Ia memang agak terkenal sebagai minuman yang banyak terjual di pasar raya atau pasar malam. Pun begitu, masih ramai yang mungkin belum tahu khasiat teh misai kucing ini.
Anda pasti?
Ia memang agak terkenal sebagai minuman yang banyak terjual di pasar raya atau pasar malam. Pun begitu, masih ramai yang mungkin belum tahu khasiat teh misai kucing ini.
Salah satu daripada manfaat kesihatan yang paling sering dikaitkan dengan minuman popular ini adalah ia bagus untuk sistem serta organ yang berkaitan dengan perkumuhan.
Benarkah? Atau ia juga ada sebarang manfaat yang lain? Jom terus baca artikel ini untuk tahu!
Untuk pengetahuan anda semua, teh misai kucing ini berasal daripada tumbuhan yang bernama Orthosiphon aristatus dan berhabitat di negara dalam benua Asia Tenggara.
Sesuai juga dengan namanya, tumbuhan ini memiliki bentuk yang sangat unik lagi menarik di mana daunnya itu mirip dengan misai kucing dan turut popular di negara kita.
Selain digunakan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah, ia juga biasa digunakan oleh masyarakat dahulu sebagai ubat atau herba bagi merawat keadaan kesihatan tertentu.
Di Malaysia, ia sering dijadikan sebagai minuman teh yang punya rasa serta khasiat tersendiri!
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ia sangat bagus untuk sistem serta organ yang berkaitan dengan perkumuhan seperti buah pinggang, pundi dan salur kencing.
Ini kerana ia memiliki sifat diuretik, antiradang serta antihipersensitif sekali gus membantu dalam merawat simptom akibat kondisi yang berkaitan dengan aspek perkumuhan.
Sebagai contoh, minuman misai kucing dipercayai mampu untuk mencegah serta merawat infeksi bakteria dan kulat dalam pundi atau salur kencing lantas memulihkan aliran air kencing.
Ia dibuktikan melalui kajian terbitan Ethnoparmhacology yang menyatakan air misai kucing mampu menambahkan kuantiti air kencing sekali gus memudahkan tubuh badan menyingkirkan segala jangkitan yang ada di dalam pundi atau salur kencing individu.
Dalam pada itu, terdapat banyak lagi khasiat teh misai kucing ini terhadap kesihatan termasuk:
Teh misai kucing dikatakan mampu untuk membantu dalam merawat masalah sistem pernafasan seperti batuk dan asma dengan hanya minum ekstrak tumbuhan ajaib ini.
Untuk lebih efektif, adalah lebih bagus untuk mencampurkan minuman ini bersama dengan herba lain seperti halia atau limau terutamanya apabila ia melibatkan masalah sakit tekak.
Tumbuhan ini juga mungkin mampu untuk membantu mereka yang ada penyakit diabetes dengan cara meregulasikan kadar gula di dalam darah atau glukosa tubuh badan.
Pun begitu, minuman teh ini hanya sekadar keadah alternatif yang boleh anda cuba dan sila berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu jika anda ingin mengambilnya.
Tumbuhan ini turut mungkin mampu untuk membantu mereka yang ada masalah berat badan berlebihan atau obesiti dengan cara menurunkan berat badan individu itu.
Disebabkan oleh popularitinya sebagai salah satu daripada herba untuk kurus, misai kucing sering kali dipasarkan dalam banyak bentuk seperti ekstrak, pil, tablet dan lain-lain.
Tidak kurang ramai dalam kalangan kita semua yang mungkin mengalami masalah berkaitan mulut terutama pada gigi dan gusi bengkak, sakit serta pelbagai isu lain.
Berita baik buat anda, teh misai kucing diyakini mampu untuk meredakan kebengkakan serta melegakan kesakitan hanya dengan minum atau kumur-kumur minuman ajaib ini.
Apabila teh misai kucing diproses menjadi ekstrak, pil, tablet dan sebagainya, tumbuhan ini akan mengeluarkan sejenis minyak yang memberikan kesan baik pada kulit individu.
Sebagai contoh, ia diyakini mampu merawat masalah kulit yang kering, kasar serta pelbagai lagi masalah kulit lain seperti infeksi bakteria, kulat atau virus terhadap kulit.
Bahan kimia yang wujud di dalam tumbuhan ini dipercayai mungkin mampu untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi ekoran sifat antioksidan yang ada.
Bahan kimia tersebut adalah methylripariochromene dan ia dipercayai berfungsi dengan cara mengurangkan tekanan darah sistolik buat pesakit yang menghidapinya.
Akhir sekali, tumbuhan ini telah lama diminum oleh masyarakat dalam negara di benua Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Teh ini dijadikan sebagai minuman untuk buang toksin dalam badan.
Ini kerana ia diyakini mampu berfungsi sebagai agen pembersih semula jadi yang penting dalam proses detoksifikasi untuk membuang toksin dan bendasing dari tubuh badan.
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen