backup og meta

Ini Keistimewaan Sistem Reproduktif Wanita, Kena Belajar Menghargainya!

Ini Keistimewaan Sistem Reproduktif Wanita, Kena Belajar Menghargainya!

Sistem reproduktif perempuan bukan hanya berkisar tentang haid dan kehamilan. Ia lebih daripada itu. Nak tahu lebih lanjut, semak artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah itu sistem reproduktif perempuan?

Sistem reproduktif wanita termasuk faraj, uterus, tiub fallopian dan ovari. Berbeza dengan lelaki, sistem ini terletak kesemuanya di bahagian pelvis.

Bahagian luar organ reproduktif wanita disebut sebagai vulva, yang bermaksud penutup.

Terletak di antara kaki, vulva melitupi bukaan ke dalam faraj dan organ reproduktif lain yang terletak di dalam badan.

Kawasan berdaging di atas bahagian atas bukaan faraj digelar mons pubis. 2 pasangan flap kulit yang digelar labia mengelilingi bukaan faraj.

Klitoris, iaitu satu organ sensori kecil, terletak di hadapan vulva dimana lipatan labia bertemu.

Di antara labia adalah bukaan uretra dan faraj. Apabila perempuan menjadi matang dari sudut seksual, labia luar dan mons pubis dilitupi oleh bulu ari-ari.

Sistem reproduktif perempuan #Keadaan faraj

sistem reproduktif perempuan

Faraj ialah tiub berongga dan berotot yang memanjang daripada bukaan faraj kepada rahim.

Panjang faraj ialah sekitar 8 ke 12 sentimeter di dalam wanita dewasa. Disebabkan ia mempunyai dinding berotot, ia boleh membesar dan mengecut.

Kebolehan untuk menjadi luas dan sempit membuatkan faraj mampu menampung objek sekecil tampon dan sebesar bayi.

Dinding berotot faraj dijajari membran mukosa yang membuatkan ia dilindungi dan lembap.

Faraj mempunyai beberapa fungsi seperti hubungan kelamin, laluan keluar bayi semasa bersalin dan laluan darah haid keluar dari rahim.

Lapisan nipis tisu dengan satu atau lebih lubang, yang dinamakan hymen (selaput dara) menutupi sebahagian dari bukaan faraj. Hymen kebiasaannya berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

Faraj berhubung dengan uterus atau rahim  di serviks. Serviks mempunyai dinding yang kuat dan tebal. Bukaan serviks adalah sangat kecil.

Semasa bersalin, serviks boleh mengembang untuk membolehkan bayi lalu.

Memahami uterus, tiub fallopian & ovari dalam Sistem reproduktif perempuan

Uterus berbentuk seperti buah pear terbalik dengan dinding yang tebal dan berotot. Malah, uterus mengandungi antara otot yang paling kuat di dalam tubuh wanita.

Otot ini boleh berkembang dan mengecut untuk menampung pembesaran janin dan kemudian membantu menolak bayi keluar semasa bersalin.

Semasa wanita tidak hamil, uterus hanya 7.5 sentimeter panjang dan 5 sentimeter lebar.

Di sudut atas uterus, tiub fallopian menghubungkan uterus dengan ovari.

Ovari adalah 2 organ berbentuk bujur yang terletak pada bahagian atas kiri dan kanan uterus.

sistem reproduktif perempuan

Ia mempunyai misi untuk menghasilkan, menyimpan dan melepaskan telur ke dalam tiub fallopian di dalam proses yang dinamakan ovulasi.

Setiap ovari berukuran sekitar 4 ke 5 sentimeter di dalam sistem reproduktif perempuan dewasa.

Terdapat 2 tiub fallopian di mana setiap satunya melekat pada bahagian tepi uterus.

Tiub fallopian adalah sekitar 10 sentimeter panjang dan lebarnya seperti sehelai spageti. Di dalam setiap tiub terdapat laluan kecil yang lebih sempit dari jarum menjahit.

Di sebelah hujung lain tiub fallopian adalah bahagian berumbai yang kelihatan seperti corong. Bahagian berumbai ini melitupi di sekeliling ovari tetapi tidak sepenuhnya melekat padanya.

Apabila telur keluar dari ovari, ia masuk ke dalam tiub fallopian. Sebaik sahaja telur di dalam tiub fallopian, rambut-rambut kecil di dalam dinding tiub membantu menolaknya menuju ke uterus.

Ovari juga merupakan sebahagian dari sistem endokrin kerana ia menghasilkan hormon seksual wanita seperti estrogen dan progesterone.

Baca juga:

Apakah yang dilakukan oleh sistem reproduktif wanita?

Sistem reproduktif perempuan membolehkan wanita untuk:

  • Menghasilkan telur (ova);
  • Menjalani hubungan seksual;
  • Melindungi dan menyuburkan telur yang telah tersenyawa sehingga ia berkembang sepenuhnya;
  • Melahirkan anak.

Reproduksi seksual tidak boleh berlaku tanpa organ seksual yang digelar gonad.

Walaupun kebanyakan orang fikir bahawa gonad sebagai testis lelaki, kedua-dua jantina mempunyai gonad.

Tetapi bagi wanita, gonad mereka ialah ovari.

Gonad wanita menghasilkan telur, manakala gonad lelaki menghasilkan sperma. Selepas telur disenyawakan oleh sperma, telur tersebut digelar zygote.

Apakah itu kitaran haid?

Kitaran haid berlaku apabila perempuan mula melepaskan telur sebagai bahagian dari kitaran bulanan. Dalam ovulasi, ovari menghantar satu telur kecil ke dalam salah satu tiub fallopian.

Melainkan telur tersebut disenyawakan oleh sperma, telur tersebut akan mengering dan meninggalkan badan sekitar 2 minggu kemudian melalui uterus.

Proses ini dinamakan haid. Darah dan tisu dari lapisan dalam uterus bergabung untuk membentuk aliran haid, dimana dalam kebanyakan perempuan berlaku dalam 3 ke 5 hari.

Sebelum kitaran ini, perempuan dan wanita kebiasaannya mengalami simptom fizikal dan emosi yang dinamakan sindrom prahaid (PMS) seperti jerawat dan perut berangin.

sistem reproduktif perempuan

Persenyawaan dan kehamilan berkaitan sistem reproduktif perempuan

Jika seorang wanita dan lelaki melakukan hubungan kelamin dalam tempoh beberapa hari sekitar ovulasi wanita, persenyawaan boleh berlaku.

Apabila lelaki berejakulasi, antara 1.5 ke 6.0 mililiter air mani masuk di dalam sistem reproduktif perempuan iaitu faraj.

Antara 75 ke 900 juta sperma terdapat dalam jumlah air mani yang sedikit ini dan mereka “berenang” ke atas daripada faraj melalui serviks dan uterus untuk menemui telur di dalam tiub fallopian.

Dalam tempoh seminggu selepas persenyawaan berlaku, telur tersebut menjadi sel berganda blastosista.

Saiz blastosista sekitar kepala jarum peniti dan ia adalah sel yang berbentuk corong dengan cecair di dalamnya.  Blastosista menanam dirinya di dalam lapisan uterus yang dinamakan endometrium.

Hormon estrogen menyebabkan endometrium menjadi tebal dan kaya dengan darah.

Progesterone adalah hormon lain yang dilepaskan oleh ovari menjadikan endometrium tebal dengan darah agar blastosista boleh melekat pada uterus dan menyerap nutrisi darinya. Proses ini dinamakan implantasi.

Apabila sel-sel dari blastosista mendapat nutirisi, fasa embrionik bermula. Sel-sel menjadi satu bentuk bulat leper yang digelar cakera embrionik yang akan berkembang menjadi bayi.

Sel-sel luaran menjadi membran nipis yang menghasilkan bahagian luar bayi. Sel-sel tersebut berkembang-biak berjuta kali ganda dan bergerak ke posisi baru untuk menjadi embrio.

Selepas sekitar  minggu, embrio bersaiz sekitar ibu jari orang dewasa tetapi hamper semua bahagiannya seperti otak dan urat saraf, jantung dan darah, perut dan usus, dan otot dan kulit telah terbentuk.

Unik bukan sistem reproduktif perempuan ini? Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keadaan diri, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Female reproductive system. http://kidshealth.org/teen/sexual_health/girls/female_repro.html#. Accessed August 26, 2016
  2. Female Reproductive System. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9118-female-reproductive-system, Accessed on Sept 22, 2021
  3. Reproductive system. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/reproductive-system, Accessed on Sept 22, 2021
  4. Female Reproductive System. https://training.seer.cancer.gov/anatomy/reproductive/female/, Accessed on Sept 22, 2021
  5. What You Should Know About the Female Reproductive System. https://www.cdc.gov/niosh/topics/repro/femalereproductivesystem.html, Accessed on Sept 22, 2021

 

Versi Terbaru

25/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Sista Ovari Dan Sakit Belakang, Apa Kaitan 2 Kondisi Ini?


Fakta Disemak oleh

Nurul Halifah


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan