backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

5 Tanda Wanita Akan Mengalami Menopaus! Gejala No. 4 Paling Ramai Tak Suka

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 06/02/2024

    5 Tanda Wanita Akan Mengalami Menopaus! Gejala No. 4 Paling Ramai Tak Suka

    Ah, menopaus… Tidak ada titik permulaan atau akhir yang jelas, badan mulai berubah, senang melenting, kulit menipis antara tanda monopos yang umum.

    Mari ikuti kupasan artikel ini untuk ketahui tanda menopause yang lain, jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

    Apakah gejala & tanda monopos pada wanita

    Untuk makluman pembaca, menopaus bukanlah penyakit sebaliknya satu petanda di mana wanita tidak lagi subur ekoran pusingan haid yang terhenti setidak-tidaknya dalam tempoh 12 bulan secara berterusan.

    Menopaus, atau lebih dikenali sebagai putus haid yang dialami kaum Hawa adalah berbeza-beza bagi setiap individu.

    Secara lazimnya, umur menopause wanita adalah sekitar 50 tahun dan ke atas.

    Namun, tidak mustahil juga untuk ia bermula seawal usia 45 tahun, bergantung juga kepada kondisi kesihatan tubuh badan wanita.

    Sebelum kaum Hawa memasuki fasa menopaus, mereka akan mengalami satu fasa yang dinamakan sebagai pramenopaus.

    Pramenopaus atau perimenopause adalah 1 fasa transisi yang dialami wanita sebelum mencapai usia menopaus dan kebiasaannya terjadi kepada wanita berumur sekitar 30 ke 40 tahun ke atas.

    tanda monopos
    5 tanda pra menopause.

    Tanda monopos ini boleh berlangsung selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada individu itu sendiri.

    Berikut adalah perubahan paling biasa yang mungkin anda alami pada pertengahan usia.

    Sebilangannya mungkin menjadi sebahagian daripada tanda monopos pada wanita atau penuaan yang tidak berkaitan langsung dengan putus haid.

    Kenali tanda monopos pada wanita:

    Ciri-ciri haid menjelang menopause #1. Kitaran menstrual tidak teratur

    Kitaran haid yang tidak teratur mungkin antara simptom paling jelas yang menimpa wanita.

    Ini kerana, haid anda yang menghampiri usia menopaus tidak lagi berlaku seperti biasa.

    Haid mungkin berlangsung lebih pendek atau lebih lama. Darah haid kalian juga mungkin akan berkurangan berbanding kebiasaan.

    Hal ini adalah cukup normal untuk berlaku, namun temui doktor anda sekiranya:

    • Kitaran haid berlaku dalam tempoh yang terlalu hampir
    • Mengalami pendarahan berat
    • Mengalami spotting
    • Haid berlangsung lebih dari seminggu
    • Haid kembali selepas terhenti selama setahun atau lebih

    #2. Emosi tidak stabil, salah satu ciri-ciri haid menjelang menopause

    Ya, emosi seorang wanita memang mudah berubah-ubah. Namun, ketika fasa perimenopause menghampiri, emosi tidak stabil wanita akan lebih menjadi-jadi.

    Puncanya disebabkan oleh kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang akan membuat otak dan badan kaum Hawa menjadi tidak stabil.

    Walaupun normal, usah dipandang enteng kerana sifat cepat marah atau sedih ini berisiko membuatkan kalian mengalami stres dan depresi. Jadi, cuba sedaya upaya untuk kekal tenang ya!

    #3. Seks & kesuburan berubah, tanda monopos paling ketara

    kesan menopause
    Ciri-ciri menopause pada wanita.

    Saat menghampiri umur menopause wanita, perasaan anda terhadap seks mungkin berubah.

    Anda mungkin menjadi semakin kurang berminat. Atau sebaliknya, anda boleh merasa lebih bebas dan seksi selepas menopaus!

    Tetapi ingat, anda masih berisiko menghidap penyakit jangkitan kelamin (STD), seperti gonorea atau bahkan HIV/AIDS.

    Di samping itu, ketika menopaus, kulit di sekitar faraj anda mungkin menjadi kering.

    Ini boleh membuatkan hubungan seks jadi menyakitkan. Maka, pemakaian pelincir semestinya boleh membantu!

    #4. Perubahan fizikal

    Kulit dan rambut semakin menipis, berat badan bertambah, tubuh terasa lemah dan sebagainya antara perubahan fizikal yang bakal dialami saat putus haid.

    Oleh itu, amat penting untuk anda terus aktif. Anda juga mungkin perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengekalkan kekuatan dan kekal segar.

    #5. Badan terasa panas dan sukar untuk tidur, antara tanda monopos

    Hot flashes boleh membuatkan anda berasa panas secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

    Kulit anda mungkin akan kelihatan merah berserta jantung yang berdegup dengan kencang.

    tanda menopause
    Simptom menopaus pada wanita.

    Badan seorang wanita yang kepanasan ini akan mengakibatkan mereka sukar untuk tidur.

    Disebabkan ini, tentunya kuantiti dan kualiti tidur anda akan terjejas bukan?

    Jadi, ada beberapa tip yang boleh kalian amalkan untuk mengurangkan gejala tersebut, seperti:

    • Gunakan kipas atau penyaman udara dengan suhu optimum
    • Minum air sejuk sebelum masuk tidur
    • Tetapkan suhu bilik tidur agar kekal dingin dan nyaman
    • Lapikkan tempat tidur dengan alas yang selesa

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai cara mengatasi simptom menopause, berundinglah dengan doktor untuk kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 06/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan