backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Perlu Ke Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2022

    Perlu Ke Basuh Dulu Tuala Wanita Sebelum Buang? Ini 7 Tip Jaga Faraj Semasa Haid

    Kita selalu disogok kepercayaan membasuh tuala wanita 1 keperluan atau ada perkara tidak elok akan berlaku. Tetapi adakah itu cara buang pad yang betul? 

    Menerusi artikel ini, kami kongsikan tentang cara penjagaan kebersihan ketika haid.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Cara buang pad yang betul: Basuh @ tidak?

    Bagi wanita yang beragama Islam, anda pasti pernah mendengar kepercayaan bahawa jika tuala wanita (pad) yang digunakan tidak basuh, makhluk halus yang akan menjilatnya.

    Tetapi adakah ia benar?

    Hakikatnya dalam Islam, tidak terdapat sebarang hadis yang menunjukkan bahawa pad yang telah digunakan semasa kedatangan haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya.

    Tidak ada riwayat daripada sahabat Nabi Muhammad S.A.W dalam kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. 

    Bahkan tidak wujud arahan daripada Nabi S.A.W menyuruh untuk membasuhnya. Cuma Nabi S.A.W mengarahkan untuk membasuh darah tersebut jika terkena pakaian.

    Dalam erti kata lain, adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa pad perlu dibasuh terlebih dahulu atas kebimbangan yang melibatkan makhlus halus.

    Baca juga:

    7 aspek penjagaan kebersihan ketika haid

    Sama ada anda ingin membasuh atau tidak, kedua-duanya masih cara buang pad yang betul.

    Anda mungkin tidak perlu membasuh tuala wanita, tetapi masih terdapat 7 cara penjagaan kebersihan ketika haid yang perlu anda lakukan.

    1. Membasuh tangan

    Biasanya anda akan membersihkan tangan selepas menukar pad atau tampon, bukan? 

    Tetapi bagaimana pula dengan tahap kebersihan tangan sebelum menukarnya? Adakah anda yakin tangan anda bersih?

    Sebenarnya penting untuk anda membasuh tangan sama ada sebelum atau selepas menukar pad. 

    Ia bagi melindungi faraj daripada sebarang jangkitan bakteria yang mungkin terperangkap di tangan anda. 

    1. Menukar pad atau tampon

    Bagi mengelakkan kebocoran, aspek penjagaan kebersihan yang perlu dititikberatkan adalah untuk menukar pad selang beberapa jam sekali, bergantung kepada aliran darah haid.

    Bagi tuala wanita biasa, disarankan untuk memeriksanya setiap 2 hingga 4 jam, manakala bagi penggunaan tampon, tukarkannya selang 4 hingga 8 jam sekali. 

    Amalan ini dapat membantu mengurangkan risiko sindrom kejutan toksik. 

    Ia adalah 1 keadaan komplikasi jarang berlaku tetapi boleh mengancam nyawa berpunca daripada beberapa jenis jangkitan bakteria

    cara buang pad yang betul

    1. Produk pewangi

    Bedak, sabun, tisu, gel atau sebarang produk lain yang berbau harum mengandungi pewangi tiruan yang tinggi bahan kimia cenderung mengakibatkan kerengsaan pada faraj anda. 

    Jika anda risau bauan yang tidak menyenangkan ketika haid, percayalah ia 1 keadaan normal melibatkan faraj yang sedang melakukan fungsi pembersihan sendiri. 

    Anda hanya perlu menggunakan air suam untuk membasuh vulva, iaitu bahagian luar faraj. Jika masih mahu menggunakan sabun, pilihlah produk yang tidak mengandungi bahan pewangi.

    1. Cara buang pad yang betul: Perlukah menukar tuala wanita pada waktu tidur?

    Kebiasaannya, seseorang individu akan lebih aktif pada waktu siang. Jadi keadaan ini akan mempengaruhi aliran haid menjadi lebih banyak dan berat.

    Selain itu, keadaan aktif juga menyebabkan bahagian faraj anda akan mengeluarkan peluh dan sebum selain darah, sekali gus berisiko menjadi tempat pembiakan bakteria.

    Oleh sebab itu anda disarankan untuk sekurang-kurangnya menukar pad setiap 4 jam sekali.

    Walau bagaimanapun, pada waktu tidur malam, fungsi badan akan berkurang dan intensiti pendarahan haid akan menurun. Jadi anda boleh memakai pad yang sama untuk sepanjang malam.

    cara buang pad yang betul

    1. Cara buang pad yang betul: Amalkan kaedah ini

    Jika ingin membuang tuala wanita, sebaiknya, bungkuskannya dengan bekas pembalut pad baharu atau tisu tandas sebelum dibuang ke dalam tempat yang dikhaskan. 

    Tindakan anda ini akan dapat membantu menyekat dan mencegah penyebaran bakteria dan bau yang tidak menyenangkan dari masa ke masa.

    1. Ruam pad

    Haaa…jangan terkejut, bukan bayi sahaja yang mengalami ruam lampin, anda juga berisiko untuk mengalami ruam pada bahagian sekitar faraj.

    Selain mengetahui cara buang pad yang betul, anda juga perlu fahami ruam ini lebih cenderung berlaku jika mengalami pendarahan haid banyak.

    Kesannya tuala wanita yang penuh dengan darah ini akan bergesel sehingga menyebabkan munculnya ruam.

    Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, penjagaan kebersihan semasa haid yang boleh anda lakukan adalah dengan memastikan bahagian sekitar faraj sentiasa kering.

    Keraplah menukar pad secara berkala. Jika perlu sapukan salap antiseptik selepas mandi dan sebelum tidur untuk menyembuhkan serta mencegah penyebaran ruam ini.

    Jika ruam bertambah teruk, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

    cara buang pad yang betul

    1. Basuh dengan kerap

    Semasa haid, amalan membasuh bahagian faraj dengan lebih kerap akan dapat membantu menghilangkan bau busuk pada bahagian intim anda.

    Jangan pula anda hanya menukar pad tanpa terlebih dahulu membasuh faraj anda. Paling tidak, gunakan tisu basah untuk membersihkan bahagian intim anda sebelum memakai pad baharu.

    Cara buang pad yang betul, terpulang kepada masing-masing

    Untuk basuh atau tidak, ia adalah 100% hak anda.

    Jika berada di rumah, mungkin tiada masalah. Tetapi sekiranya menggunakan tandas awam, mungkin anda boleh membuang pad tanpa membasuhnya. 

    Cuma pastikan anda membuangnya dengan betul di tempat khas yang disediakan. Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas atau tempat yang tidak sesuai.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan