Rasa kejang atau sakit ketika haid, turut dikenali sebagai dysmenorrhea adalah rasa sakit yang dirasai pada bahagian bawah perut yang boleh berlaku sebelum dan semasa tempoh haid.
Tahap kesakitan itu boleh berlaku dari tahap biasa dan menjengkelkan kepada kronik dan melampau.
Kekejangan ini cenderung bermula selepas telur dilepaskan ke dalam ovari dan bergerak ke bawah tiub fallopia (ovulasi).
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Cara menghilangkan kejang atau sakit ketika haid
#1. Minuman
Kekal terhidrasi mungkin tidak menghilangkan kekejangan anda secara terus, tetapi ia membantu masalah kembung, yang menyebabkan kekejangan menjadi semakin teruk.
Apabila haid anda tiba, pastikan anda sentiasa membawa air bersama, dan untuk menggalakkan anda minum lebih kerap, perahkan lemon atau masukkan daun pudina.
Kurangkan pengambilan garam (jangan pernah kurang daripada 2,300mg sehari) dan elakkan alkohol – kedua-dua ini boleh menyingkirkan air dari sistem badan anda.
#2. Makanan
Donut, kerepek kentang, dan pelbagai makanan goreng lain, bukanlah makanan yang sihat.
Kekal kepada makanan rendah lemak, tinggi serat, gandum penuh, kacang dan sayuran terutama sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan kekacang.
Nutrien seperti vitamin E, B1 dan B6, magnesium, zink dan asid lemak omega-3 – berfungsi untuk menyingkirkan hormon yang menyebabkan kekejangan dan membantu melegakan rasa kekejangan otot yang dirasai.
#3. Kafein
Kafein boleh menyebabkan kekejangan yang dihadapi menjadi semakin teruk.
Sebaiknya elakkan pengambilan kopi sebelum dan semasa haid.
Anda juga harus menghindari minuman soda, minuman tenaga, coklat atau teh.
Jika anda terbiasa mengambil minuman berkafein pada waktu pagi atau sebagai minuman menjana tenaga, anda boleh ubah kepada smoothie sayuran.
#4. Pil kurangkan sakit ketika haid
Aspirin, ibuprofen dan natrium naproxen dapat mengurangkan kesakitan dan mengurangkan kekerapan masalah kekejangan ini.
Sediakan pil ini dalam beg anda supaya anda tidak perlu untuk mencarinya bila diperlukan.
Berita baik, ubatan seperti ibuprofen dan naproxen membantu aliran haid anda lebih lancar.
#5. Haba panas
Anda boleh memilih pad pemanas ketuhar gelombang mikro, balutan haba tanpa wayar boleh dicaj semula, atau balutan haba pakai buang yang direka untuk melegakan kekejangan haid yang boleh didapati di farmasi atau drugstore.
#6. Bersenam
Walaupun tidak ada bukti yang mengatakan bersenam dapat mengurangkan kesakitan period, tetapi ramai individu wanita percaya dengan mengeluarkan peluh dapat mengurangkan kesakitan.
Bersenam akan melepaskan endorfin – kimia yang menjadikan otak anda merasa lebih lega.
Jadi mulakan bersenam sekarang!
#7. Urutan
Tempoh urutan singkat selama 5 minit boleh membantu melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan untuk membuatkan anda berasa lebih baik.
Mulakan beberapa hari sebelum waktu sakit ketika haid muncul.
Kajian menunjukkan individu yang mula menggosok krim seperti krim campuran lavender pada perut akan mendapati tempoh kekejangan adalah berkurangan berbanding sebelumnya.
#8. Herba untuk kurangkan period pain
Kunyit, black cohosh, chasteberry dan cramp bark antara herba tradisional yang berfungsi untuk merawat kesakitan.
Minyak evening primrose juga dikatakan dapat membantu masalah kekejangan yang dihadapi wanita, tetapi ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Periksa dengan doktor sebelum anda membuat sebarang teh dengan mana-mana herba atau mengambilnya sebagai suplemen.
Sesetengah herba boleh menyebabkan masalah perubatan atau menjadikan ubatan kurang efektif, termasuk pil kawalan kehamilan.
#9. Acupressure
Menyentuh tempat tertentu pada bahagian perut, belakang badan dan kaki boleh meningkatkan aliran darah dan membantu melepaskan endorfin yang dapat melegakan badan dan fikiran untuk sementara waktu.
Terdapat juga bahagian isi antara ibu jari dan jari telunjuk yang dapat melegakan kesakitan.
Berjumpa dengan pakar yang bertauliah dan terlatih untuk membantu menentukan titik punca dan bagaimana untuk merangsangnya.
#10. Mandi air hangat
Penuhkan tab dengan air panas dan buih, sediakan majalah kegemaran atau buku (mungkin itik getah anda).
Air suam membantu untuk menenangkan otot dan fikiran.
Tidak ada tab mandi? Pancuran air panas juga boleh mendatangkan kelegaan jika alami sakit ketika haid.
#11. Mengubah cara agar sakit ketika haid kurang
Anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur apabila anda mengalami kekejangan otot yang teruk.
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, jauhkan telefon dari katil.
Cuba ubah rutin tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti apabila menjelang hari haid anda.
Anda mungkin boleh mencuba posisi tidur yang berlainan, terutama jika anda biasa tidur meniarap.
Cuba untuk tidur siang, jika boleh.
Sebagai ringkasan, cuba ikuti tip di atas yang bukan sahaja membantu memberikan kelegaan akibat kejang atau sakit ketika haid tetapi ia turut dapat memberikan keselesaan semasa haid.
[embed-health-tool-ovulation]