backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada seminggu lalu

Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!

Mahu atau tidak, perkara bau miss v yang normal perlu juga dibincangkan untuk mengelakkan sebarang masalah wanita yang lebih serius berlaku pada masa hadapan. Jadi, jom baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah antara bau miss V yang normal?

#1. Bau seperti sesuatu yang masam atau ditapai

Pada kebiasaannya, bau miss v yang normal adalah sedikit masam atau agak tajam. Ada yang mengatakan miss v bau tapai adalah perkara biasa.

Mengapa sedemikian? Ini kerana bakteria yang sama yang berada dalam yogurt iaitu Lactobacilli turut berada di dalam faraj wanita. 

Sebabnya ialah faktor keasidan. Nilai pH bagi faraj yang normal semestinya sedikit berasid iaitu antara 3.8 hingga 4.5.

Bakteria Lactobacilli yang menyebabkan faraj menjadi sedikit berasid. 

bau miss v yang normal
Miss V berbau seperti dadih masam.

#2. Bau miss v yang normal seperti duit syiling atau tembaga

Ada juga wanita yang mempunyai bau faraj yang normal seperti duit syiling. Ia mempunyai bau seperti besi atau tembaga.

Jangan risau kerana ia juga adalah jenis bau vagina normal.

Namun, adakalanya ia menandakan satu masalah yang serius tetapi amat jarang sekali berlaku.

Sebab bau kemaluan seperti ini ialah kerana:

Darah mempunyai kandungan besi yang menyebabkannya berbau seperti ini.

Apabila seseorang wanita datang haid, maka faraj mereka akan mempunyai bau seperti tembaga. 

Selain itu, ia juga mungkin berpunca daripada sedikit pendarahan yang berlaku selepas melakukan hubungan seks.

Ini biasanya disebabkan oleh keadaan faraj yang kering atau seks secara kasar yang menyebabkan calar atau luka kecil. 

#3. Bau seperti sesuatu yang manis atau gula molase

bau faraj
Punca bau alat kelamin wanita yang berbeza.

Bau manis ini adalah seperti bau gula molase namun ia juga bukanlah satu perkara yang perlu diresahkan. Ia adalah bau miss V yang normal. 

Sebab bau kemaluan wanita seperti ini ialah faktor bakteria.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, bakteria yang berada pada faraj wanita boleh bertukar ganti lalu menyebabkan bau yang berbeza-beza.

Disebabkan oleh perubahan ekosistem bakteria ini, ada kalanya faraj wanita akan berbau agak masam dan adakalanya berbau manis.

#4. Berbau bahan kimia atau bahan peluntur juga bau miss v yang normal?

Bau kemaluan seperti ini agak sama dengan bau bahan peluntur atau ammonia.

Ia juga adalah bau faraj yang normal, namun dalam beberapa keadaan, ia juga mungkin menunjukkan satu keadaan yang tidak normal pada faraj anda. 

Sebab bau vagina seperti ini ialah faktor air kencing dan juga vaginosis bakteria. Air kencing mempunyai sisa ammonia yang disebut urea.

Apabila terdapat rembesan air kencing pada seluar dalam atau di sekitar bahagian luar faraj, ia boleh menyebabkan bau seperti ini.

Ia juga mungkin petanda berlakunya vaginosis bakteria. Ia adalah satu keadaan penyakit pada faraj di mana bakteria membiak dengan banyak tanpa kawalan.

Antara simptomnya ialah keluarnya cairan yang berbau hanyir seperti ikan.

#5. Miss v bau hanyir seperti ikan

bau miss v yang normal
Miss V berbau seperti ikan busuk.

Mungkin anda pernah mendengar berkenaan bau kemaluan seperti bau hanyir ikan masin. Ia bukanlah berbau seperti ikan segar, tetapi lebih kepada ikan yang sudah busuk.

Puncanya adalah disebabkan oleh trimethylamine, iaitu sejenis sebatian kimia yang menyebabkan bau ikan busuk berlaku pada faraj wanita. 

Sebab bau faraj seperti ini adalah disebabkan oleh vaginosis bakteria dan juga trichomoniasis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bau seperti ikan busuk ini berpunca daripada berlakunya vaginosis bakteria.

Ia disebabkan oleh pembiakan bakteria anaerobik tanpa kawalan pada faraj wanita.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh trichomoniasis. Ia adalah sejenis jangkitan kelamin yang boleh dirawat melalui ubat antibiotik.

Trichomoniasis juga boleh menyebabkan faraj wanita berbau seperti ikan busuk. 

#6. Berbau busuk seperti bau bangkai yang mereput

Ia mungkin kedengaran agak melampau namun itulah gambaran yang boleh diberikan bagi bau seperti ini.

Ada juga yang berbau seperti bangkai?

Jika faraj anda mempunyai bau seperti ini, ia sebenarnya bukanlah bau sebenar faraj anda, tetapi bau daripada sesuatu yang ada di dalam faraj anda.

Sebab jenis bau miss v seperti ini ialah tampon yang lupa untuk dikeluarkan. Adakalanya, wanita yang menggunakan tampon lupa untuk mengeluarkannya semula daripada faraj.

Apabila tampon ini lupa untuk dikeluarkan, tidak hairanlah jika faraj anda akan berbau busuk seperti bangkai. Ini disebabkan oleh darah haid yang terkumpul pada tampon tersebut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan