3. Vitamin E, vitamin untuk faraj kering
Anda mempunyai masalah faraj kering ketika menopause? Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dapat memastikan vagina kekal lembap dan mengurangkan kekeringan.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan ke atas 52 wanita, pengambilan vitamin E selama 12 minggu dapat mengurangkan simptom vaginal atrophy, sejenis kondisi yang berlaku disebabkan kekeringan pada dinding faraj.
Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong penggunaan vitamin untuk wanita menopause bagi mengurangkan masalah faraj kering.
Makanan yang kaya dengan vitamin E: Minyak kanola, minyak zaitun, majerin, kacang almond dan kacang tanah.
Vitamin untuk wanita menopause 4: Vitamin B6 dan B12

Vitamin B6 sangat penting untuk metabolisme dan sistem imun badan. Manakala, vitamin B12 pula sangat baik untuk pembentukan sel darah merah, meningkatkan tenaga, melindungi jantung dan otak serta menyokong sistem pencernaan yang baik.
Kedua-dua vitamin ini dapat mengurangkan depresi yang berlaku disebabkan menopaus. Selain itu, ia juga dapat membantu wanita yang mempunyai masalah sukar tidur malam.
Makanan yang kaya dengan vitamin B6 dan B12: Ikan salmon, kacang kuda, ayam, tofu, kentang, pisang, avokado, daging, susu rendah lemak, keju dan telur.
Vitamin untuk wanita menopause 5: Vitamin C
Siapa yang tidak tahu akan kebaikan vitamin C, vitamin yang sangat penting untuk sistem imun badan?
Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja kebaikan vitamin C, ia juga sangat bermanfaat untuk wanita menopaus!
Vitamin C dapat memastikan tulang kekal sihat dan membantu penyerapan zat besi dalam badan. Ia juga merupakan sejenis antioksidan yang dapat melindungi anda daripada masalah penuaan dan juga penyakit.
Makanan yang kaya dengan vitamin C: Buah kiwi, strawberi, tomato, brokoli, betik, oren, limau dan sebagainya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen