backup og meta

Eh, Keputihan Warna HITAM Pada Faraj! Adakah Ini Tanda Bahaya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/11/2022

    Eh, Keputihan Warna HITAM Pada Faraj! Adakah Ini Tanda Bahaya?

    Keluar lendir atau cecair faraj adalah normal selagi ia tidak mendatangkan bau kurang menyenangkan. Tetapi kalau keputihan warna hitam yang anda alami, adakah ia berbahaya? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Keputihan warna hitam, adakah ia membimbangkan?

    Melihat cecair faraj berwarna hitam mungkin mendatangkan kerisauan tetapi ia bukanlah perkara pelik terutamanya pada tempoh kitaran haid.

    Berikut antara keadaan yang boleh menyebabkan keputihan warna hitam kecoklatan:

    1. Tanda bermula atau berakhir haid

    keputihan warna hitam

    Aliran haid mungkin perlahan pada awal dan akhir tempoh haid.

    Apabila darah mengambil lebih masa untuk keluar daripada rahim, ia akan teroksida dan menyebabkan warnanya menjadi coklat gelap atau hitam. Malah ia mungkin seakan serbuk kopi. 

    Jika terdapat tompokan hitam sebelum pendarahan haid bermula, ia mungkin darah tersisa daripada haid terdahulu kerana faraj sedang membersihkan diri.

    2. Objek tersekat atau tertinggal, punca keputihan warna hitam

    Cecair faraj hitam ini mungkin petanda terdapat benda asing tersekat di dalamnya. Ia boleh berlaku jika anda terlupa mengeluarkan tampon, kondom atau alatan seks.

    Lama-kelamaan, objek tersebut boleh mengganggu lapisan faraj dan menyebabkan jangkitan. Anda juga mungkin akan mengalami gejala lain seperti:

    • Faraj berbau hanyir
    • Rasa gatal sekitar dan dalam faraj
    • Bengkak atau ruam sekitar faraj
    • Kesukaran untuk kencing
    • Demam 

    Jika benar terdapat objek tersekat, lakukan pemeriksaan doktor. Ini kerana dalam kes jarang berlaku, anda mungkin mengalami sindrom kejutan toksik – jangkitan berpotensi membawa maut.

    3. Keputihan warna hitam akibat penyakit radang pelvis (PID) atau jangkitan lainkeputihan warna hitam

    Penyakit kelamin (STD) seperti klamidia atau gonorrhea, boleh menyebabkan pendarahan dan lendir faraj abnormal. 

    Lendir yang banyak dalam pelbagai warna bersama bau busuk adalah antara gejala lain jangkitan ini, termasuk: 

    Tanpa rawatan, STD tidak akan hilang dan boleh merebak ke organ pembiakan menyebabkan PID. 

    PID yang tidak dirawat pula boleh mengakibatkan komplikasi seperti sakit pelvis kronik dan kemandulan.

    4. Keputihan warna hitam kerana implantasi 

    Pendarahan awal kehamilan adalah perkara biasa dan dianggap sebagai pendarahan implantasi. Jika darah memerlukan masa untuk keluar daripada faraj, ia mungkin kelihatan hitam.

    Walau bagaimanapun, jika pendarahan atau tompokan darah berkembang menjadi berat atau berlangsung untuk tempoh lama, lakukan pemeriksaan doktor.

    5. Lochia

    Darah selepas melahirkan anak dikenali sebagai lochia atau darah nifas – bagi individu beragama Islam.

    Ia berlangsung antara 4-6 minggu dan bermula dengan aliran merah yang banyak bersama gumpalan darah kecil dan akan semakin berkurangan dari hari ke hari.

    Bermula hari ke-4 dan seterusnya, lochia akan berubah warna kepada merah jambu atau coklat. Ketika aliran semakin perlahan, ia mungkin bertukar kepada coklat gelap atau hitam.

    Lama-kelamaan, warnanya akan berubah menjadi krim atau kekuningan sebelum berhenti sepenuhnya.

    Jika anda mengalami aliran pekat bersama gumpalan darah yang besar atau bau yang kurang menyenangkan selepas seminggu bersalin, berjumpalah doktor segera.

    Baca juga:

    6. Keputihan warna hitam tanda keguguran

    Lendir hitam boleh menjadi tanda keguguran yang tertinggal – ketika embrio berhenti berkembang tetapi tidak disingkirkan oleh tubuh selama 4 minggu atau lebih.

    Kebanyakan wanita hanya menyedari keguguran terjadi apabila melakukan pemeriksaan ultrabunyi.

    7. Darah tertinggal 

    Retained menses (hematocolpos) berlaku apabila darah haid disekat daripada meninggalkan rahim, serviks atau faraj menyebabkan terjadinya lendir hitam.

    Keadaan ini boleh terjadi disebabkan masalah kongenital dengan selaput dara, septum faraj atau dalam kes jarang berlaku, ketiadaan serviks – agenesis serviks.

    Jika sekatan atau penyumbatan teruk, anda mungkin mengalami amenorea atau kekurangan darah haid. Komplikasi lain adalah rasa sakit, lekatan (adhesions) dan endometriosis.

    8. Tanda barah serviks?

    keputihan warna hitam

    Dalam kes jarang berlaku, cecair faraj hitam ini boleh menjadi tanda kanser serviks

    Lendir yang keluar pada peringkat awal barah mungkin berwarna jernih, berair atau berbau. Ia juga boleh mengandungi darah yang lama-kelamaan akan bertukar warna coklat gelap atau hitam apabila disingkirkan tubuh.

    Barah pada peringkat lebih tinggi, mungkin disertai dengan simptom seperti:

    • Kehilangan berat
    • Keletihan
    • Sakit pelvis
    • Kaki bengkak
    • Kesukaran untuk kencing atau berak

    Cara rawatan untuk masalah cecair faraj hitam

    Masalah keputihan warna hitam boleh menjadi sebahagian kitaran haid dan tidak memerlukan rawatan. Namun jika disertai gejala seperti demam, sakit atau berbau, berjumpalah dengan doktor.

    Untuk merawat lendir hitam ini bergantung kepada puncanya, seperti:

    • Objek tersekat – perlu dikeluarkan doktor khususnya jika anda mengalami gejala cecair hitam, sakit atau demam
    • Jangkitan – seperti PID dirawat dengan antibiotik
    • Keguguran – selalunya akan pulih sendiri. Jika tidak, anda mungkin perlu menjalani prosedur cuci rahim (D&C)
    • Darah tertinggal – mungkin memerlukan pembedahan untuk merawat punca yang menyebabkannya
    • Kanser serviks – rawatan mungkin melibatkan pembedahan, radiasi, kemoterapi atau kombinasi rawatan

    Jika terdapat sebarang keraguan mengenai lendir faraj yang dialami, berjumpalah dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan