backup og meta

Haid Terlalu Lama? Ada Cara Natural Nak Hentikan, Ikut 8 Petua Ini

Haid Terlalu Lama? Ada Cara Natural Nak Hentikan, Ikut 8 Petua Ini

Kenapa haid berterusan? Kenapa darah haid tak berhenti? Jika darah period terlalu banyak atau berpanjangan, terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kerisauan ini. Teruskan membaca untuk mengetahui kaedah dan petua hentikan haid berpanjangan yang boleh dicuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Petua hentikan haid berpanjangan secara semula jadi

Kenapa haid berterusan? Kenapa darah period keluar banyak?

Haid yang berpanjangan mungkin merupakan tanda timbulnya beberapa masalah kesihatan. 

Sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor terlebih dahulu jika anda mengalami haid berpanjangan atau pendarahan yang banyak secara mendadak. Ini dapat menentukan punca sebenarnya ia berlaku.

Berita baiknya, terdapat beberapa kaedah semula jadi boleh membantu memendekkan atau mengawal kitaran haid dengan mengurangkan gejalanya dan mengembalikan kitaran period agar kembali teratur.

Pastikan kekal hidrat

Pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan boleh mengakibatkan jumlah darah anda menjadi terlalu rendah. 

Minum 4 hingga 6 cawan air tambahan setiap hari boleh membantu mengekalkan jumlah darah. Anda juga digalakkan untuk mengambil minuman elektrolit atau menambah lebih banyak garam dalam diet bagi mengimbangi pertambahan cecair yang diminum.

Makanan kaya vitamin C, antara petua hentikan haid berpanjangan

Vitamin ini membantu badan menyerap zat besi yang boleh mencegah anemia. Vitamin C banyak didapati dalam buah sitrus seperti:

  • oren
  • limau gedang

Selain itu, vitamin C juga terdapat dalam:

petua hentikan haid berpanjangan
Contoh makanan yang kaya vitamin C.
  • Lada benggala merah dan hijau
  • Kiwi 
  • Strawberi 
  • Kubis Brussel
  • Brokoli 
  • Jus tomato

Makanan kaya zat besi

Jika berlaku sebarang pendarahan, anda akan kehilangan zat besi. Badan memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin, molekul yang membantu sel darah merah membawa oksigen.

Haid yang banyak dan berpanjangan boleh mengurangkan kadar zat besi dalam badan dan meningkatkan kemungkinan mengalami anemia kekurangan zat besi.

Tanda-tanda anemia termasuk:

Untuk mendapatkan lebih nutrien ini, pastikan anda mengambil banyak makanan tinggi zat besi seperti:

  • Daging lembu tanpa lemak
  • Tiram
  • Ayam dan ayam belanda
  • Kekacang
  • Tauhu
  • Bayam 

Petua hentikan haid berpanjangan #Menguruskan tekanan

Tahap tekanan yang tinggi boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, yang membawa kepada tempoh period yang berpanjangan.

Menguruskan tekanan melalui yoga, meditasi dan senaman pernafasan dalam boleh membantu mengawal hormon dan mengurangkan tempoh haid anda.

Kerap bersenam

Melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan tempoh pendarahan.

Senaman lantai pelvis

Senaman lantai pelvis, seperti senaman Kegel, boleh membantu menguatkan otot lantai pelvis dan meningkatkan aliran darah ke rahim. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan tempoh haid anda.

Terapi haba

Menggunakan pad pemanas atau berendam dalam mandian suam boleh membantu melegakan senggugut dan memendekkan tempoh pendarahan haid anda.

Akupunktur

Melakukan akupunktur juga dapat membantu mengurangkan tempoh pendarahan haid. Ini kerana ia dapat mengawal selia hormon dan menggalakkan pengaliran darah.

Bagaimana jika petua yang dikongsikan di atas tidak berkesan? Jangan gusar, terdapat beberapa keadah lain yang boleh anda cuba.

Suplemen, antara petua hentikan haid berpanjangan

petua hentikan haid berpanjangan
Ilustrasi contoh suplemen,

Kenapa haid berterusan?

Pengambilan vitamin tambahan semasa haid mungkin membantu mengurangkan pendarahan. Nutrien tertentu seperti zat besi khususnya, boleh menambah darah yang hilang setiap bulan.

Anda disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang jenis suplemen. Doktor juga boleh menentukan sama ada anda perlu mengambil suplemen atau tidak, dos sesuai dan kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Ubat-ubatan

Sudah tentu pengambilan ubatan akan disyorkan doktor untuk merawat tempoh haid yang berpanjangan.

NSAIDs

Contoh ubat antiradang bukan steroid (NSAID) adalah seperti ibuprofen atau naproxen sodium.

NSAID atau sebarang ubat preskripsi lain tidak meringankan pendarahan haid. Tetapi ia boleh membantu melegakan kekejangan yang menyakitkan disebabkan kenapa haid berterusan.

Tetapi seperkara yang anda perlu ketahui, dos yang tinggi atau penggunaan berpanjangan NSAID boleh menyebabkan kesan sampingan.

petua hentikan haid berpanjangan
Cara kawal pendarahan haid.

Asid traneksamik

Tranexamic acid dapat membantu mengurangkan kehilangan darah haid dan perlu diambil hanya semasa pendarahan.

Progesteron oral bantu hentikan haid berpanjangan

Hormon progesteron boleh membantu membetulkan ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan menoragia – pendarahan period berpanjangan.

IUD hormon

Alat dalam rahim ini mengeluarkan sejenis progestin yang dipanggil levonorgestrel. Ia menjadikan lapisan rahim nipis dan mengurangkan aliran darah haid serta kekejangan.

Petua hentikan haid berpanjangan #Suntikan kawalan kelahiran

Suntikan Depo-Provera adalah satu lagi bentuk kawalan kelahiran (kontraseptif) hormon. Doktor akan melakukan suntikan pada lengan atau punggung.

Ubat ini mesti diambil setiap 3 bulan sekali untuk mengekalkan keberkesanannya.

Kontraseptif oral

Selain daripada berfungsi sebagai pencegah kehamilan, kontraseptif oral juga merupakan antara pil hentikan haid di farmasi yang dapat membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan tempoh pendarahan haid yang berpanjangan.

Berunding dengan doktor

Kenapa haid berterusan?

Apa lagi petua hentikan haid berpanjangan yang boleh anda jadikan pilihan? 

Peringatan!

Untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai prosedur pembedahan ini, anda disarankan untuk berunding dengan doktor pakar sakit puan bagi maklumat lanjut.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Menorrhagia (heavy menstrual bleeding). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menorrhagia/diagnosis-treatment/drc-20352834, Accessed on May 2, 2023
  2. Heavy Menstrual Bleeding (Menorrhagia). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17734-menorrhagia-heavy-menstrual-bleeding, Accessed on May 2, 2023
  3. What are the treatment options for heavy periods? https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279293/,  Accessed on May 2, 2023
  4. 4 Ways to Decrease Menstrual Flow. https://uscfertility.org/4-ways-decrease-menstrual-flow/, Accessed on May 2, 2023 
  5. Heavy Menstrual Bleeding. https://www.cdc.gov/ncbddd/blooddisorders/women/menorrhagia.html, Accessed on May 2, 2023 

Versi Terbaru

08/04/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Haid Datang Tak Menentu? Ini 23 Punca Period Tidak Teratur!

Ada 6 Macam Bau Faraj, Jangan Tak Percaya, Miss V Normal Ada Yang Berbau Tapai!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan