backup og meta

Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Atau Menyusu Boleh Ambil Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/08/2022

    Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Atau Menyusu Boleh Ambil Ke?

    Kacip fatimah merupakan antara herba yang popular dalam kalangan masyarakat terutamanya di  negara Malaysia.

    Kacip Fatimah juga amat sinonim dalam kalangan wanita, terutamanya untuk kesihatan dalaman kaum Hawa.

    Dikatakan juga, herba ini boleh digunakan untuk membantu kelahiran bayi dan memulihkan kesihatan wanita semasa berpantang.

    Namun, adakah ia boleh diambil oleh wanita hamil serta menyusu? Teruskan pembacaan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Penggunaan kacip fatimah…

    Kacip Fatimah merupakan sejenis herba yang tumbuh di hutan dan agak senang untuk didapati di Malaysia.

    Mengikut amalan secara turun-temurun, keseluruhan tumbuhan Kacip Fatimah ini direbus sama ada secara tunggal atau bersama herba-herba lain untuk tujuan kesihatan wanita.

    Herba ini juga boleh dijadikan ramuan di dalam makanan-makanan serta minuman kesihatan, seperti yang banyak dijual di pasaran sekarang.

    Bagi ubat tradisional, herba ini boleh didapati dalam pelbagai jenis bentuk seperti kapsul, tablet dan juga teh herba.

    Walau bagaimanapun, kacip fatimah dikatakan tidak elok terutamanya bagi wanita hamil dan yang sedang menyusu.

    kacip fatimah

    Ini berpunca kerana herba ini kononnya dikatakan memberi cleansing effect yang mampu memudaratkan wanita hamil atau menyusu daripada pengambilannya.

    Tapi sejauh manakah pemahaman masyarakat mengenai kesan pencucian atau detoxfication ini?

    Apa yang dimaksudkan dengan detoxfication?

    Detoxfication ialah apabila seseorang wanita mengambil langkah untuk meneutralkan, menyingkirkan kekotoran dan membersihkan badan daripada toksin untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

    Dalam dunia perubatan, detoxfication atau detoksifikasi bermaksud penyahtinjaan toksin dengan cara-cara yang tertentu yang boleh dibuat sendiri di rumah mahupun didapati di pasaran.

    Toksin, termasuk racun makanan, racun perosak, bahan seperti alkohol atau ubat-ubatan, dan toksin persekitaran semuanya boleh menyebabkan kerosakan pada tisu badan dan fungsi keseluruhan badan.

    Detoks juga dapat membantu menghilangkan toksin ini melalui aktiviti puasa, rangsangan, penghapusan, peredaran darah dan pemulihan yang lebih baik.

    Detoks membolehkan tubuh membersihkan diri secara semula jadi, dan berkesan menyingkirkan toksin yang tersimpan jauh di dalam tisu serta organ untuk kesihatan dalaman dan luaran yang optimum.

    Setakat ini, belum ada kajian yang menyatakan bahawa herba ini memberikan kesan tersebut, malah ia juga bukan bersifat diuretic (merangsang proses perkumuhan).

    kacip fatimah

    Kaitan antara kacip fatimah dengan ibu menyusu dan wanita hamil

    Harus difahami bahawa penyusuan ibu tidak terlibat dengan mana-mana sistem perkumuhan badan.

    Tempat menyusu mempunyai sistem yang berbeza dan apa-apa yang dihadam atau disaring oleh badan tidak akan dikeluarkan melalui susu dan tidak juga memberikan kesan kepada si kecil yang masih menyusu.

    Payudara si ibu hanya akan menghasilkan susu yang memberikan khasiat yang diperlukan bagi tumbesaran si bayi.

    Pakar mengatakan bahawa si ibu perlu mengelak daripada melakukan sebarang detoxfication yang besar terutamanya ketika hamil dan menyusu.

    Ini termasuklah berpuasa, melakukan diet bagi menurunkan berat badan, meminum banyak teh hijau dan sebagainya.

    Harus difahami bahawa tidak semua ubat-ubatan atau herba yang diambil oleh si ibu akan memberikan kesan kepada bayi, terutamanya jika diambil dalam dos yang selamat.

    Manfaat kacip fatimah pada kesihatan!

    Herba ini berkhasiat untuk meningkatkan libido (syahwat) dan memberi impak baik terhadap kesihatan lelaki mahupun perempuan.

    Manfaat herba ini terkenal di seluruh dunia bagi kegunaan wanita sebelum mahupun selepas bersalin, namun masih perlu banyak kajian dan ujian makmal dilakukan untuk mengesahkannya.

    Dalam amalan perubatan tradisional, daun Kacip Fatimah direbus bersama dengan ramuan herba lain dan campurannya diminum atau digunakan untuk mandi.

    Herba kacip fatimah boleh diamalkan oleh perempuan bujang dan sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh.

    Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.

    kacip fatimah

    Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah:

    • Menyelesaikan masalah keputihan
    • Mencegah sel prakanser
    • Mengembalikan kecergasan terutama setelah bersalin.
    • Boleh melangsingkan badan
    • Dapat mengukuhkan struktur tulang
    • Melewatkan proses penuaan
    • Membantu membuang angin berlebihan di dalam badan
    • Bantu masalah gonorrhea dan cirit birit
    • Lancarkan proses kelahiran bayi
    • Memantapkan tisu yang perlukan hormon estrogen
    • Membantu pengecutan rahim
    • Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid wanita lalu mengurangkan sakit senggugut
    • Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulih peredaran darah

    Kesimpulannya, berjumpa dahulu dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat atau herba.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan