backup og meta

6 Khasiat Strawberi Boleh Beri Kepada Kesihatan, Cepat Tengok Yang No. 6!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    6 Khasiat Strawberi Boleh Beri Kepada Kesihatan, Cepat Tengok Yang No. 6!

    Buah berwarna merah ini bukan sahaja nampak sedap, cantik dan mewah, malah ada banyak khasiat strawberi yang tersendiri dan tersembunyi. Kalau ingin tahu kebaikan strawberi dengan lebih lanjut, jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa yang ada di dalam buah strawberi?

    Di Malaysia, ada banyak jenis buah tropikal yang terkenal termasuk pisang, betik, jambu, tembikai, rambutan, durian dan lain-lain. Malangnya, strawberi bukan salah satu daripada buah tempatan orang kita.

    Namun, anda tidak perlu risau kerana buah ini banyak diimport dan dijual di pasar raya berdekatan kita semua. Atau, anda juga boleh ke ladang di Cameron Highlands yang merupakan syurga untuk strawberi.

    Menurut data daripada Food Data Central, setiap 100 gram buah strawberi ini akan mengandungi sekitar:

    • Tenaga: 30 kcal
    • Air: 90 gram
    • Karbohidrat: 7 gram
    • Gula: 4 gram
    • Serat: 2 gram
    • Lemak: 0 gram

    Dalam pada itu, buah ini turut kaya dengan pelbagai vitamin penting dari jenis A, C, E, K, B6 serta mineral yang begitu diperlukan oleh tubuh badan seperti kalsium, kalium, magnesium, zat besi dan sebagainya.

    khasiat strawberi

    Disebabkan itu pula, tidak hairan jika buah ini ada ramai penggemar. Selain daripada rasa sedap dan warna cantik, ada banyak kebaikan strawberi yang mungkin akan membuat anda mengubah citarasa terhadapnya!

    Ini antara khasiat strawberi yang menarik!

    Merupakan buah di dalam keluarga sitrus dan beri yang paling popular, ia tidak hanya boleh dijadikan kudapan malah makanan kesihatan ekoran khasiatnya. Berikut apa anda akan dapat dengan makan strawberi:

    #1. Buah ini sangat bagus bagi otak dan minda anda

    Pertama dan paling penting, strawberi dikhabarkan punya potensi untuk meningkatkan fungsi otak sekali gus minda  yang hampir serupa dengan kismis. Alasannya, buah ini sangat tinggi kandungan flavonoid.

    Menurut kajian seliaan Harvard University, golongan warga emas yang memakan buah ini sebanyak 2 hidangan atau lebih pada setiap hari dikatakan memiliki daya ingatan jauh lebih kuat berbanding kebiasaan.

    Bukan sahaja kepada orang dewasa dan tua, khasiat strawberi untuk kanak kanak juga sudah tentu bagus!

    Khasiat strawberi #2. Mengawal tekanan darah tinggi

    khasiat strawberi

    Penelitian American Journal of Clinical Nutrition pula menemukan bahawa kerap memakan strawberi mungkin dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi hasil daripada kandungan antosianin yang tinggi.

    Dalam pada itu, ia juga akan membantu melebarkan lantas melancarkan lagi aliran darah di dalam saluran darah anda.

    Khasiat strawberi #3. Mengelak kondisi yang berkaitan

    Lanjutan di atas, pengawalan tekanan darah ke paras yang paling ideal sudah tentu boleh membantu individu mengelak daripada kondisi berkaitan seperti masalah pada organ jantung, otak, strok atau penyakit lain.

    Pun begitu, buah ini bukan penawar utama untuk masalah-masalah tadi. Sila dapatkan ubatan dan rawatan sewajarnya.

    #4. Ia turut bagus untuk menurunkan berat badan

    Buat individu yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, jangan lupa untuk memasukkan buah ini ke dalam menu diet kerana ia dipercayai mampu membantu anda agar tubuh badan lebih kurus.

    Kenapa? Seperti mana senarai kandungan di atas tadi, strawberi juga kaya dengan serat. Nutrisi ini amat penting dalam hal mengatur pola makan dan sistem metabolisme sekali gus menurunkan berat badan.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Disokong pula dengan fakta bahawa ia bebas lemak, sudah tentu tiada masalah jika mahu makan lebih banyak!

    Kebaikan strawberi #5. Pesakit diabetes kena ambil

    khasiat strawberi

    Kononnya, pesakit diabetes tidak boleh sewenang-wenangnya makan buah dan ini memang benar. Namun, strawberi bukan merupakan buah yang termasuk di dalam senarai itu kerana ia rendah indeks glisemik.

    Bukan itu sahaja, kandungan sebatian yang lain seperti phytochemicals, ellagitannins dan lain-lain mungkin mampu membantu mengawal gula dalam darah (glukosa) sekali gus mencegah sebarang efek diabetes.

    #6. Jika mahu awet muda, ia juga khasiat strawberi!

    Benarkah? Jika anda terlupa, strawberi amat kaya dengan vitamin lebih-lebih lagi daripada jenis C. Seperti ramai yang sedia maklum, vitamin jenis ini bagus untuk membantu merawat sebarang masalah kulit.

    Jangan terkejut jika kami kata buah ini boleh mengurangkan kesan kedut, kerut, cela dan bintik hitam akibat penuaan secara semula jadi. Kesannya, individu yang kerap makan strawberi akan lebih awet muda.

    Jadi, jika inginkan khasiat yang ada pada buah strawberi, sila masukkannya dalam diet anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan