Kitaran haid adalah satu perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan period tak teratur atau kitaran haid tidak normal? Paling penting, adakah ia boleh memberi kesan kepada kehamilan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kitaran haid?
Haid melibatkan endometrium yang merupakan lapisan uterus, disingkirkan. Penyingkiran ini akan membuatkan pendarahan dari rahim keluar melalui faraj 1 . Haid biasanya bermula semasa usia akil baligh bagi seseorang anak gadis, di antara umur 8 sehingga 16 tahun dan ia akan berterusan sehingga individu itu mengalami menopaus, pada usia antara 51 tahun 1 .
Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga ke kitaran haid seterusnya) yang normal bagi seseorang individu kebiasaannya adalah selama 28 hari 1 . Namun, ia berbeza bagi setiap individu.
Maka adalah normal untuk anda mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang. Kitaran yang tidak teratur adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya tidak menentu 2 .
Memahami period tak teratur
Kenapa darah haid berpanjangan?
Haid yang tidak teratur turut dikenali sebagai oligomenorrhea – apabila jumlah bilangan haid yang dialami kurang dari 4 hingga 9 kali setahun 2 . Ia boleh berlaku jika anda mengamalkan kaedah kontrasepsi, ketidakseimbangan hormon, perubahan hormon ketika dalam proses menopaus dan mengamalkan senaman ketahanan.
Kitaran period tak teratur juga didefinasikan apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan 2 .
Sebilangan besar wanita akan mengalami senggugut ketika haid atau dalam istilah perubatannya dysmenorrhoea 8. Selalunya kesakitan yang dialami adalah berskala ringan. Pun begitu bagi 1 daripada 10 wanita, mereka mengalami senggugut teruk sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian 8.
Jika senggugut tersebut menjadi lebih teruk sehingga mengganggu aktiviti biasa anda, berjumpalah dengan doktor. Antara rawatan yang boleh mungkin membantu mengurangkan kesakitan senggugut ketika period tak teratur adalah seperti:
- Terus aktif seperti biasa serta cuba lakukan teknik urutan dan relaksasi 8.
- Haba panas. Anda mungkin berasa lebih tenang dengan meletakkan botol berisi air panas di bahagian bawah perut (abdomen) atau mandi air panas 8. Selalunya, senggugut terjadi dalam tempoh sementara sahaja dan ini mungkin apa yang anda perlukan. Tetapi pastikan botol berisi air panas itu tidak terlalu panas!
- Ubat tahan sakit dan ubat tahan sakit antiradang nonsteroid (NSAID) boleh membantu untuk mengurang kesakitan. NSAID berfungsi dengan menyekat bahan kimia prostaglandin yang dianggap sebagai punca kesakitan 8 .
- Hormon kontraseptif gabungan (CHC) dalam bentuk pil, tampalan atau cincin. Ini juga antara pilihan yang boleh diguna jika anda memerlukan pencegahan kehamilan 8.
Walau bagaimanapun, anda amatlah digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor atau ahli farmasi anda sebelum mencuba sebarang rawatan yang mungkin membantu mengurangkan kesakitan senggugut ketika period tak teratur kerana puncanya itu boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Baca penerangan lanjut kami seperti di bawah. Paling penting, jangan merana dalam diam.
Apakah simptom period tak teratur?
Simptom utama kenapa darah haid berpanjangan seperti yang disebut di atas adalah apabila kitaran menjadi lebih panjang daripada 35 hari atau tidak menentu dan kerap berubah.
Jika darah haid yang keluar terlalu banyak atau berkurangan, ia juga antara simptomnya, selain dari tempoh kedatangan haid yang berbeza-beza setiap kali haid tiba 2 .
Antara simptom period tak teratur yang lain adalah 3 .
- Kekejangan pada bahagian belakang badan atau kekejangan badan
- Payudara terasa berat atau sakit
- Mengalami sakit kepala
- Muncul jerawat
- Tidur terganggu
- Berlaku perubahan emosi
- Perut kembung
- Cirit-birit
Mengapa masalah kitaran haid tidak normal boleh berlaku?
Berikut antara penyebab kenapa period tidak teratur3 ,4 ,5 ,6:
Kitaran kehidupan dan kehamilan
- Ketiadaan haid 2 hingga 3 tahun selepas haid pertama bermula 5
- Perimenopaus, kitaran haid akan berakhir 5
- Kehamilan 3, 4
- Tempoh selepas bersalin 4
- Menyusukan bayi 4
Perubahan fizikal atau emosi
- Tekanan kronik 5
- Senaman yang berlebihan 3
- Pengambilan atau penyalahgunaan bahan tertentu 6
- Perubahan berat badan secara mendadak 3
- Gangguan pemakanan seperti tidak mendapat kalori yang mencukupi 4
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu 3
Keadaan perubatan tertentu
- Sindrom ovari polisistik (PCOS) 4
- Gangguan tiroid 3
- Diabetes yang tidak terkawal 6
- Penyakit keradangan pelvis 4
- Kanser tertentu atau kewujudan ketumbuhan 4
- Gangguan pendarahan 4
- Keadaan perubatan lain seperti hiprtprolaktinemia, kegagalan ovari pramatang 6
Pemeriksaan doktor untuk kitaran haid tidak normal
Bergantung kepada punca kenapa period tidak teratur, anda mungkin tidak perlu mendapatkan nasihat perubatan jika sentiasa mempunyai kitaran haid tidak normal atau baru sahaja mengalami akil baligh.
Bagi period tak teratur yang disebabkan oleh PCOS, melakukan perubahan gaya hidup terbukti menjadi pendekatan paling berkesan. Gaya hidup yang sihat merangkumi 9 :
- Pengambilan diet pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
- Menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat
- Kekal aktif semaksimum mungkin
- Meminimumkan tabiat berbahaya seperti merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan
Walau bagaimanapun, sekiranya kitaran haid tidak normal, disertai dengan kesakitan senggugut yang masih tidak berkurangan, dapatkan rujukan doktor untuk mengenalpasti punca kitaran haid tidak teratur, dan kebenaran untuk pengambilan ubat-ubatan tertentu yang mungkin dapat mengatasi masalah senggugut yang terjadi.
Doktor kebiasaannya akan mempreskripsi ubat tahan sakit atau ubat antiradang nonsteroid (NSAID) untuk mengendali sakit senggugut8 .
Akan tetapi, dapatkan nasihat doktor juga sekiranya:
- Kitaran haid anda tiba-tiba menjadi tidak teratur dan anda berusia bawah 45 tahun
- Anda mengalami haid lebih kerap daripada setiap 21 hari atau kurang kerap daripada setiap 35 hari5 .
- Haid anda lebih lama daripada 7 hari
- Terdapat perbezaan besar (sekurang-kurangnya 20 hari) antara kitaran haid yang paling singkat dan paling panjang
- Anda mengalami period tak teratur dan anda sedang berusaha untuk hamil
- Anda tidak mengalami haid lebih daripada 3 kali dalam masa setahun 3 .
- Pendarahan yang anda alami adalah banyak berbanding kebiasaannya 4 .
- Anda mungkin tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi memahami punca di sebaliknya mungkin membantu anda. Kemudian, anda mungkin dirujuk kepada pakar ginekologi jika anda memerlukan sebarang ujian atau rawatan.
Adakah peluang kehamilan boleh terjejas jika period tak teratur?
Anda mungkin sukar untuk hamil jika mempunyai kitaran haid yang tidak teratur kerana kemungkinan untuk tidak mengalami ovulasi secara sempurna. Akan tetapi usah risau, mengadakan hubungan kelamin setiap 2 atau 3 hari boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan 5 .
Anda tidak perlu menyasarkan tingkap kesuburan kerana ovulasi anda tidak teratur. Anda mungkin memerlukan rawatan hormon atau rawatan kesuburan jika sukar untuk hamil secara semula jadi 5 .
Gaya hidup boleh menjejaskan kitaran haid tidak normal?
Jika tekanan merupakan antara penyebab anda mengalami gangguan kitaran tidak teratur, anda harus cuba mempelajari teknik pengurusan tekanan seperti meditasi atau yoga 7 .
Cuba untuk tidak bersenam secara berlebihan dan jangan terlalu mengawal pengambilan diet pemakanan secara keterlaluan 7 , kerana ia turut boleh mengganggu kitaran haid anda.
Ambil pil kontraseptif mengikut aturan
[embed-health-tool-ovulation]