Sindrom PCOS adalah keadaan yang mempengaruhi tahap hormon wanita apabila pesakit menghasilkan hormon lelaki (androgen) secara berlebihan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Sindrom PCOS adalah keadaan yang mempengaruhi tahap hormon wanita apabila pesakit menghasilkan hormon lelaki (androgen) secara berlebihan.
Ketidakseimbangan hormon ini jugalah yang menjadi pemicu kepada haid yang tidak teratur, dan termasuklah kesukaran untuk mendapatkan zuriat.
Bukan itu sahaja, dalam jangka masa panjang, kondisi ini berupaya menyebabkan masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung!
Mari kenali sindrom PCOS dengan lebih mendalam, teruskan pembacaan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang PCOS sila dapatkannya
target=”_blank”
data-event-category=”Internal Link Click on Article” data-event-action=”click” data-event-label=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/pcos/” href=”https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/pcos/”>di sini.
Sindrom ovari polisistik atau PCOS, adalah kondisi hormon yang boleh menimpa para wanita semasa dalam fasa usia pembiakan.
Seperti yang telah disebutkan, ia berpotensi mempengaruhi kemampuan anda untuk mempunyai anak. Ia juga boleh:
Pun begitu, simptom PCOS masih boleh dirawat dan pesakit juga masih mampu hamil, walaupun mereka mungkin bakal memerlukan bantuan ubat-ubatan untuk meningkatkan kesuburan.
Sebilangan wanita dengan PCOS juga mempunyai sista pada ovari, yang disebut sebagai ‘polikistik.’
PCOS adalah sejenis sindrom, atau sekumpulan gejala yang mempengaruhi ovari dan ovulasi. 3 ciri utamanya adalah:
Untuk makluman, PCOS mempengaruhi ovari wanita, organ pembiakan yang menghasilkan estrogen dan progesteron (hormon yang mengatur kitaran haid).
Ovari turut menghasilkan sejumlah kecil hormon lelaki yang dikenali sebagai androgen.
Fungsi ovari adalah melepaskan telur (ovum) agar dapat disenyawakan oleh sperma lelaki dan pembebasan telur pada setiap bulan dikenali sebagai proses ovulasi.
Hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon luteinizing (LH) bertindak mengawal ovulasi.
FSH merangsang ovari untuk menghasilkan folikel, kantung yang berisi telur dan kemudian, LH bakal memicu ovari untuk melepaskan telur yang sudah matang.
Apabila anda mempunyai PCOS, maka hormon pembiakan kalian juga akan menjadi tidak seimbang.
Hal ini boleh menyebabkan masalah pada ovari, seperti tidak didatangi kitaran haid yang teratur.
Hormon yang berperanan dalam sindrom PCOS termasuk:
Ovari polisistik mengandungi sejumlah besar folikel yang tidak berbahaya berukuran hingga 8mm.
Sukar untuk mengetahui dengan tepat seberapa banyak wanita yang mempunyai PCOS, tetapi ia sangat kerap berlaku dan mempengaruhi kira-kira 1 daripada setiap 10 wanita di UK.
Hingga kini, para doktor masih belum dapat merungkai punca utama yang menyebabkan sindrom ovari polisistik.
Mereka percaya, tahap hormon lelaki yang tinggi bertanggungjawab menghalang ovari daripada menghasilkan hormon dan telur secara normal.
Gen, ketahanan insulin dan keradangan semuanya dikaitkan dengan pengeluaran androgen yang berlebihan.
Kajian menunjukkan, PCOS mungkin boleh diwarisi dalam keluarga.
Disebabkan gejala PCOS cenderung untuk berlaku di dalam keluarga, sindrom ini mungkin disebabkan, sekurang-kurangnya, oleh perubahan atau mutasi, pada 1 atau lebih gen.
Penyelidikan terkini yang dilakukan pada haiwan menunjukkan, dalam beberapa kes PCOS, ia mungkin disebabkan oleh perubahan genetik atau kimia yang berlaku di dalam rahim.
Hingga 70% wanita dengan PCOS mempunyai rintangan terhadap insulin, yang bermaksud sel mereka tidak dapat memanfaatkan insulin dengan betul.
Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membantu tubuh menggunakan gula daripada makanan ditukarkan sebagai tenaga.
Apabila sel-sel tidak dapat menggunakan insulin dengan betul, keperluan insulin dalam tubuh akan meningkat.
Hal ini menyebabkan pankreas menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbangi.
Insulin tambahan pula bakal memicu ovari untuk menghasilkan lebih banyak hormon lelaki.
Kegemukan dan rintangan insulin turut meningkatkan risiko anda untuk menghidap diabetes jenis 2.
Penghidap PCOS juga sering mengalami pertambahan tahap keradangan di dalam badan mereka.
Selain itu, berat badan berlebihan juga boleh menyumbang terhadap masalah keradangan.
Kajian juga telah menghubungkan isu keradangan berlebihan dengan tahap androgen yang tinggi.
Ada sesetengah wanita akan mula melihat kewujudan simptom PCOS pada peringkat awal.
Namun, ada juga yang hanya mengetahuinya apabila berlaku kenaikan berat badan atau saat alami kesulitan untuk mengandung.
Antara simptom sindrom PCOS yang kerap terjadi adalah:
Pastikan untuk menemui doktor anda sekiranya:
Jika didapati positif sindrom PCOS, rancang janji temu berkala dengan doktor anda.
Anda bakal memerlukan ujian berkala untuk memeriksa diabetes, tekanan darah tinggi, dan kemungkinan komplikasi lain.
Akhir kata, adalah benar bahawa PCOS boleh mengganggu kitaran haid wanita dan menjadikan pesakit sukar hamil, namun usah terlalu khuatir kerana terdapat rawatan yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.
Bagi isu bulu berlebihan pula, ada kaedah yang boleh pesakit lakukan bagi mengawal pertumbuhan bulu tersebut.
Antara perubahan pertama yang sering para doktor sarankan kepada pesakit PCOS adalah mengamalkan gaya hidup sihat.
Kekal aktif dan mengikuti pola pemakanan yang sihat membantu dalam menurunkan berat badan, lantas meningkatkan peluang kehamilan.
Sekiranya cara itu masih tidak berkesan juga, ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor boleh membantu.
Kebiasaannya, pil pencegah kehamilan dan metformin dapat memulihkan kitaran haid menjadi lebih normal dan melegakan gejala PCOS.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen