Tahukah anda PCOS itu apa? Jika anda mengalami haid tidak teratur dan telah lama cuba untuk hamil tetapi masih gagal, ia mungkin disebabkan oleh satu keadaan yang disebut sebagai sindrom ovari polisistik (PCOS).
Fakta Disemak oleh Dr. Shelby
Tahukah anda PCOS itu apa? Jika anda mengalami haid tidak teratur dan telah lama cuba untuk hamil tetapi masih gagal, ia mungkin disebabkan oleh satu keadaan yang disebut sebagai sindrom ovari polisistik (PCOS).
PCOS itu apa ialah sejenis gangguan pada hormon wanita. Hormon androgen yang secara normal adalah rendah dalam badan wanita dihasilkan pada kadar yang tinggi oleh ovari dalam kalangan penghidap PCOS.
Progesteron pula pada kadar yang rendah dari biasa, sementara insulin dihasilkan dengan banyak.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Semua ketidakstabilan pada kadar hormon ini menyebabkan:
Setiap wanita harus mencatat kitaran haid mereka terutamanya bagi mereka yang mengalami kitaran tidak teratur. Banyak aplikasi di telefon pintar boleh digunakan untuk tujuan ini. Secara normal, haid berlaku selama 2 hingga 7 hari bagi setiap 21 hingga 35 hari dan hampir sama setiap bulan.
PCOS kebiasaannya bermula sekitar kitaran haid pertama atau mungkin lebih lewat. Sebelum keadaan bertambah buruk, dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor.
Tiada ujian khas untuk mendiagnosis penyakit ini. Pemeriksaan pelvis, ultrasound, dan ujian darah untuk melihat kadar hormon antara yang dilakukan oleh doktor untuk membantu diagnosis.
Selepas diagnosis dibuat, perkara paling penting harus dilakukan adalah mengubah gaya hidup dan menurunkan berat badan.
Penghidap PCOS kebiasaannya mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan gangguan hormon.
Penurunan berat badan walaupun hanya sebanyak 5% boleh memberikan kesan terhadap keadaan sedia ada. Ia juga boleh meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan lain.
Antara ubat yang mungkin dipreskripsi oleh doktor adalah:
Dengan perubahan gaya hidup dan rawatan yang betul, penghidap PCOS boleh menghadapi kehidupan normal dan mendapatkan cahaya mata.
Apapun, teruskan berusaha dan jangan putus asa.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Dr. Shelby
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen