Kesimpulan
Walaupun anda mungkin lebih suka satu posisi tidur berbanding yang lain, sebenarnya tiada siapa yang mengekalkan kedudukan tidur yang sama sepanjang malam. Adalah normal untuk bergerak sedikit ketika tidur, yang sebenarnya membantu mengurangkan tekanan pada belakang badan. Sebaliknya, tidur dalam kedudukan yang sama bagi masa yang lama mempunyai risiko memburukkan sakit belakang.
Selain daripada kedudukan tidur, aktiviti harian anda mungkin menjadi punca sebenar sakit belakang. Kita menghabiskan sebahagian besar hari kita dalam keadaan duduk, kadangkala (atau mungkin sebahagian besar masa) dalam kedudukan yang agak membongkong. Oleh itu, pada siang hari, cuba untuk ubah postur anda sekerap mungkin, dan latih postur yang baik apabila berdiri dan duduk untuk membantu meringankan sakit belakang pada waktu malam.
Keanjalan tilam dan jenis bantal yang anda gunakan juga boleh menentukan tahap keselesaan anda. Sama ada anda lebih suka tilam keras atau tilam lembut, pilihan peribadai dan keselesaan harus menjadi panduan utama dalam memilih permukaan tidur yang betul.
Terdapat pelbagai bantal yang menangani masalah sakit belakang dan masalah sendi. Jika anda tidur terlentang, wedge pillow diketahui memberikan kelegaan sakit belakang dan sesuai juga digunakan di antara lutut anda. Jika anda mengalami sakit leher, penggunaan bantal berkontur boleh membantu mengurangkannya.
Sekiranya beberapa perubahan pada kedudukan tidur anda tidak membantu meringankan sakit belakang atau masalah tidur, mungkin inilah masanya untuk mendapatkan khidmat perubatan. Sekiranya kesakitan anda bertambah teruk, temui doktor anda untuk memeriksa sebarang risiko masalah yang serius.
Hello Health Group tidak memberikan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen