backup og meta

Wanita 40-an Perlu Jaga Makan, Barulah Anda Boleh Kekal Sihat Di Usia Matang!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Wanita 40-an Perlu Jaga Makan, Barulah Anda Boleh Kekal Sihat Di Usia Matang!

Bagaimana untuk mengetahui apakah antara suplemen untuk wanita 40an yang terbaik? Bagi kaum Hawa yang sudah hampir masuk separuh abad usia, pasti akan mula mencari dan membeli suplemen yang terbaik agar tubuh badan kekal sihat dan kuat.

Ini bertujuan agar mereka dapat lebih bersedia untuk menghadapi fasa peralihan menopaus. Jom terus baca artikel ini untuk mengetahui 5 suplemen untuk wanita yang sudah berusia!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Suplemen untuk wanita 40an: Persediaan untuk ke era 40-an!

Tubuh wanita ibarat sebuah jentera dengan sistem serta fungsi yang akan mula merundum prestasinya seiring dengan perjalanan waktu.

Bagi wanita yang sedang di dalam era 30-an, anda perlu bersiap sedia sebelum memasuki era 40-an agar tubuh badan kalian dapat mengadaptasi perubahan dengan baik.

Ini kerana di usia 40-an, tubuh badan wanita itu akan sangat hampir atau telah masuk di dalam kategori perimenopause – suatu tempoh sebelum terjadi kondisi menopaus.

Maka mungkin akan berlaku banyak perubahan pada aspek fizikal dan mental wanita. Perkara yang anda mudah dan cepat lakukan sebelum ini, akan mula sukar dan lambat.

Dalam usaha untuk mengelak dan mencegah ia daripada menjadi lebih teruk, anda perlu mula mengambil suplemen untuk wanita 40an sekarang!

Pemakanan masih lagi aspek paling penting!

Tiada suplemen untuk wanita 40an yang mampu mengganti apa yang dibawa oleh makanan dan minuman. Oleh itu, wanita masih perlu untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang.

suplemen terbaik untuk wanita 40an
4 Diet perimenopause utama yang sihat.

Ini kerana di usia perimenopause, hormon-hormon seperti estrogen dan progesteron akan mula merosot dan menjejaskan tubuh badan.

Apa yang anda perlu buat adalah jangan abaikan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat dan lain-lain agar tenaga dalam tubuh badan anda dapat kekal di usia lanjut.

Apa suplemen untuk wanita 50an yang boleh dicuba?

Apabila tiba di farmasi, suplemen untuk wanita 50an ini wajar dijadikan keutamaan buat anda:

Suplemen untuk wanita menopause #1. Blackmores Multivitamin For Women Sustained Release

Blackmores, jenama yang popular di serata dunia, di mana ia menyediakan pelbagai vitamin berkualiti yang mengandungi bahan-bahan semula jadi.

Blackmores Multivitamin for Women Sustained Release mengandungi gabungan sempurna vitamin dan mineral yang penting untuk wanita.

Lebih menarik lagi, multivitamin harian ini juga dapat menyokong pembentukan kolagen dan kesihatan kulit, dan direka dengan teknologi pelepasan berterusan yang unik, di mana nutrien dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam tubuh badan sepanjang hari.

Dengan Blackmores Multivitamin for Women Sustained Release, kulit anda akan kelihatan lebih sihat, cerah, dan kekal awet muda!

Suplemen untuk wanita 40an #2. Proviton Multivits CoQ10 Plus 30s

Proviton Multivits CoQ10 Plus 30s adalah antara multivitamin terbaik untuk wanita 50an kerana ia diformulasi dengan ekstrak tumbuhan Ginseng Panax IDB berkualiti tinggi yang mampu melonjakkan tenaga dan tahap stamina sambil menyokong kesihatan secara keseluruhan.

Suplemen untuk wanita 40an ini juga diperkaya dengan Coenzyme Q10 (CoQ10) yang dapat melambatkan tanda-tanda penuaan dan meremajakan kulit anda.

Suplemen terbaik untuk wanita 40an #3. Springhealth MidVida 30’s

Sama seperti suplemen untuk wanita menopause yang lain, Springhealth Midvida 30’s juga mengandungi mineral dan nutrien penting untuk memenuhi keperluan kesihatan wanita yang berusia 40-an.

Kelebihan utama rumusan suplemen Springhealth Midvida ini juga termasuklah dapat menyokong keseimbangan hormon, meningkatkan daya tahan fizikal, mengurangkan keletihan dan simptom stres bagi wanita yang berusia akibat perubahan hormon.

Pengambilan 1 tablet Springhealth Midvida setiap hari juga dapat memperbaiki kualiti tidur anda menjadikan tidur anda lebih lena dan berkualiti!

Multivitamin terbaik untuk wanita 50an #4. Himalaya Menosan for Women’s

Himalaya Menosan for Women’s adalah suplemen yang diformulasikan khusus untuk membantu wanita mengatasi simptom menopaus.

Mengandungi herba semulajadi seperti Shatavari, Ashwagandha, pokok Ashoka dan sayur Asparagus, Menosan membantu menstabilkan hormon, mengurangkan stres dan peluh ketika malam, serta memperbaiki kualiti tidur wanita yang sedang mengalami peralihan menopaus.

Suplemen untuk wanita menopause #5. Swisse Ultiboost Menopause Balance 60 Tablets

Kehidupan yang terlampau sibuk semasa tempoh menopause boleh menyebabkan anda mudah mengalami stres dan keletihan.

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, anda boleh mencuba suplemen Swisse Ultiboost Menopause Balance 60 Tablets kerana ia dirumus khas untuk menyeimbangkan hormon dan meningkatkan kesihatan emosi anda.

Produk keluaran Australia ini juga diformulasikan dengan Black Cohosh yang membantu mengurangkan sensasi panas dan peluh malam, serta vitamin B6 dan magnesium untuk meningkatkan kualiti tidur anda.

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kalsium dan vitamin D yang bagus untuk kesihatan tulang, serta vitamin E untuk melindungi kulit anda.

Konklusi


Mungkin ada banyak lagi suplemen untuk wanita 40an yang lain. Dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor atau pakar nutrisi yang berdekatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Advice to women about supplements — use selectively, https://www.health.harvard.edu/healthbeat/advice-to-women-about-supplement-use-selectively, Accessed Mar 2 2022.
  2. Vitamins and minerals for women, https://www.womenshealth.gov/healthy-eating/how-eat-health/vitamins-and-minerals-women, Accessed Mar 2 2022.
  3. Dietary Supplements for Older Adults, https://www.nia.nih.gov/health/dietary-supplements-older-adults, Accessed Mar 2 2022.
  4. Supplements for Women, https://www.simplysupplements.co.uk/womens-health, Accessed Mar 2 2022.
  5. Supplements For Mature Women, https://www.naturesbest.co.uk/supplements-for-mature-women/, Accessed Mar 2 2022.

Versi Terbaru

03/12/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

7 Perkara Kena Tahu Sebelum Ambil Suplemen Agar Buah Pinggang Terjaga!

Vitamin dan Suplemen Zat Besi Yang Sesuai Untuk Wanita Yang Alami Masalah Pendarahan Haid Dan Lain-Lain


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan