Terdapat banyak masalah wanita yang unik sama ada berkaitan kitaran haid, kehamilan, kontraseptif, menopaus dan itu hanyalah permulaan tau!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Terdapat banyak masalah wanita yang unik sama ada berkaitan kitaran haid, kehamilan, kontraseptif, menopaus dan itu hanyalah permulaan tau!
Maka, mempunyai akses kepada pengetahuan dan kesedaran berkaitan spektrum masalah kesihatan wanita, lebih-lebih lagi berkaitan sistem pembiakan, adalah cukup penting.
Ikuti kupasan ini untuk mengetahui antara masalah kelamin wanita yang kerap berlaku!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Masalah wanita pertama yang sering berkaitan dengan faraj ialah berkenaan bau faraj. Tahukah anda, faraj sememangnya mempunyai baunya tersendiri yang unik?
Sebilangan wanita mungkin berasa malu dengan aroma yang dikeluarkan oleh faraj mereka, tetapi normal bagi faraj yang sihat untuk mempunyai sedikit bau.
Walau bagaimanapun, bau ini boleh berubah apabila berlakunya jangkitan atau masalah kesihatan yang lain.
Pemakanan, status kesihatan dan faktor lain boleh mempengaruhi aroma semula jadi faraj.
Pembengkakan faraj mungkin berlaku dari semasa ke semasa dan ia tidak selalu memerlukan perhatian.
Faktor haid, kehamilan dan persetubuhan boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan faraj, termasuk bibir kemaluan (labia).
Kadangkala, pembengkakan mungkin disebabkan oleh keadaan, penyakit atau gangguan yang lain.
Dalam kes ini, penting untuk memahami punca pembengkakan dan apa yang boleh dilakukan bagi mengatasinya.
Vaginitis adalah keradangan pada faraj yang boleh mengakibatkan keputihan, kegatalan dan rasa sakit.
Penyebab biasanya adalah perubahan pada keseimbangan normal bakteria faraj atau faktor jangkitan.
Pengurangan tahap estrogen selepas menopaus dan beberapa masalah kulit juga boleh menyebabkan vaginitis.
Antara jenis vaginitis yang paling biasa terjadi, adalah:
Masalah kelamin wanita turut melibatkan beberapa keadaan rasa sakit. Kesakitan atau ketidakselesaan pada faraj sering kali disebabkan oleh masalah perubatan atau psikologi.
Rasa sakit mungkin disebabkan oleh faraj (organ dalaman) atau dari labia dan kulit yang membentuk vulva (alat kelamin luar).
Bergantung pada keadaan tertentu, anda mungkin mengalami satu atau lebih daripada gejala berikut yang berkaitan dengan rasa sakit pada faraj:
Sekiranya kesakitan faraj disebabkan oleh jangkitan, anda mungkin mengalami keputihan yang tidak normal.
Biasanya, dinding faraj dilincirkan dengan lapisan cecair jernih yang nipis. Hormon estrogen membantu mengekalkan cairan itu di samping menjaga lapisan faraj untuk kekal sihat, tebal dan anjal.
Penurunan tahap estrogen berupaya mengurangkan jumlah kelembapan dan ia boleh berlaku pada semua lingkungan usia atas pelbagai sebab.
Ia mungkin tidak kelihatan seperti masalah yang serius bukan? Namun, masalah kekeringan faraj boleh memberi impak yang besar terhadap kehidupan seks anda.
Tahap estrogen juga boleh menurun kerana:
Senaman Kegel, turut dikenali sebagai senaman kemut, dilakukan untuk menguatkan otot dasar pelvis.
Dengan memastikan otot-otot ini kekal kuat, secara tidak langsung kalian turut berupaya menjaga rahim, pundi kencing dan usus daripada ‘jatuh’ ke dalam faraj.
Ini langkah-langkah senaman Kegel, cukup mudah dilakukan!
Sekiranya anda mengalami salah satu daripada komplikasi di atas, segera rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan bersesuaian.
Kini anda telah tahu beberapa punca yang menyebabkan masalah kelamin wanita!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen