backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

10 Tanda-Tanda PCOS Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2024

10 Tanda-Tanda PCOS Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah kondisi yang mempengaruhi tahap hormon wanita apabila tubuh menghasilkan hormon androgen yang lebih tinggi berbanding biasa. Apakah antara gejala PCOS?

Ketidakseimbangan hormon ini mencetuskan pelbagai simptom yang berpotensi mengganggu penampilan, bahkan keupayaan pesakit untuk menimang cahaya mata!

Kenapa ovari bengkak?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang PCOS, sila dapatkannya di sini.

Gejala-gejala PCOS

#1 Gejala PCOS – Pertumbuhan bulu di kawasan yang tidak diingini

Antara simptom PCOS yang berupaya mengganggu penampilan adalah:

  • hirsutisme
  • pertumbuhan bulu muka atau badan yang berlebihan pada wanita
  • Pertumbuhan bulu ini boleh berlaku pada wajah, dada, perut, punggung, lengan atau kaki.

    Hirsutisme adalah gejala gangguan perubatan yang berkaitan dengan hormon androgen, atau lebih dikenali sebagai ‘hormon lelaki.’

    #2 Simptom PCOS – Keguguran rambut

    Gejala PCOS
    Rambut gugur juga berkaitan dengan PCOS.

    Kondisi sebegini lebih dikenali sebagai, androgenic alopecia atau, keguguran rambut bercorak wanita.

    Hal ini biasanya disebabkan oleh tahap androgen yang tinggi pada wanita dengan PCOS.

    #3 Jerawat & kulit berminyak

    Seperti yang kalian sudah maklum, salah satu ciri utama PCOS adalah tahap hormon androgen yang tinggi.

    Androgen memainkan peranan penting dalam pembentukan jerawat. Ia menyebabkan kelenjar kulit menghasilkan lebihan bahan berminyak yang dikenali sebagai sebum.

    Jerawat berlaku apabila sebum dan sel kulit mati terbentuk di dalam folikel bulu, lantas memerangkap bakteria di bawah kulit.

    Ia membawa kepada masalah keradangan dan pembentukan jerawat.

    #4 Kulit jadi gelap

    Perubahan warna pada kulit bukanlah gejala PCOS. Walau bagaimanapun, penghidap PCOS yang mempunyai rintangan insulin berupaya mengembangkan acanthosis nigricans.

    Ia adalah satu keadaan kulit yang menyebabkan perubahan warna gelap pada lipatan dan celahan badan.

    Sekiranya acanthosis nigricans berlaku, doktor akan cuba mengesan tanda-tanda diabetes atau bukti awal rintangan insulin.

    #5 Gangguan tidur & sentiasa keletihan

    Pakar percaya, pesakit PCOS mungkin punyai risiko lebih tinggi terhadap gangguan tidur akibat rintangan insulin.

    Insulin adalah hormon yang membolehkan sel menggunakan glukosa (gula) dalam menghasilkan tenaga.

    Apabila perkara ini berlaku, sel-sel akan kehilangan kemampuan mereka untuk bertindak balas secara normal terhadap insulin, akhirnya boleh menyebabkan diabetes jenis 2.

    Keletihan juga adalah salah satu simptom PCOS utama yang dilaporkan.

    #6 Pening kepala juga tanda-tanda PCOS

    Gejala PCOS yang seterusnya adalah pening kepala, faktor peningkatan hormon mampu menjadi punca!

    Sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk genetik dan makanan.

    Pada pesakit PCOS, tahap hormon yang turun naik adalah faktor utama sakit kepala kronik.

    #7 Pendarahan haid berat

    gejala PCOS
    Antara punca-punca haid banyak.

    Pesakit PCOS juga sering mengalami pendarahan haid yang lebih berat semasa kitaran menstruasi.

    Kondisi ini dikenali sebagai menorrhagia, disebabkan oleh tahap progesteron yang rendah.

    Menorrhagia bercirikan pendarahan teruk yang mampu berlangsung selama 7 hari atau lebih lama.

    #8 Haid tidak menentu

    Walaupun sebilangan penghidap PCOS mempunyai kitaran haid yang tetap, namun tahap androgen yang tinggi dan insulin berlebihan boleh mengganggu kitaran ovulasi dan haid bulanan mereka.

    Justeru, sekiranya anda mempunyai PCOS, haid mungkin tidak teratur atau terhenti sama sekali!

    #9 Kesulitan untuk hamil

    Ya, mempunyai PCOS tidak semestinya bermaksud anda tidak boleh hamil. Namun, PCOS adalah salah satu penyebab kemandulan pada wanita yang paling kerap berlaku.

    Pada penghidap PCOS, ketidakseimbangan hormon mengganggu pertumbuhan dan pembebasan telur dari ovari (ovulasi).

    Fakta

    Apabila anda tidak berovulasi, adalah mustahil untuk hamil.

    #10 Kenaikan berat badan

    gejala pcos
    Kira BMI anda untuk tahu tahap obesiti.

    Oleh itu, tubuh perlu menghasilkan lebih banyak insulin dalam usaha mengekalkan tahap gula darah yang normal.

    Lama-kelamaan, tubuh mula menghasilkan lebihan insulin lalu menyebabkan faktor besar masalah kegemukan dalam kalangan penghidap PCOS.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 07/06/2024

    ad iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    ad iconIklan
    ad iconIklan