa yang mungkin dihadapi termasuklah:

period awal

Period awal & menopaus

Ia boleh menjadi satu situasi yang mencabar bagi wanita yang mengalami period awal dan berdepan risiko menopaus pramatang atau awal.

Namun, mengetahui serta memahami lebih lanjut mengenai keadaan dan risiko yang akan dihadapi pastinya membantu anda mempersiapkan diri dalam membuat keputusan terbaik mengenai sebarang rawatan pilihan. 

Jika terdapat keraguan atau kebimbangan, anda disarankan untuk melakukan rundingan bersama doktor pakar. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

An Early First Menstrual Period May Lead To Premature Menopause. https://www.npr.org/sections/health-shots/2017/01/25/511588083/an-early-first-menstrual-period-may-lead-to-premature-menopause#. Accessed Feb 4, 2021.

Early age menstrual periods increases risk of premature and early menopause. https://www.menopause.org.au/hp/studies-published/904-early-age-menstrual-periods-increases-risk-of-premature-and-early-menopause. Accessed Feb 4, 2021. 

Can I still get pregnant after being diagnosed with premature menopause or early menopause?https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21138-premature-and-early-menopause/outlook–prognosis. Accessed Feb 4, 2021.

Premature and early menopause. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/premature-and-early-menopause. Accessed Feb 4, 2021. 

Premature menopause. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2815011/. Accessed 6 September 2021.

Versi Terbaru

03/11/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Betul Ke Kerap Bersenggama "KUNCI" Untuk Tangguh Menopaus? Kalau Betul, Apa Tunggu Lagi!

Benarkah Menopaus Boleh Matikan Keinginan Seksual Wanita? Ini 5 Kesannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan