Masalah pernafasan boleh menyebabkan kandungan oksigen dalam darah menurun ke tahap yang abnormal. Selalunya, rehat yang mencukupi dapat membantu anda sembuh seperti sediakala.
Namun, untuk mereka yang mengalami influenza, berjumpalah doktor untuk rawatan lanjut lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah untuk bernafas.
3. Kekurangan folat boleh membuatkan muka pucat

Satu lagi punca muka yang pucat ialah kekurangan folat. Folat ialah vitamin B9 dan sangat diperlukan badan untuk menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.
Kekurangan folat boleh menyebabkan kurang sel darah sihat dalam badan. Malah, ia boleh menyebabkan anemia.
Antara tanda kekurangan folat dalam badan ialah:
- Muka kepucatan.
- Rasa penat dan letih.
- Sukar bernafas.
- Tidak ada tenaga untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Salah satu punca kekurangan folat ialah kekurangan vitamin yang disebabkan ketagihan alkohol atau pengambilan makanan tertentu. Wanita yang hamil juga berkemungkinan mengalami masalah kekurangan folat.
Oleh sebab itu, wanita yang hamil sangat digalakkan untuk mengambil suplemen harian yang mengandungi asid folik. Asid folik adalah satu bentuk folat yang digunakan di dalam suplemen.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kehamilan, sertailah Komuniti Kehamilan Hello Doktor sekarang!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen