Menopaus mampu menyebabkan banyak perubahan pada kondisi kulit anda. Badan juga akan berhenti menghasilkan kolagen, jadi tidak disangkal ini bukanlah momen yang dinantikan oleh golongan wanita.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Menopaus mampu menyebabkan banyak perubahan pada kondisi kulit anda. Badan juga akan berhenti menghasilkan kolagen, jadi tidak disangkal ini bukanlah momen yang dinantikan oleh golongan wanita.
Ketika menopause, anda akan kehilangan sedikit lemak di bawah kulit anda dan menyebabkan keanjalan kulit menurun.
Menopaus adalah pemutusan haid setelah fungsi ovari tidak lagi berfungsi.
Dalam banyak-banyak fasa kehidupan wanita, menopaus mempunyai kesan paling besar terhadap kesihatan dan telah menjadi salah satu bidang penyelidikan yang paling diabaikan.
Perubahan hormon yang disebabkan oleh menopaus boleh menyebabkan masalah pada kondisi kulit.
Walaupun terdapat tanda dan gejala dermatologi yang tinggi, kajian mengenai topik ini masih terhad.
Kegagalan dalam fungsi ovari dan perubahan hormon yang dihasilkan semasa menopaus mempengaruhi hampir semua aspek kesihatan wanita.
Hormon estrogen adalah sangat penting untuk penghidratan kulit kerana ia meningkatkan pengeluaran glikosaminoglikan, pengeluaran sebum, pengekalan air dan banyak lagi.
Kekurangan hormon ini mampu mengakibatkan kulit kering lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita menopaus yang tidak mengambil terapi penggantian hormon (HRT).
Pada wanita menopaus, kekurangan estrogen mendorong penurunan kolagen jenis I dan jenis III serta pengurangan dalam nisbah kolagen jenis III ke jenis I berbanding dengan wanita yang tidak menopaus.
Kulit yang sihat terdiri daripada kolagen jenis I (80%, bertanggungjawab untuk kekuatan kulit) dan kolagen jenis III (15%, bertanggungjawab untuk keanjalan kulit).
Ia akan bermula dengan perimenopause, yang sering bermula pada pertengahan usia 40-an dan berlangsung selama 3 hingga 4 tahun.
Perimenopaus pula adalah sangat berbeza dengan menopaus, haid mungkin menjadi tidak teratur pada ketika ini, tetapi anda masih mempunyai hormon estrogen.
Anda juga mungkin mengalami jerawat, dan kulit yang sebelumnya seimbang mungkin akan mula kering atau berminyak.
Sebaik sahaja wanita mencapai menopaus, keadaan bakal berubah semula.
Sekiranya anda menjalani terapi hormon estrogen, anda tidak akan mengalami banyak perubahan berkaitan dengan kondisi kulit.
Namun sekiranya anda tidak menjalani terapi hormon estrogen, kulit anda akan mula menjadi kering.
Kulit juga menjadi lebih nipis semasa menopaus, kerana terdapat hubungan antara pengeluaran kolagen, ketebalan kulit, dan kekurangan estrogen.
Untuk jerawat, pakar sering memberikan kepada wanita ubat spironolactone, terutamanya semasa fasa perimenopause.
Ini adalah penyekat androgen yang luar biasa dan dalam kes ini, jerawat sering terjadi kerana tahap hormon estrogen mula menurun sementara androgen tetap berterusan.
Sekiranya menopaus tiba dalam hidup anda, terdapat 3 produk yang biasanya dicadangkan oleh pakar:
Sama ada anda menggunakan retinol, retinaldehyde, atau tretinoin, apabila ada sebarang bentuk elemen vitamin A masuk ke dalam kulit, ia berinteraksi dengan enzim yang menghasilkan asid transretinoiky.
Ia kemudiannya mengikat kira-kira 52 hingga 57 jenis DNA, memperbaiki kulit dan bakal merangsang pengeluaran kolagen.
Ia selamat, dan selagi produk yang anda pilih tidak mengeringkan kondisi kulit, anda masih boleh menggunakannya dalam jangka masa yang lama.
Peptida mampu merangsang pengeluaran kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit, yang menjadi penting kerana kulit menjadi lebih nipis dan mulai kendur.
Produk yang mengandungi peptida sangat sesuai dengan orang lebih berusia dan bagus untuk dicadangkan kepada sesiapa yang berusia lebih dari 50 tahun.
Oleh itu, carilah serum yang kaya dengan peptida serta asid hyaluronik dan gliserin.
Produk dengan asid hyaluronik atau gliserin sangat membantu mengurangkan kekeringan kulit yang dialami oleh kebanyakan wanita yang mengalami menopaus.
Pelembap yang sangat menghidratkan tetapi tidak komedogenik, yang kaya dengan asid hyaluronik dan pelbagai ramuan anti penuaan yang lain akan menjadi pelembap yang hebat dan terbaik bagi masalah kondisi kulit kering.
Melakukan pengelupasan lembut di rumah 2x seminggu juga merupakan idea yang baik untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, mencerah, dan membolehkan produk skincare lain menembusi kulit dengan lebih mudah.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen