What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Cegah PCOS Bukan Dari Jaga Makan Sahaja, Perkara Berikut Juga Perlu Dibuat!

Cegah PCOS Bukan Dari Jaga Makan Sahaja, Perkara Berikut Juga Perlu Dibuat!

Sindrom ovari polikistik adalah sejenis kondisi yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan masalah berkaitan metabolisme. Maka, apakah cara mencegah PCOS?

Untuk makluman, PCOS juga sering kali dialami oleh 1 daripada 10 wanita dalam lingkungan ‘usia pembiakan‘ (mampu mengandung).

Tambah lagi, ia turut berupaya menyebabkan masalah kesihatan serius, seperti diabetes, masalah kardiovaskular, kemurungan, bahkan risiko kanser endometrium!

Ternyata kondisi ini tidak harus dipandang enteng sama sekali! Justeru, apa langkah pencegahan yang boleh kalian lakukan?

Jom terus baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu apa cara mencegah PCOS yang berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Cara mencegah PCOS: kawal berat badan

Walaupun kebanyakan kes PCOS tidak dapat dicegah, namun mengamalkan gaya hidup sihat dapat bantu mencegah komplikasi yang serius.

Ini merangkumi pengambilan makanan sihat dan bersenam secara berkala untuk mengekalkan berat badan ideal.

Kenaikan berat badan berisiko meningkatkan kadar hormon insulin, yang akan menyumbang kepada berat dan pengeluaran androgen berlebihan.

cara mencegah PCOS

Makanan yang sangat digalakkan

Penyelidikan mendapati, makanan mampu menjadi antara cara mencegah PCOS.

3 jenis diet untuk PCOS merangkumi:

  • Diet indeks glisemik rendah (GI): Tubuh kita mencerna makanan GI rendah dengan lebih perlahan, yang bermaksud ia tidak menyebabkan kadar insulin meningkat sebanyak atau secepat makanan lain. Makanan diet rendah GI termasuk biji-bijian, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran berkanji dan makanan rendah karbohidrat yang belum diproses
  • Diet anti-radang: Makanan anti-radang juga dikatakan menjadi diet untuk PCOS yang berkesan, pengambilan buah beri, ikan berlemak, sayur-sayuran berdaun, dan minyak zaitun, dapat mengurangkan gejala yang berkaitan dengan keradangan, seperti rasa keletihan
  • Diet DASH: Doktor juga sering mencadangkan diet Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) untuk mengurangkan risiko atau kesan penyakit jantung. Ia juga dapat menguruskan gejala PCOS. Diet DASH kaya dengan ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan produk tenusu rendah lemak. Diet ini juga tidak menggalakkan makanan tinggi lemak tepu dan gula

Makanan yang harus dielakkan

  • Karbohidrat ringkas/mudah
  • Makanan bergoreng
  • Minuman atau makanan bergula
  • Daging yang diproses
  • Makanan tinggi kandungan lemak
  • Pengambilan daging merah yang berlebihan

cara mencegah PCOS

Diabetes & pengambilan hormon insulin

Penghidap PCOS sering mempunyai isu rintangan insulin; badan masih menghasilkan insulin tetapi tidak dapat menggunakannya dengan berkesan, lantas meningkatkan risiko terhadap diabetes jenis 2.

Bukan itu sahaja, masalah ini turut meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular!

Sebenarnya, lebih daripada 50% penghidap PCOS menghidap diabetes atau pra-diabetes sebelum mencecah usia 40 tahun.

Ini kerana diabetes berkaitan secara langsung dengan cara tubuh memproses insulin.

Ubat metformin dapat mengatur jumlah glukosa (gula) dalam darah. Ini menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap insulin, dan mengurangkan jumlah glukosa yang dikeluarkan oleh hati.

Wanita muda dengan insulin tinggi yang mengambil metformin dikatakan mempunyai kecenderungan yang lebih rendah untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak mengambil ubat ini.

Mengambil pil pencegah kehamilan

Bagi mereka yang tidak mahu hamil pula, mengubati PCOS sering melibatkan pengambilan hormon pencegah kehamilan untuk menguruskan gejala PCOS.

Pil, tampalan, atau cincin kontrasepi berfungsi dengan mencegah ovulasi lantas mengurangkan jumlah sista pada ovari.

Selain haid yang lebih ringan atau sedikit, hormon di dalam pil juga dapat mengurangkan pertumbuhan bulu berlebihan dan jerawat.

Memilih pil gabungan yang mengandungi estrogen dan progestin, adalah pilihan terbaik.

Hormon di dalam pil jenis ini berfungsi untuk mencegah ovulasi, mengurangkan sista ovari, malah kesan sampingan hormon akibat PCOS.

Cara mencegah PCOS: jumpa pakar kesuburan

cara mencegah PCOS

Sekiranya isu kesuburan secara khususnya menjadi perhatian pesakit, oleh itu menemui pakar kesuburan (dipanggil pakar endokrin) adalah disarankan.

Ini kerana gangguan hormon mempengaruhi itu seluruh tubuh badan, dan gejalanya berpotensi mempengaruhi aspek kesihatan wanita yang berbeza-beza.

Selain itu, jika anda tidak mengalami ovulasi secara berkala setiap bulan, sebaiknya segera dapatkan bantuan pakar.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7


Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8316-polycystic-ovary-syndrome-pcos, Accessed Sep 1 2022.
  2. Treating PCOS With Hormonal Birth Control, https://powertodecide.org/news/treating-pcos-hormonal-birth-control, Accessed Sep 1 2022.
  3. Prevention and management of PCOS, https://www.longdom.org/proceedings/prevention-and-management-of-pcos-16980.html, Accessed Sep 1 2022.
  4. PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) and Diabetes, https://www.cdc.gov/diabetes/basics/pcos.html, Accessed Sep 1 2022.
  5. When Should I See a Fertility Specialist?, https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/when-should-i-see-a-fertility-specialist, Accessed Sep 1 2022.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 3 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman