Akupuntur dan neurologi
Pelbagai kajian telah dilaksanakan untuk menguji dan menilai keberkesanan akupuntur terhadap beberapa keadaan kesihatan. Sesetengah kajian mendakwa akupuntur berkesan dalam menyeimbangkan tenaga didalam tubuh badan dan sesetengahnya mendakwa ianya mempunyai kesan neurologi. Saintis telah menggunapakai neurosains untuk memahami dan menerangkan bagaimana akupuntur berfungsi dan memberi manfaat kepada tubuh badan manusia. Titik akupuntur dilihat sebagai lokasi dimana tisu penghubung, saraf dan otot boleh dirangsang yang akan meningkatkan aliran darah dan mengaktifkan aktiviti penahan sakit semulajadi.
Merawat masalah otot dan sendi
Kajian yang dilaksanakan di Jerman menunjukkan bahawa akupuntur membantu sesetengah kesakitan muskuloskeletal yang memberi kesan terhadap otot, tulang dan sendi seperti sakit belakang, sakit leher, sakit lutut, kekejangan otot dan juga pening kepala. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyenaraikan beberapa keadaan kesihatan yang mana akupuntur telah terbukti merawatnya dengan berkesan. Keadaan kesihatan itu termasuklah masalah yang berkaitan dengan sendi dan otot seperti rheumatoid arthritis, terseliuh, tennis elbow dan sciatica. The American Academy of Medical Acupuncture turut menyatakan bahawa akupuntur boleh mengurangkan kekejangan, gegaran dan kontraksi otot. Kesemua keadaan kekejangan otot ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan atlet dan individu yang mempunyai cara hidup yang aktif.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen