backup og meta

Rawatan PCOS Bukan Cuma Pada Ubatan, Makanan Dan Gaya Hidup Pun Penting!

Rawatan PCOS Bukan Cuma Pada Ubatan, Makanan Dan Gaya Hidup Pun Penting!

Dengan menguruskan dan menjalani rawatan PCOS yang baik, ia berupaya mengurangkan simptom serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan pesakit.

Sindrom ovari polisistik (PCOS) memerlukan pengenalpastian, pengurusan gejala, perhatian terhadap kesuburan dan masalah emosi, serta aktiviti pencegahan untuk meminimumkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan pada masa hadapan.

Maka, apakah keadah pengurusan dan cara mengatasi PCOS terbaik? Dalam artikel ini, pengurusan PCOS dapat dipecahkan kepada beberapa aspek.

Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti kupasan ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, sila klik di sini.

Matlamat utama tentang pengurusan PCOS

Matlamat utama PCOS itu harus diuruskan adalah kerana ia:

  • Memberikan penjagaan yang sesuai dengan keperluan pesakit
  • Mengurangkan simptom (hirutisme, jerawat, haid tidak teratur dan sebagainya)
  • Membaik pulih kesihatan psikologi dan emosi
  • Mencegah masalah kesihatan jangka panjang
  • Membantu dengan isu kesuburan dan meningkatkan peluang kehamilan

rawatan pcos

Justeru, kunci untuk mencapai pengurusan PCOS yang baik pula merangkumi:

Kaedah rawatan PCOS, gaya hidup

Salah satu cara mengatasi PCOS daripada bertambah parah ialah menjaga pola pemakanan dan aktiviti harian pesakit harus diubah!

Mengamalkan diet sihat penuh nutrisi, berserta gaya hidup aktif seperti bersenam dan berpeluh akan bantu mengurangkan simptom PCOS.

Kebanyakan pesakit PCOS cenderung mempunyai berat badan berlebihan atau masalah kegemukan.

Dengan menurunkan hanya 5% hingga 10% daripada jumlah berat badan anda, ia sudah dapat mengurangkan beberapa gejala dan bantu menjadikan haid lebih teratur.

Bukan itu sahaja, ia turut dapat mengatasi masalah berkaitan kadar gula dalam darah dan ovulasi.

Oleh kerana PCOS boleh menyebabkan gula darah menjadi tinggi (akibat rintangan insulin), doktor mungkin meminta anda untuk mengehadkan makanan berkanji atau bergula.

Sebagai gantinya, ambil makanan yang mengandungi kandungan serat, yang hanya meningkatkan kadar gula darah secara perlahan.

rawatan pcos

Berat badan

Bagi pesakit PCOS dengan obesiti, gejala dan risiko terhadap masalah kesihatan dapat dicegah dengan menurunkan berat badan berlebihan.

Kehilangan berat badan berlebihan juga telah terbukti:

Diet pesakit PCOS harus mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, sekurang-kurangnya 5 porsi sehari, dan makanan mengenyangkan (roti gandum penuh, bijirin gandum dan beras perang, daging tanpa lemak, ikan serta ayam).

Di samping itu, mengekalkan berat badan pada tahap normal juga dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular!

Untuk makluman, BMI normal bermula antara 18.5 hingga 24.9.

Gunakan kalkulator berat badan BMI untuk mengetahui sama ada BMI anda berada dalam julat sihat atau sebaliknya.

Aktiviti fizikal

Menjadi aktif secara fizikal adalah sangat penting dalam menguruskan simptom PCOS.

Ini kerana, ia telah terbukti dapat memperbaiki gejala dan mengurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa panjang.

Bagi pesakit PCOS, terdapat begitu banyak faedah dalam menjalani kehidupan aktif, termasuk:

  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan
  • Peningkatan keyakinan diri dan motivasi
  • Mengurangkan rasa kegelisahan dan kemurungan
  • Mengurangkan daya rintangan insulin
  • Membaik pulih kitaran haid dan kesuburan
  • Bantu mengawal berat atau menurunkan berat badan

Penyelidikan juga telah menunjukkan, sebarang jenis senaman biasa sudah amat berkesan untuk membaik pulih gejala PCOS.

Tidak kira senaman aerobik, berjogging, zumba dan sebagainya, semua ini mungkin masih mampu mengurangkan gejala PCOS.

rawatan pcos

Pengurusan & rawatan PCOS dengan terapi perubatan

Selain melakukan perubahan dengan pola pemakanan dan gaya hidup, sebilangan besar rawatan perubatan juga dapat bantu menguruskan gejala PCOS.

Rawatan yang digunakan sering kali bertujuan untuk menguruskan simptom PCOS seperti:

  1. Kitaran haid tidak teratur.
  2. Pertumbuhan bulu pada kawasan tidak diingini (hirutisme).
  3. Masalah jerawat dan kulit berminyak
  4. Berat badan berlebihan.
  5. Masalah kesuburan.
  6. Sentiasa rasa lesu dan kepenatan.
  7. Kulit menggelap terutama bahagian lipatan badan.
  8. Sakit kepala.
  9. Pendarahan haid yang banyak.
  10. Masalah tidur

Preskripsi ubat-ubatan berikut mampu membantu melegakan gejala di atas, iaitu:

  • Pil kontraseptif oral
  • Ubat pemekaan insulin, seperti metformin
  • Hormon yang dipanggil gonadotrophins
  • Ubat penurun testosteron
  • Ubat untuk menurunkan berat badan
  • Anti depresi
  • Ubat anti kegelisahan

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Polycystic ovary syndrome, https://www.nhs.uk/conditions/polycystic-ovary-syndrome-pcos/, Accessed Sep 23 2021.
  2. Polycystic ovary syndrome, https://www.racgp.org.au/afp/2012/october/polycystic-ovary-syndrome/, Accessed Sep 23 2021.
  3. Management of PCOS, https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/pcos/management-treatment, Accessed Sep 23 2021.
  4. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/polycystic-ovary-syndrome-pcos, Accessed Sep 23 2021.
  5. 5 Myths About Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/fertility-blog/2020/march/five-myths-about-pcos, Accessed Sep 23 2021.

Versi Terbaru

29/05/2024

Ditulis oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Apa Itu Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)? Ini Info Lengkap Yang Anda Perlu Tahu!

Kenali 4 Masalah Kesihatan Wanita Yang Selalu Terjadi, Orang Perempuan WAJIB Tahu Ini


Ditulis oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Disemak pada 29/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan