Cubaan untuk mendapatkan zuriat boleh menjadi pengalaman yang menekankan, bagi sesetengah orang. Proses ini mungkin lebih mendebarkan apabila anda memiliki masalah gangguan hormon pada wanita, seperti sindrom polisistik ovari (PCOS).
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Cubaan untuk mendapatkan zuriat boleh menjadi pengalaman yang menekankan, bagi sesetengah orang. Proses ini mungkin lebih mendebarkan apabila anda memiliki masalah gangguan hormon pada wanita, seperti sindrom polisistik ovari (PCOS).
Sekiranya anda mempunyai kondisi yang boleh menjejaskan kitaran haid seperti PCOS, peluang untuk menimang cahaya mata masih ada, tetapi mungkin lebih sukar.
Kira-kira 1 daripada 10 wanita dalam usia reproduktif mempunyai kondisi ini. Walaupun perjalanannya mungkin lebih sukar, namun masih ramai pesakit PCOS yang berjaya mengandung!
Oleh itu, jika anda telah didiagnosis dengan masalah ini, ketahuilah bahawa kalian tidak bersendirian…
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Jadi, mengapa PCOS menjadi 1 isu apabila cuba untuk hamil? Secara umumnya, sindrom polisistik ovari adalah masalah gangguan hormon pada wanita yang boleh menjejaskan kesuburan.
Antara simptom yang biasa berkaitan dengan kondisi ini termasuklah:
Apabila memiliki gangguan hormon, hormon penting yang diperlukan untuk kitaran haid; estrogen, progesteron, hormon luteinizing (LH), dan hormon perangsang folikel (FSH) tidak tersedia dalam tahap yang diperlukan.
Apabila ovulasi tidak berlaku, maka telur (ovum) tidak disenyawakan, hasilnya tiada kehamilan.
Secara lumrahnya, beberapa hari sebelum ovulasi hingga sehari selepasnya adalah waktu wanita paling subur.
Tapi pada pesakit PCOS, yang mungkin tidak berovulasi sekerap wanita lain, akan perlu meneka tempoh masa mereka mengalami ovulasi.
Ini kerana, mereka mungkin tidak akan dapat melihat tanda-tanda sama seperti yang dirujuk oleh wanita lain.
Perkara ini mungkin agak membingungkan kerana kebanyakan simptom awal kehamilan serupa dengan gejala sindrom prahaid.
Ini termasuklah simptom-simptom seperti:
Macam selalu dengar, bukan?
Tetapi, jika anda secara rutin mengalami kitaran haid yang tidak teratur dek kerana gangguan hormon pada wanita seperti PCOS, kalian mungkin tidak mengalami gejala-gejala seperti di atas.
Atau, anda mungkin hanya menganggapnya sebagai simptom haid atau sebahagian daripada gejala gangguan hormon pada wanita, PCOS.
Namun, apa yang perlu pesakit PCOS ketahui:
Walaupun keputusan ini tidak sekerap ‘negatif palsu’, adalah tidak mustahil untuk anda memperoleh hasil yang berstatus ‘positif palsu’ pada ujian kehamilan.
Walau bagaimanapun, gangguan hormon pada wanita ini bukan pelakunya dan tidak harus dipersalahkan jika anda memperoleh keputusan tersebut.
Hakikatnya, ujian kehamilan akan bergantung pada kehadiran human chorionic gonadotropin (hCG), atau turut dikenali sebagai hormon kehamilan.
Hormon inilah yang akan menentukan keputusan ujian sama ada anda hamil atau sebaliknya.
Ia juga tidak tergolong dalam kalangan hormon yang terjejas secara langsung dengan penyakit PCOS.
Namun, jika anda menjalani rawatan kesuburan yang memerlukan pengambilan ubat tertentu, anda mungkin mempunyai hCG yang dapat dikesan, daripada ubat tersebut.
Hal ini boleh menyumbang kepada hasil ujian kehamilan ‘positif palsu’. Antara penyebab umum ‘positif palsu’ yang lain, merangkumi:
Baca juga:
Bagi penderita gangguan hormon pada wanita seperti PCOS, paras hormon di dalam badan akan menjadi tidak teratur.
Justeru, keputusan ujian kehamilan berstatus ‘negatif palsu’ boleh terjadi!
Anda mungkin akan memperoleh keputusan ini walaupun mengambil ujian kehamilan apabila tidak datang haid, sedangkan hakikatnya, anda sudah pun hamil.
Malah, sesetengah pesakit PCOS mungkin tidak sedar bahawa mereka telah hamil sehinggalah beberapa minggu pasca konsepsi. Oleh itu, elak lakukan ujian kehamilan awal ya!
Sekiranya anda berniat untuk menimang cahaya mata, berbincanglah dengan doktor anda atau pakar sakit puan mengenai cara yang dapat bantu meningkatkan peluang kehamilan.
Ia mungkin turut merangkumi:
Jadi, wanita PCOS yang berhasrat untuk hamil boleh cuba langkah yang kami cadangkan di atas. Selamat mencuba!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen